
Ahad,15/11/2009 – Pusat penyelidikan tahanan menyatakan bahawa nyawa para tahanan Palestin yang sakit di Penjara Rejim Zionis kini terancam terutama bagi yang mengidap diabetes.

Ahad,15/11/2009 – Pusat penyelidikan tahanan menyatakan bahawa nyawa para tahanan Palestin yang sakit di Penjara Rejim Zionis kini terancam terutama bagi yang mengidap diabetes.

Rabu,11/11/2009 –MP Hamas Mushir Al-Masri telah menolak tuduhan berita yang mengatakan beliau telah menyokong pelan yang dibentangkan oleh MP Israel Shaul Mofaz yang mahu wujudkan negara Palestin dengan sempadan sementara.

Rabu,11/11/2009 –Dr Ahmed Bahar, Timbalan Ketua Speaker , Badan Legislatif Palestin (PLC), telah menekankan bahawa PLC menyokong pilihanraya umum hanya selepas proses rundingan damai kebangsaan jauh daripada campur tangan kuasa asing dan syarat dari jawatankuasa kuartet antarabangsa.

Rabu,11/11/2009 – Rejim Zionis telah mengeluarkan 17 arahan roboh yang baru kepada keluarga-keluarga Palestin yang menetap di Pekampungan Silwan di dalam wilayah Jerusalem yang dijajah.

Rabu,11/11/2009 – Isnin lalu, Zahir Berawi selaku jurucakap rombongan bantuan ‘Miles of Smiles’ dari Eropah berkata bahawa pihak berkuasa Mesir di Pelabuhan Said meminta penganjur rombongan untuk mendapatkan persetujuan dari Israel untuk memasuki Semenanjung Gaza yang telah dikepung.

Isnin , 09/11/2009 – Tahanan Palestin di Penjara Israel Nafha lancar mogok lapar pada hari Selasa bagi membantah tekanan yang dikenakan ke atas mereka oleh pegawai Israel, demikian dilapor Persatuan Tahanan Palestin.

Isnin , 09/11/2009 – Dr Ahmed Bahr, wakil pertama Badan Perundangan Palestin (PLC), mengatakan bahawa penderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza terutama para pekerja akibat daripada pengepungan Israel adalah sebuah jenayah perang sama seperti kekejaman yang dilakukan oleh Israel dalam peperangan semasa.

Isnin , 09/11/2009 – Sebuah organisasi Zionis, B’Tselem merancang untuk membangunkan sebanyak 14000 rumah di al-Quds. Ini adalah sebahagian kegiatan haram Zionis Israel yang menghalau dan memusnahkan rumah rakayat Palestin bagi mendirikan penempatan haram Zionis. Kumpulan pendatang Yahudi juga merupakan mereka yang menyokong tindakan ini. Meir Davidson salah seorang pendatang bertanggungjawab membeli aset dan properti rakyat Palestin.

Isnin , 09/11/2009 – Gerakan Hamas menyangkal keras tuduhan Israel bahawa mereka berjaya melakukan percubaan perlancaran sebuah pelancar roket dengan jarak 60 km yang boleh mencapai Tel Al-Rabi (Tel Aviv). Jurucakap Hamas,Fawzi Barhoum mengatakan tuduhan ini merupakan langkah proaktif yang diambil oleh Israel untuk mempengaruhi simpati dunia sebelum pembahasan laporan Goldstone dalam sidang agung PBB.

Isnin , 09/11/2009 –Pegawai Kanan Hamas – Ismail Radwan mengutuk komen Mahmoud Abbas yang dikeluarkan di saluran satelit Al-Arabiya di mana beliau mengecam tentangan penduduk Palestin, yang mana menurut Radwan kenyataan tersebut jelas menggambarkan mentaliti Abbas yang hanya meyakini rundingan semata-mata.

Isnin , 09/11/2009 – Isnin lalu, Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menyatakan bahawa rakyat Palestin telah menyaksikan satu kegagalan yang serius sejak presiden AS Barack Obama mengambil alih pemerintahan .

Isnin , 09/11/2009 – Puluhan penduduk bersenjata Yahudi pada Selasa lalu menyerbu dan menceroboh rumah Rifka Al-Kurd, 83 tahun di Syeikh Al-Jarrah berhampiran pusat bandar Baitulmuqaddis.

Rabu , 04/11/2009 – Rejim Zionis telah memaksa rakyat Palestin untuk menghancurkan rumah mereka sendiri di Jabal Al-Mukabir di wilayah penaklukan Baitulmuqaddis.

Rabu , 04/11/2009 – Seorang jurucakap Jihad Islam menuduh pasukan keselamatan militia yang setia kepada Abbas menahan 170 orang Jihad Islam termasuk pemimpin, ahli-ahli, serta penyokongnya.

Rabu , 04/11/2009 – Bulldozer rejim Zionis Isnin lalu telah meranapkan sebuah rumah penduduk Palestin Jerusalam di kawasan Silwan yang terletak selatan dari Masjid Al-Aqsa di Jerusalam.