
Selasa, 15/01/08 –3 rakyat Palestin telah terbunuh awal Isnin lepas (14/1/08) setelah jet pejuang rejim Zionis telah menyerang kereta berhampiran rumah pemimpin Hamas yang merupakan bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyya bertempat di bandar Gaza. Serangan berlaku sebaik sahaja pemimpin Palestin dan Israel di atur bagi rundingan keamanan di Jerusalem.

Isnin, 14/01/08 –Pemimpin kerajaan Hamas yang dilantik secara demokrasi di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyya, memberi amaran kepada penduduk Palestin agar todak mempercayai ucapan Presiden AS George W Bush semalam yang dipangil ‘penghujung kepada pencerobohan’. Haniyya menyatakan lawatan Bush di rantau itu adalah berbahaya terhadap mana-mana proses damai antara Palestin dan Israel, sera menutup peluang rakyat Palestin untuk mendapatkan hak bagi menentukan nasib mereka sendiri di peringkat antarabangsa.

Isnin, 7/1/08 – Kem El-Barij: Korban syahid akibat serangan Israel di Kem El-Barij Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir terus meningkat. Ahad, (6/1) seramai 6 warga Palestin, gugur akibat serangan senjata berat Israel.
Jumaat, 4/1/08 – Damsyik: Ahli jawatankuasa Persiapan Persidangan Nasional Palestin, Thilal Naji menyatakan bahawa pihak panitia telah menetapkan jadual Persidangan Nasional Palestin yang akan dijalankan di Damsyik, Syira pada 23 Januari depan.

Jumaat, 4/1/08 – KHAN YOUNIS, (PIC)– Lima rakyat Palestin telah terbunuh dalam kepungan Rejim Israel di daerah Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza termasuk empat sekeluarga bersama seorang pejuang penentang.

Isnin, 31/12/07 – Pergerakan Hamas pada hari Ahad menyeru pihak berkuasa Mesir untuk membenarkan 2,400 orang jemaah Palestin melintasi masuk Semenanjung Gaza melalui pangkalan Rafah, menegaskan jemaah haji dalam kem-kem sementara akan memburukkan penderitaan mereka.

Isnin, 31/12/07 – Gaza: Jurucakap Hamas di Parlimen Palestin, Dr. Shaleh Bardawil menegaskan akan tiba masanya Salam Fayadh dan menterinya Riyadh Maliki dihadapkan ke muka pengadilan.

Jumaat, 28/12/07 – Khan Yunis: Sekurang-kurangnya 6 pejuang Palestin gugur syahid dalam dua peristiwa berbeza. Tiga pejuang gugur dalam serangan udara pesawat perisik Rejim Zionis Israel dan 3 lainnya syahid ketika berlaku pertempuran dengan pasukan penjajah Zionis Israel yang memasuki daerah Abasan, Khan Yunis, wilayah selatan Semenanjung Gaza. Serangan ini berlaku ketika bermulanya pertemuan antara Presiden Palestin Mahmud Abbas dengan PM Israel, Ehud Olmert di Jerusalem (al Quds), Khamis (27/12).

Jumaat, 28/12/07 – Kerajaan sementara PA diketuai oleh Ismail Haneyya telah menuduh kuasa pendudukan Israel melangkah masuk kawasan pemblokan dan enggan membenarkan delegasi Itali ke Gaza adalah satu percubaan yang terang-terangan untuk menyembunyikan keputusan jenayah-jenayahnya.

Rabu, 26/12/07 – Gaza: Pihak Gerakan Perlawanan Islam, Hamas mengecam beberapa pertemuan yang dilakukan pimpinan Pemerintah Autoriti (PA) Palestin dengan pihak Rejim Zionis ‘Israel’ dalam situasi pihak penjajah tersebut masih terus melakukan pembunuhan terhadap bangsa Palestin, sama ada di Semenanjung Gaza mahu pun di Tebing Barat.

Selasa, 18/12/07 – Gaza: Jurucakap Brigade Al-Quds, sayap ketenteraan Gerakan Jihad Islam, Abu Ahmad berjanji untuk menggerakkan operasi syahid di wilayah Palestin jajahan 1948.

Selasa, 18/12/07 – BAITULMUQADDIS, (PIC)– Yayasan Aqsa Isnin lalu memberi amaran tentang keputusan Israel untuk menyambung kerja memusnahkan Maghareba, laluan bersejarah menuju ke Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis.

Khamis, 13/12/07 – Al-Quds: Majlis Kabinet Kecil, penjajah Israel menghalang dikeluarkan arahan operasi militan besar-besaran ke Semenanjung Gaza. Keputusan ini dikeluarkan oleh pihak militan dan politik Israel yang melihat bahawa operasi militan ke Semenanjung Gaza akan gagal menghentikan perjuangan Palestin di Semenanjung Gaza, Selasa (11/12).

Rabu, 12/12/07 – GAZA, (PIC)– Anggota senior dalam pasukan pelapis Rejim Israel baru-baru ini telah menerima arahan untuk membunuh pemimpin-pemimpin politik terutamanya Hamas Ismail Haneyya, Perdana Menteri kerajaan sementara Palestin.

Selasa, 11/12/07 – Riyadh – infopalestina; – Anggota Biro Politik Hamas, Muhammad Naser, menyampaikan penghargaannya atas sikap pemerintah Kerajaan Arab Saudi yang selalu menyokong bangsa Palestin dan cukup konsisten dalam mendorong tercapainya kesatuan dalam negeri Palestin.