Palestin…cukupkah sekadar berdiam diri?


Oleh : Maszlee Malik

Ketika artikel ini ditulis, lebih 165,000 kakitangan awam kerajaan Palestin (PA) masih belum menerima gaji mereka. Wang hasil kutipan cukai milik kerajaan PA bernilai USD 300 juta (sehingga kini) telah dibekukan oleh rejim Zionis Israel. Begitu juga halnya dengan bantuan bernilai USD 200 juta dari Arab Saudi dan Iran juga belum lagi dapat memasuki bumi Palestin (Gaza dan Tebing Barat). Bantuan bernilai USD 50 juta sumbangan Algeria pula telah di”sapu” oleh Bank Arabi yang untuk melangsaikan hutang kerajaan PA yang lalu (dibawah Fatah) telah berhutang dengan mereka dengan nilai ratusan juta dollar. Bantuan-bantuan yang dulunya mereka terima dari masyarakat antarabangsa juga kini telah disekat oleh kempen AS dan EU untuk “menghukum” rakyat Palestin.

Haneyya Tuduh US Halang Bantuan Wang Arab Kepada Rakyat Palestin.

Selasa, 09/05/2006

Perdana Menteri Palestin Ismail Hanneya telah menghubungi Setiausaha Agong Liga-liga Arab,Amre Musa ,Presiden Sudan Omar Hasan Al-Bashir merangkap pengerusi kepada Perjumpaan Negara-Negara Arab di Khartoum,dan semua pemimpin arab supaya segera mengambil tindakan untuk menghentikan segala penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin dan menyelidik tindakan jahat US dengan mencampuri urusan rakyat Palestin.

Rakyat Indonesia menyuarakan bantahan, melancarkan kempen kutipan dana Palestin

Selasa,

09/05/2006 –

Beratus ribu rakyat Indonesia memenuhi jalan raya di sekitar bandaraya Jakarta sebagai tanda protes besar-besaran diatas ketidakadilan sekatan ekonomi oleh AS dan Eropah kepada rakyat Palestin dan kerajaan pimpinan Hamas yang dipilih secara demokratik.

Berita Hamas Rancang Bunuh Abbas dan Dahlan Tidak Benar

Selasa, 09/05/2006


Gerakan Hamas menafikan sekerasnya laporan berita akbar Sunday Times Britain yang menyatakan bahawa Brigade Izzuddin Al Qassam, sayap ketenteraan gerakan Hamas merancang untuk membunuh Presiden Mahmod Abbas dan wakil gerakan Fatah, Muhammad Dahlan.

Ayuh bersatu demi kestabilan dan kesatuan nasional

Selasa,

09/05/2006 –

Gerakan kemerdekaan Islam, Hamas, pada Isnin lepas menggesa ke semua pecahan kumpulan di Palestin bekerjasama mengurangkan ketegangan di arena Palestin, dan menyeru mereka agar kembali kepada dialog nasional dalam menyelesaikan semua topik-topik perbezaan bagi menjamin kestabilan dan kesatuan nasional

Dr. Mahmoud Al-Zahhar : Lawatan Berjaya

Isnin, 08/05/2006

Menteri Luar PA, Dr. Mahmoud Al-Zahhar, menyatakan lawatannya ke negara Arab sebagai ?berjaya dan menguntungkan?, dan menekankan pentingnya peranan Mesir dan Jordan didalam membantu rakyat Palestin.

Palestin Terima US$10 juta dari Russia

Isnin,

08/05/2006 –

Harian al-Quds Palestin hari ini melaporkan, Kerajaan Russia meberikan bantuan dana untuk rakyat Palestin bernilai US$10 juta. Pemerintah Palestin telah menerima
bantuan tersebut pada hari Ahad (7/5).

Sumber Hebrew: Israel Melagakan Sengketa Bersenjata

Isnin, 08/05/2006

Akhbar Ha’aretz mendedahkan sindiket sebuah syarikat pembuat senjata Israel menandatangani perjanjian dengan kerajaan Nigeria untuk membekal pesawat intip untuk meninjau dan membanteras pihak bersenjata dan puak pemberontak di negara itu.

Pemerintah Turunkan Harga Gas NPG

Rabu, 03/05/2006 – Buah kesabaran rakyat dan pemerintah Palestin mulai dirasa. Ir. Alauddin Al A?raj, Menteri Ekonomi Palestin mengumumkan Isnin (01/05) penurunan harga gas NPG
dari 43 syekal (sekitar 10 USD) menjadi 36 syekal atau turun 16.2%.

Wawancara bersama Ir. Jawdat Marcus, menteri pelancongan kabinet HAMAS.


Sebagai seorang Kristian Palestin, Jawdat telah menggemparkan dunia apabila beliau bersetuju untuk menyertai kabinet HAMAS. Beliau merupakan salah seorang daripada lima orang Kristian Palestin yang lain yang telah bertanding di atas tiket “Islah Wa Taghyir” tajaan HAMAS. Penyertaan di dalam kabinet tersebut adalah untuk membuktikan bahawa kerajaan Palestin kini adalah kerajaaan rakyat Palestin. Ini sekaligus menafikan percubaan jahat sesetengah golongan yang menuduh HAMAS ingin memonopoli pentadbiran PA. Walaupun rejim Zionis telah memberikan ugutan untuk membunuh setiap menteri di dalam kabinet HAMAS, namun itu tidak sedikit pun menggerunkan Jawdat untuk menyertai kabinet teknokrat tersebut. Keyakinannya terhadap komitmen HAMAS untuk melakukan perubahan untuk rakyat telah membuatkannya membulatkan tekad bersama dengan menteri-menteri kabinet yang lain.

Berikut adalah wawancara yang telah dijalankan oleh Markaz Filistin li al-I’laam:

Perdana Menteri PA menyampaikan takziah kepada suami Etaf Zalat melalui telefon

Rabu, 03/05/2006


Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, mengucapkan takziah kepada suami Etaf Zalat yang terbunuh ditangan tentera IOF Isnin lalu melalui telefon.

Delegasi Perancis melawat Nablus.

Jumaat, 28/04/2006 –

Delegasi dari Perancis yg diwakili oleh beberapa parti politik dan institusi yg simpati dgn nasib masyarakat Palestin melawat Nablus dan berjumpa ketua di Nablus Adli Yaish. Adli Yaish memberi penerangan kepada delegasi tentang penderitaan dan kepayahan masyarakat di sini di bandar ini.

Jepun Tidak Menghentikan Bantuannya Kepada Palestin

Jumaat, 28/04/2006 –
Sumber-sumber diplomatik Palestin menegaskan bahawa Jepun belum memutuskan bantuannya kepada rakyat Palestin dan belum menghentikan projek-projek
yang mereka biayai di wilayah Palestin.

Israel membunuh dan mencederakan ramai lagi rakyat Palestin

Jumaat, 28/04/2006 –


Tentera penceroboh Israel membunuh 2 orang warga Palestin di Jalur Gaza pada hari Khamis dengan menyerang dan menggunakan peluru berpandu yang dilancarkan dari helikopter semasa mereka berada di dalam kereta di tengah Jalur Gaza.

Haneyya Minta EU Kaji Semula Sikapnya Terhadap Palestin

Khamis, 27/04/2006 –


Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyya dalam sidang keempat hari Selasa (25/4) mengatakan, bantuan kewangan dari Liga Arab masih dalam perbahasan untuk dimasukkan sebagai cadangan gaji kepada para pegawai Palestin pada tahun ini.