Isnin, 26-06-2023 – Rejim Zionis melancarkan serangan terbaru ke atas rakyat Palestin dan harta benda mereka di Tebing Barat pada petang Khamis.
Di Nablus, rejim Zionis mengenakan sekatan keselamatan yang ketat di bandar Turif dengan diselangi beberapa serangan peneroka haram dalam beberapa hari. Kawalan ketat keselamatan serupa turut dikenakan di bandar Husan, di barat Bethlehem.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Isnin, 26-06-2023 – Enam warga Palestin cedera pada petang Khamis apabila pendatang Yahudi menyerang rumah warga Palestin dekat kampung Jalud, di selatan Tebing Barat Nablus.
Sumber tempatan melaporkan seorang warga Palestin cedera di kepala akibat tembakan peluruh getah bersalut besi manakala lima orang lagi cedera akibat batu atau serpihan setelah puluhan pendatang Yahudi yang dilindungi oleh tentera rejim zionis (IOF), menyerang rumah warga Palestin di sekitar kampung Jalud.
Mereka menambah yang puluhan warga Palestin menderita masalah pernafasan ketika pertelingkahan yang tercetus di antara IOF dan orang kampung yang menentang serangan pendatang.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 26-06-2023 – Ketua biro politik Pergerakan Hamas di luar negara, Khaled Mishaal, menegaskan bahawa penentangan adalah satu-satunya pilihan bagi rakyat Palestin untuk mendapatkan semula hak sah mereka dan menubuhkan negara merdeka mereka.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis, Mishaal berkata bahawa negara penjajahan Israel dan pendatang Yahudinya keliru berikutan aktiviti penentangan yang semakin memuncak di seluruh wilayah yang diduduki terutamanya di Tebing Barat.
“Operasi penentangan sebegini menggambarkan bahawa penentangan Palestin mampu menghadapi jenayah Israel di semua peringkat sehingga mencapai pembebasan penuh tanah Palestin,” tegas Mishaal.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Rabu, 21-06-2023 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya telah bertemu dengan wakil Ketua Tertinggi Revolusi Iran, Brigedier Jeneral Ali Akbar Ahmidan, di Tehran, pada petang Isnin.
Ketua Hamas diiringi oleh delegasi kanan Hamas.
Haneyya membincangkan perkembangan politik berkaitan Palestin dengan pegawai Iran.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 21-06-2023 – Dua rakyat Palestin cedera parah apabila Regim Zionis Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang mereka naiki di perkampungan Nazlet al-Sheikh Zayed, barat daya Jenin, pada petang Isnin.
Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa kedua-dua warga Palestin telah dipindahkan ke hospital berdekatan di Jenin dengan kesan tembakan, dengan seorang dalam keadaan kritikal.
Pertubuhan Penyelamat Tanpa Sempadan Israel berkata bahawa dua askar cedera ringan akibat tembakan bersahaja selepas melepaskan tembakan ke arah kereta Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Rabu, 21-06-2023 – Aksi-aksi perjuangan Palestin di Tebing Barat selama dua puluh empat jam terakhir berterusan. Sebanyak 22 aksi perlawanan berlaku termasuk 6 tembakan yang mensasarkan pasukan penjajah Zionis Israel dan penduduk pendatang Yahudi.
Pusat Informasi Palestina “Maata” memantau terjadinya letupan dua alat peledak, pelemparan bom molotov dan hadangan terhadap serangan para penduduk pendatang Yahudi serta menghancurkan kenderaan milik mereka.Disamping itu berlaku juga pertempuran konfrontasi dan pelemparan batu di 11 tempat di pelbagai daerah terpisah dari Tebing Barat.
Di antara aksi yang memberi kesan kepada pasukan Zionis adalah serangan para pejuang Palestin yang mensasarkan pasukan penjajah Zionis Israel dengan peluru dan bom berangkai sewaktu penyerbuan pasukan Zionis ke kem pelarian Jenin, selain serangan tembakan ke pos pemeriksaan tentera Israel Al-Jalama di Jenin.
Para mujahidin turut menembak pasukan penjajah Zionis Israel berdekatan pos pemeriksaan tentera Hamra di Jericho.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Selasa, 20-06-2023 – Berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi ekstremis mencemarkan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki secara haram pada pagi Ahad dan kemudian pada sebelah petang.
Menurut laman web al-Qastal News, sekurang-kurangnya 201 pendatang memasuki Masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah perlindungan polis yang ketat.
Sebilangan pendatang yang diiringi anggota polis turut berkumpul di kawasan timur Masjid dan memulakan solat Talmud.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Isnin, 19-06-2023 – Pergerakan Hamas telah menyeru ICC ( Mahkamah Jenayah Antarabangsa) untuk dapatkan keadilan untuk mangsa penjajahan damm keganasan rejim Ziionis Israel.
Dalam satu kenyataan pada hari Khamis, Jabatan Perundangan Hamas meletakkan harapan pada pelan strategik yang dikeluarkan oleh ICC boleh memberikan perundangan efektif dan keadilan setimpal untuk mangsa keganasan rejim Zionis Israel terutama dalam pencerobohan dan penempatan haram serta pembunuhan orang awam Palestin.
Sistem perundangan juga menegaskan keperluan ICC untuk lebih responsif ke atas keperluan untuk mencapai keadilan untuk rakyat Palestin menurut pelan strategik 2023 hingga 2025.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Isnin, 19-06-2023 – Seorang pemuda Palestin syahid, dua cedera parah dan puluhan lainnya mengalami sesak nafas akibat peluru dan bom gas pasukan penjajah Zionis Israel ketika pertempuran dan serangan pasukan penjajah Zionis di kota Nablus serta pengeboman rumah keluarga tawanan Osama Al-Taweel, pada Khamis (15/6/2023) pagi.
Sumber-sumber perubatan di Hospital Al-Najah di Nablus mengumumkan kematian pemuda Khalil Yahya Al-Anees, dari kem Al-Ain akibat ditembak oleh penjajah Zionis Israel semasa penyerbuan pasukan Zionis di Nablus. Sementara itu, dua warga lain cedera dan puluhan mengalami sesak nafas.
Wartawan Pusat Informasi Palestina melaporkan bahawa para pejuang dengan berani menghadang pasukan penjajah Zionis Israel sewaktu mereka menyerbu kota Nablus dan menrobohkan rumah keluarga tawanan Osama Al-Taweel.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Isnin, 19-06-2023 – Pihak berkuasa Israel merobohkan sebuah rumah warga Palestin di kampung Sa’wa di Negev dengan alasan pembinaan tidak berlesen pada hari Khamis.
Menurut sumber setempat, jentolak Israel merobohkan sebuah rumah milik keluarga Qassasi selepas pasukan polis mengepung kawasan sekitarnya.
Dua hari lalu, pihak berkuasa Israel memindahkan keluarga Palestin selepas mereka merobohkan lima rumah milik keluarga al-Ghoul di pinggir kampung Ar’ara di Negev.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Isnin, 19-06-2023 – Polis rejim menculik seorang bekas tahanan di kem pelarian Jenin pada petang Rabu.
Saksi mata melaporkan yang polis rejim menculik bekas tahanan, Mujahid Mahmoud Abu Khalifa, di sekitar kem Jenin.Polis rejim menyusup masuk ke sebuah trak komersil dan menculik bekas tahanan itu sebelum membawanya ke sebuah pusat tahanan yang tidak diketahui.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 16-06-2023 – Polis rejim menculik seorang bekas tahanan di kem pelarian Jenin pada petang Rabu.
Saksi mata melaporkan yang polis rejim menculik bekas tahanan, Mujahid Mahmoud Abu Khalifa, di sekitar kem Jenin.Polis rejim menyusup masuk ke sebuah trak komersil dan menculik bekas tahanan itu sebelum membawanya ke sebuah pusat tahanan yang tidak diketahui.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 13-06-2023 – Gerakan Hamas, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Ahad, mendakwa Israel bertanggungjawab terhadap keganasan yang meningkat.
Keganasan tersebut telah membawa kepada kematian lebih 100 orang warga Palestin sejak permulaan 2023, menurut kenyataan itu.
Rejim zionis terus mengabaikan penyebaran senjata di kalangan kumpulan kongsi gelap, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah, tambahnya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 13-06-2023 – Tokoh Palestin memperingatkan semula tentang bahaya rancangan Israel untuk membahagi Masjid Al-Aqsha secara ruang atau tempat antara pendatang Yahudi dan kaum Muslimin.
Hanady Al-Halawani dari Al-Quds mengatakan, rancangan penjajah Zionis Israel untuk membahagi Al-Aqsha bukanlah rancangan baru, cuma bezanya sekarang dengan pendekatan pemerintah fasis yang lebih serius untuk menerapkannya.
Halawani menyatakan dalam pernyataan akhbar yang disiarkan Freedom News, bahawa penjajah Zionis Israel mengikuti langkah awal di masa lalu dengan menyerbu Al-Aqsha dan melakukan ritual Talmud dan hari ini secara rasmi membincangkan tentang pembahagian ruang Masjid Al-Aqsha.
Beliau menyatakan bahawa kelompok-kelompok Kuil (yang menyeru pembangunan kuil Yahudi di Masjid Al-Aqsha) adalah paling berbahaya kepada Masjid Al-Aqsha.Hari ini mereka telah menjadi sebahagian dari pemerintahan Zionis.
Merekalah yang menekan dan mempengaruhi pemerintah Zionis berkait dengan Masjid Al-Aqsha.Halawani menekankan bahawa tindakan penjajah Zionis Israel bertujuan untuk mengosongkan Al-Aqsha dari orang-orang yang melakukan ribat (bersiaga di dalam masjid) dan berpengaruh dengan mengganti mereka kepada para penduduk pendatang Yahudi.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Isnin, 12-06-2023 – Rejim Zionis Israel pada hari Rabu lepas mengeluakan perintah merobohkan tiga kediaman Palestin di Masafer Yatta di Tebing Barat.
Rejim Zionis Israel mengeluarkan notis perobohan tiga kediaman selepas menyerbu komuniti Haribat a-Nabi berhampiran Kampung Mneizil di Masafer Yatta. Sementara itu rejim Zionis Israel mengeluarkan satu notis pemin dahan bangunan kediaman di utara Lembah Jordan menurut sumber media.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul