
Jumaat, 24/4/2008 –Subuh Khamis lalu, askar-askar Rejim Zionis telah menculik tujuh rakyat Palestin di bandar Nablus termasuk tiga lelaki sementara yang lain telah ditangkap berikutan kempen penangkapan Rejim Zionis setiap hari di kebanyakan kawasan di Tebing Barat.





Kementerian Ekonomi Kebangsaan di Gaza Selasa lalu telah mengeluarkan amaran berikutan kekurangan bekalan makanan asas akibat krisis bahan api yang dialami sejumlah kenderaan yang membawa barang komoditi makanan ke wilayah tersebut. 
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal mengesahkan pada Isnin lalu bahawa pergerakannya tetap dengan pendirian untuk menubuhkan sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibunegaranya namun tidak mengiktiraf pendudukan Israel terhadap Palestin.




