Categories
Berita Semasa

Palestin Minta Rakyat Mesir Sokong Agar Pintu Masuk Rafah Dibuka Kembali

Rabu, 22/05/2013 – Ribuan aktivis Palestin menyerukan seluruh rakyat Mesir untuk bergerak aktif demi pembukaan kembali pintu masuk Rafah secara tetap, agar tidak menyia-nyiakan nyawa dua juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. Sementara itu para penganalis menilai apa yang dilakukan beberapa komandan keamanan Mesir di pintu masuk Rafah sebagai melanggar undang-undang dan moral serta sebagai bentuk hukuman kolektif terhadap semua penduduk Semenanjung Gaza.

Penganalis politik, Dr. Hani Basus menegaskan bahawa penutupan pintu masuk Rafah dengan cara ini oleh beberapa komandan Mesir mencerminkan pelanggaran undang-undang dan etika moral serta kemanusiaan secara tidak betul. Beliau meminta agar pintu masuk Rafah dibuka segera.

Beliau memperingatkan bahawa penutupan pintu gerbang Rafah seperti itu mencerminkan bahawa situasi dalaman di Mesir telah sampai pada situasi terburuk kesan daripada penutupan pintu gerbang kemanusiaan kerana pintu gerbang tersebut merupakan satu-satunya urat nadi bagi warga Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel putuskan untuk membebaskan Qarawi

Rabu, 22/05/2013 –Mahkamah Israel mengeluarkan keputusan untuk tidak memperbaharui penahanan pentadbiran ke atas Ahli Parlimen Hamas, Fathi Qarawi dari kota Tulkarem, utara Tebing Barat.

Anak lelaki Qarawi, Hazem memberitahu wartawan Quds Press pada Sabtu lalu bahawa Mahkamah Agung Israel telah mengeluarkan keputusan Khamis lalu untuk tidak memperbaharui penahanan pentadbiran terhadap bapanya yang telah ditahan selama hampir tujuh bulan. Hazem berkata, sebelum ini bapanya telah ditahan lebih daripada tiga tahun dalam tahanan pentadbiran tanpa dibebaskan, sambil menyatakan beliau dibebaskan dari penjara gurun Negev yang dijadualkan pada 23 Mei ini.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim culik 20 rakyat Palestin di Hebron

Isnin, 20/05/2013 – Tentera rejim Israel menculik 20 rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak di kampung At-Tabaga, selatan bandar Tebing Barat Hebron dan mula menyoalsiasat mereka tentang kemungkinan kaitan dengan senjata Molotov yang membakar jip ketenteraan Israel pada Rabu.

Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera membebaskan 18 daripada 20 yang diculik, (kebanyakannya 14- 18 tahun) dan menahan dua orang untuk siasatan. Sumber itu turut menambah bahawa tentera memecah masuk dan menggeledah puluhan rumah di kampung itu dan menggunakan anjing pengesan serta menahan 150 rakyat Palestin di kampung itu sebelum melepaskan mereka kecuali 20 orang dan membebaskan 18 orang setelah disoalsiasat.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel membincangkan “penghalalan” Empat kota haram di Tebing Barat

Isnin, 20/05/2013 – Akhbar harian Israel, Ynetnews, melaporkan bahawa kerajaan Israel memaklumkan kepada Mahkamah Agung bahawa ia sedang memeriksa untuk penghalalan empat kota yang diduduki oleh penduduk Israel secara haram. Kota itu dibina di atas tanah milik persendirian orang Palestin.

Pada tahun 2003, mahkamah mengarahkan penghapusan empat kota kara itu, tetapi kerajaan Israel tidak melaksanakannya.

Menurut Ynetnews, Israel menimbang kemungkinan mengelakkan penyingkiran kota, dan mendakwa bahawa Givat Asaf, salah satu daripada empat kota, yang dibina di atas tanah yang “dibeli”. Givat Asaf sepatutnya telah dipindahkan pada tahun lalu.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel: “Perdamaian Dengan Turkey Membolehkan Kami Untuk Serang Syria”

Isnin, 20/05/2013 – Tentera dan pegawai kanan Zionis Israel menyatakan bahawa perdamaian dengan Turki dan hubungan berterusan antara Ankara dan Tel Aviv membolehkan Israel menjalankan beberapa serangan udara terhadap sasaran di Syria.

Israel Yedioth Aharonoth memetik pegawai Israel yang menyatakan permohonan maaf yang dibuat oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu ke atas kematian sembilan aktivis Turki di atas kapal MV Marmara pada 31 Mei 2010 telah membenarkan Israel beroperasi secara bebas di utara tanpa takut dengan konfrantasi Ankara.

Pegawai itu berkata perdamaian dan hubungan baik dengan Turki akhirnya akan membawa kepada kerjasama serantau masa depan “terhadap Iran dan kumpulan pengganas di rantau ini”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis Rancang Mengesahkan 4 Koloni Penempatan

Isnin, 20/05/2013 – Harian Haaretz Zionis hari ini menyebutkan, berdasarkan pernyataan pengarah umum gerakan Vice Now, Yergev Owenhayamir mengatakan, pemerintah Netanyahu telah memutuskan legalisasi empat koloni penempatan yang sebelumnya dianggap tidak sah dari segi undang-undang.

Empat koloni penempatan tersebut adalah, Jevar Asaf, Mutsveh Lakhasy, Jevar Haruniyah, Rahbaam. Keempat-empat penempatan tersebut telah ddirikan di tanah Palestin iaitu di Tebing Barat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

ICC Jalankan Siasatan Awal Serangan Ke atas Mavi Marmara

Isnin, 20/05/2013 – Mahkamah Jenayah Antarabangsa berkata ia telah memulakan siasatan awal serangan maut Israel pada Mei 2010 yang lalu mensasarkan Kapal Turki MV Marmara yang membawa kepada kematian sembilan aktivis Turki.

Mahkamah itu berkata ia perlu menyiasat isu ini bagi menentukan sama ada serangan Israel merupakan jenayah perang atau jenayah kemanusiaan.

Pendakwa ICC, Fatou Bensouda berkata tujuan siasatan awal ini adalah untuk menentukan sama ada kriteria memulakan siasatan telah dipenuhi atau sebaliknya. Bensouda berkata dia telah memeriksa dengan teliti semua maklumat yang diperoleh dan dia akan “membuat pengisytiharan keputusan itu dalam masa terdekat.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Mengganggu Jenin, Pertempuran Dilaporkan

Jumaat ,17-03-2013 – Rabu waktu subuh, 15 Mei 2013, sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa berpuluh-puluh jip tentera Israel menyerang bandar Zabbouba, barat utara Tebing Barat bandar Jenin, dan bertempur dengan belia tempatan. Tentera ini juga menyerang bandar-bandar berdekatan Rommana dan At-Tayba.

Sumber-sumber berkata bahawa sekurang-kurangnya enam kenderaan perisai tentera Israel menyerang Zabbouba, dan tentera memecah masuk dan mencari berpuluh-puluh rumah bersebelahan dengan Wall Pengilhakan itu. Tentera juga menyerang pusat bandar, dan bertempur dengan berpuluh-puluh remaja tempatan yang hanya melemparkan batu dan botol kosong pada mereka.

sumber : IMEMC News
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera culik Mufti Besar Baitulmuqaddis

Jumaat ,17-03-2013 – Tentera rejim Israel menculik Mufti Besar Baitulmuqaddis, Sheikh Mohammad Hussein setelah mengepung rumah beliau dan memecah masuk.

Sumber tempatan melaporkan bahawa pihak tentera menceroboh kejiranan As-Suwwana di Jabal Al-Mokabbir di timur Baitulmuqaddis dan memecah masuk kediaman mufti tersebut sebelum menculiknya. Sheikh Hussein diarahkan mengikut tentera dengan kereta ke Balai Polis dan Fasiliti Penyiasatan tetapi mereka enggan menggunakan kenderaan mereka.

sumber : IMEMC News
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

100 Ribu Pelajar Palestin Mengikuti Perkhemahan Musim Panas Hamas

Jumaat ,17-03-2013 – Gerakan Pejuang Islam Hamas telah menyelesaikan persiapan perlaksanaan perkhemahan musim panas tahun ini, yang akan mencakupi semua wilayah Semenanjung Gaza dari Rafah di selatan hingga Beit Hanun di utara.

Salah seorang pemimpin Hamas yang mengetuai panitia pusat perkhemahan musim panas, Musa Samak, Rabu (15/5), mengatakan, “Lebih dari 100 ribu pelajar putera dan puteri dijangkakan mengikuti perkhemahan ini. Target kegiatan ini adalah para pelajar sekolah rendah, menengah dan menengah atas. Di samping mahasiswa, organisasi pemuda dan kelab-kelab olahraga.

Musa Samak menjelaskan bahawa gerakannya setiap tahun menyelenggarakan perkhemahan. Tema perkhemahan yang dipilih ialah “Perkhemahan Generasi Kembali”, dengan tujuan untuk memperkuat pemahaman hak kembali pelarian Palestin dan menegaskan komitmen generasi ini berpegang teguh pada hak-hak sejarah dan nasionalnya, serta menamamkan etika dan akhlak Islam kepada mereka melalui berbagai program pengembangan bakat dan ketrampilan mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pakatan Right of Return Palestin mender perpaduan dan menolak inisiatif Arab

Jumaat ,17-03-2013 – Pakatan International Palestinian Right of Return, telah mengeluarkan kenyataan akhbar sempena ulangtahun ke 65 peristiwa Nakba 1948, dan menyeru semua rakyat Palestin untuk mencapai perpaduan dan juga untuk kekal teguh dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin yang sah.

Pakatan tersebut, yang terdiri dari dua puluh institusi dan kumpulan yang memperjuangkan hak Palestin berkata, “Sempena 65 tahun ulangtahun hari Nakba, di mana puak bersenjata Israel menggantikan beratus-ratus kampung dan bandar Palestin dengan populasi Israel, pucuk pimpinan Palestin di West Bank haruslah mengutuk sekeras-kerasnya sebarang percubaan untuk menghalang polisi Right of Return.

Pakatan tersebut juga menambah bahawa pucuk pimpinan harus juga mengutuk Liga Arab kerana berani mencadangkan pertukaran tanah dengan Israel, dan juga kerana menghantar delegasi ke Washington untuk membincangkan isu tersebut, serta membuat kenyataan bahawa Palestinians Right of Return yang dipersetujui di peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang tidak boleh diperbincangkan langsung.

sumber : IMEMC News
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Barghouthi: “Hak untuk kembali ialah hak yang mulia”

Khamis, 16/05/2013 – Dalam satu kenyataan dari penjara, pemimpin politik Palestin yang ditahan, Marwan Barghouthi berkata, tarikh 15 Mei sempena Nakba di mana Israel memusnahkan tanah bersejarah Palestin dan perkampungan serta bandar turut menambah bahawa pada hari ini, rakyat Palestin menegaskan hak mereka untuk kembali.

Pemimpin Fateh itu berkata bahawa rakyat Palestin tidak akan melupakan hak mereka dan bertegas tentang perlaksanaan semua resolusi antarabangsa termasuk Resolusi PBB berkaitan hak untuk kembali kepada pelarian Palestin ke tanahair mereka.

Beliau berkata rakyat Palestin akan terus berjuang untuk hak mereka dan menambah bahawa perjuangan Palestin ialah usaha mulia demi keadilan dan pembebasan Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera menculik beberapa orang Palestin Di Tebing Barat, Pertempuran Dilaporkan berlaku

Khamis, 16/05/2013 – Selasa selepas subuh, 14 April 2013, tentera Israel menyerang bahagian yang berlainan di Tebing Barat, mencari rumah-rumah dan harta, dan menculik beberapa rakyat Palestin, termasuk pelajar universiti, sebelum membawa mereka ke destinasi yang tidak diketahui.

Sumber-sumber tempatan di Nablus, di bahagian utara Tebing Barat, melaporkan bahawa tentera menyerang kawasan Ad-Dahiya, memecah masuk dan mencari beberapa rumah dan menculik seorang penduduk yang dikenali sebagai Mohammad Ribhi Dweikat, 23.

Askar juga menyerang kampung Ya’bod, berhampiran utara Tebing Barat bandar Jenin, dan menculik tujuh rakyat Palestin, termasuk enam pelajar Universiti Amerika.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Laporan Mingguan PCHR: 11 orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak berusia 9 tahun cedera

Khamis, 16/05/2013 – Dalam Laporan Mingguan Pencabulan Hak Asasi Manusia oleh Zionis Israel di Palestin yang diduduki bertarikh 02-08 Mei 2013, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) mendapati seramai 4 orang penduduk awam Palestin cedera dalam serangan di Tebing Barat, 4 lagi cedera manakala tentera Zionis Israel telah melindungi peneroka yang menyerang orang awam Palestin. 3 orang penunjuk perasaan termasuk seorang wanita dan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun, cedera semasa protes aman di tembok pencerobohan dan aktiviti penempatan haram.

Serangan Israel di Tebing Barat: Sepanjang tempoh laporan, tentera Israel telah melakukan sekurang-kurangnya 79 serangan tentera ke arah masyarakat Palestin di Tebing Barat. Semasa serangan, tentera Zionis Israel menculik sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin, termasuk 3 kanak-kanak.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Hamas-Fatah Sepakat Bentuk Pemerintahan Perpaduan dalam Tempoh 3 Bulan

Khamis, 16/05/2013 – Gerakan Perjuangan Islam Hamas dan Gerakan Fatah sepakat untuk memulakan mesyuarat pembentukan kerajaan perpaduan nasional selepas sebulan dari sekarang dan berakhir pembentukan pemerintah selama 3 bulan, yang akan diumumkan bersamaan dengan penentuan waktu pilihanraya umum Palestin. Kesepakatan tersebut dicapai dalam pertemuan wakil kedua-dua gerakan di Kaherah, Mesir, Selasa (14/5).

Berdasarkan teks kesepakatan menjelaskan bahawa wakil Hamas dan Fatah setuju pertemuan berikutnya menjadi sesi tetap sehingga pembentukan pemerintahan perpaduan dan penentuan waktu pilihanraya. Kesepakatan ini juga menyatakan bahawa Presiden Otoriti Palestin Mahmud Abbas harus mengeluarkan kenyataan presiden berkenaan pembentukan pemerintahan perpaduan dan pelaksanaan pilihanraya umum tiga bulan setelah kesepakatan ditandatangani.

Perkara Kedua adalah berkaitan kesepakatan berkoordinasi dengan Ketua Dewan Nasional, Salim Zanun untuk mengundang Panitia Penyiapan undang-undang pilihanraya umum Dewan Nasional untuk mengadakan pertemuan dalam tempoh seminggu selepas ditandatangani kesepakatan bagi membincangkan isu-isu yang masih belum selesai serta mengajukan formula akhir setelah disepakati Jawatankuasa Eksekutif PLO.

sumber : COMES
penterjemah : osman