
Selasa , 04-03-2014 –Pihak berkuasa regim zionis Israel telah memindahkan tahanan Ahli Parlimen Palestin Hatem Qufaisha ke hospital Soroka pada Selasa selepas keadaan kesihatannya tiba-tiba merosot.
Um Anas, isterinya, memberitahu wartawan PIC pada hari Rabu bahawa suaminya telah mengalami tekanan darah tinggi, kencing manis, dan cakera tergelincir.
Beliau berkata Qufaisha, yang sedang menjalani tahanan pentadbiran selama enam bulan, memerlukan rawatan perubatan susulan disebabkan oleh penyakit beliau.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada













