Categories
Berita Semasa

Ramadhan di Penjara Dengan Tekanan Berganda

Jumaat, 05/08/2011 – Tujuh ribu tawanan Palestin di penjara Israel menyambut datangnya bulan Ramadhan dengan suasana yang sangat menyedihkan. Keadaan penderitaan berganda akibat pemerintah Zionis yang senantiasa menekan para tawanan dengan segala penindasan, menyusul undang-undang Shalit, yang menambah beratnya penyiksaan yang dialami para tawanan di dalam penjara.

Penjara Nagev yang berada di tengah-tengah padang pasir yang dihuni 1500 tawanan Palestin menyambut datangnya bulan Ramadhan dengan cuaca yang sangat panas. Disamping penolakan dari pemerintah Israel terhadap tambahan fasiliti yang merupakan hak bagi para tawanan, seperti kantin selain daripada kualiti makanan yang sangat teruk di dalam penjara selama bulan Ramadhan.

Tawanan Muhammad Ubaidi di penjara Nagev mengatakan, udara di Nagev sangat terik pada musim panas. Jika orang yang berada di luar tawanan dapat menikmati penyaman udara, namun kami datangnya Ramadhan disambut dengan kekasaran dan tekanan Israel hingga ketika kami sedang makan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamas minta Lubnan tidak bincang pengharaman bangunan di kem pelarian

Jumaat, 05/08/2011 – Pergerakan Hamas telah meminta kerajaan Lubnan untuk menarik balik salah satu agendanya dalam mesyuarat kabinet hari ini yang mengharamkan pembinaan di kem-kem pelarian Palestin negara ini. Bagi menjaga hubungan pergerakan dengan Lubnan Ra’fat Marra berkata agenda itu yang juga termasuk menutup pintu masuk bagi penghuni kem pelarian bertentangan dengan pelan tindakan kerajaan yang ditetapkan antara lain memudahkan kehidupan pelarian Palestin di Lubnan dan memberikan mereka hak-hak sosial dan kemanusiaan.

Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu akan membawa kepada pergolakan sosial yang tidak diingini, sambil menambah perkara itu akan memudaratkan kepentingan bersama Lubnan-Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Fatah secara rasmi mengatur pertemuan antara Abbas dan Perez

Jumaat, 05/08/2011 – Anggota Biro Pusat Fatah, Nabel c, membenarkan berita yang menyatakan bahawa mesyuarat sedang dirancang di antara Presiden Fatah, Mahmoud Abbas dan Presiden Zionis, Shimon Perez, dalam usaha untuk meneruskan perundingan di anatar kedua-dua belah pihak yang “membincangkan” supaya gerakan-gerakan Palestin bersedia menerima resolusi UN iaitu pembinaan negara Palestin yang berdaulat.

Sha’at brkata dalam kenyataan semasa pertemuannya dengan para konsul dan duta diplomasi yang bertugas di Ramallah pada hari Selasa (2 Ogos), yang disebarkan oleh Biro Media rasmi Fatah bahawa : “satu pertemuan telah dijanjikan di antara Abas dan Perez, atas permintaan Perez, yang kemudian telah membatalkan pertemuan ini, dengan alasan bahawa beliau belum menerima sebarang maklumat daripada Perdana Menteri “Israel”, Benyamin Netanyahu, untuk dibincangkan dengan Abbas.”

Akhbar berbahasa Hebrew, Maariv, melaporkan bahawa Netanyahu telah mengagalkan pertemuan “rahsia” , yang sepatutnya diadakan di antara Perez dan Abbas, pada Khamis lepas (28 Julai), di ibu negara Jordan, Amman.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Remaja Baitulmuqaddis hentikan usaha pendatang hendak serbu masjid Aqsa

Jumaat, 05/08/2011 – Para remaja Baitulmuqaddis berjaya menghentikan usaha 20 orang pendatang Yahudi hendak menyerbu Masjid Aqsa ketika solat Tarawih pada malam Isnin.

Salah seorang pengawal masjid berkata, pendatang-pendatang yang datang dari Kiryat Arba di Al-Khalil berjaya memasuki dataran Aqsa melalui pintu Asbat sambil melaungkan slogan perkauman seperti “Maut kepada Arab”. Beliau berkata, para remaja tersebut menghalang pendatang-pendatang itu masuk ke Masjid Aqsa di mana kaum muslimin sedang bersolat tarawih.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis Israel bertanggungjawab pembunuhan di Qalandia

Rabu , 03/08/2011 – HAMAS mengecam keras ke atas pembunuhan yang dilakukan oleh Zionis-Israel di kem Qalandia, berhampiran al-Quds. 2 warga Palestin menjadi mangsa kekejaman itu. HAMAS menyatakan dengan tegas bahawa Zionis-Israel bertanggungjawab penuh ke atas kejadian itu. HAMAS memberi amaran keras kepada Zionis agar tidak meneruskan kezaliman ini melainkan akan di serang balas oleh rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Ramai tertangkap dalam pembersihan Tebing Barat

Rabu , 03/08/2011 – Pendudukan Tentera Israel telah melakukan penangkapan terhadap Badr, 25 tahun, Khalid 21 tahun serta Abu Naous dari kem pelarian Ein Beit al-Maa di Barat Nablus. Penangkapan itu dibuat dalam siri penjajahan Tebing Barat.

Saksi berkata, sejumlah besar tentera Israel telah menyerang beberapa kawasan di kem. Serbuan diteruskan di kediaman Abu Namous untuk menangkap kedua-dua saudara itu. Di kawasan lain, pertempuran meletus apabila pasukan tentera Israel menyerang kawsan kejiranan di Al-Syoukh in Al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Wanita Palestin Gugur Kandungan Selepas Lemas Gas Pemedih Mata di al-Khalil

Rabu , 03/08/2011 – Seorang perempuan Palestin yang mengandung ugur pada Sabtu apabila kanister gas pemedih mata masuk ke dalam rumahnya di bandar lama Al-Khalil.

Sumber tempatan berkata bahawa tentera Israel menembak gas pemedih mata tanpa sebab secara rambang ketika serangan di kejiranan Palestin, dan sebahagian kanister itu terjatuh di rumah wanita itu. Mereka berkata perempuan itu keguguran selepas lemas tersedut gas pemedih mata dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Insiden ini menimbulkan kemarahan rakyat Palestin di bandar itu, kata sumber tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

‘Miles of Smiles’ memasuki Gaza dengan Bekalan Ubat Yang Mustahak

Rabu , 03/08/2011 – Konvoi bantuan ‘Miles of Smiles 4’ memasuki Gaza melalui gerbang Rafah pada malam Ahad sambil membawa ubat-ubatan yang sangat penting dan susu formula bayi yang istimewa.

Sumber keselematan di Rafah memberitahu Pusat Info Palestin bahawa konvoi yang terdiri daripada 8 kenderaan termasuk ambulan dan bas serta bahan keperluan khas. Sumber itu juga berkata bahawa 35 sktivis solidariti mengikuti konvoi itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Hamas mahu Zionis bertanggungjawab terhadap jenayahnya di Qalandia

Rabu , 03/08/2011 – Hamas mengutuk keras jenayah pembunuhan beramai-ramai warga Palestin di Kem Pelarian Palestin di Qalandia dekat Bandar Al-Quds pada hari pertama bulam Ramadhan AL-Mubarak, dan mahu Zionis bertanggungjawab ke atas tindakan kejam mereka itu.

Hamas berkata dalam kenyataan Biro Medianya, yang diterima Pusat Informasi Palestin, : “Kami, pihak Hamas, mengutuk dengan sekras-kerasnya jenayah ini, dan kami tuntut supaya Zionis bertanggungjawab penuh ke atas segala aspek jenayah pembunuhan kejam yang dilakukan dengan ganas oleh Briged Kufair, salah satu sayap tentera Zionis, yang telah ditugaskan untuk melakukan jenayah paling kejam terhadap anak-anak bangsa kita di Tebing Barat.”

Hamas memberi amaran kepada Zionis tentang akibat yang mereka akan terima kerana berterusan, “melakukan jenayah terhadap penduduk awam dari rakyat Palestin”, dan menekankan kepada Pihak Keamanan Fatah di Ramallah bahawa mereka, “memikul tanggungjawab politik dan sosial untuk mempertahankan anak-anak kita dari menjadi mangsa perang Zionis yang tak putus-putus menyerang dan membunuh secara kejam di Tebing Barat”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Zionis Setuju Pembangunan 4700 Unit Rumah Baru di Wadi Ara

Rabu , 03/08/2011 – Menteri dalam negeri Israel, Ely Yesha menyetujui pembangunan 4700 unit penempatan di wilayah pendudukan Israel, Harish, Wadi Ara yang dikhususkan untuk penganut Yahudi ekstrim “Haradem”. Sebelumnya Yesha juga menyetujui pembangunan 4100 unit yang lain.

Sementara itu, menurut penjelasan dari sumber kementerian dalam negeri Israel menyebutkan, Yesha telah menandatangani rancangan untuk penempatan Harish yang diajukan oleh jawatankuasa pembinaan dan organisasi terlibat pada bulan Julai 2010, meskipun ada kegusaran dari 720 anggota Knesset. Dengan rancangan ini, luas penempatan Harish mencapai 3630 ekar. Sementara itu dengan peretujuan ini jumlah penempatan yang telah disetujui kementerian dalam negeri Zionis di wilayah Wadi Ara mencapai 8800 unit.

Sementara itu, ahli parlimen Arab di dewan parlimen Knesset, Jamal Zahaliqah, ketua fraksi Arab khawatir setiap usaha untuk mencari penyelesaian bagi penempatan Israel dengan cara mengorbankan warga Palestin di wilayah 48. Peta rancangan kota Harish untuk menyediakan rumah kepada 150.000 Yahudi Haradem di pusat penempatan Arab, Wadi Ara, merupakan bencana yang mencakupi seluruh penempatan Arab di Kfar Qara, Ara, Araarah, Ummu Qutub dan Maisir. Rancangan tersebut akan mengepung penempatan Arab di sana seperti sebuah ruang tawanan besar di wilayah permukiman Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamas kutuk pembunuhan Kalandia

Rabu , 03/08/2011 – Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri telah mengutuk tindakan tentera rejim Israel membunuh dua pemuda Palestin di Kalandia dekat Ramallah.

Pertelingkahan tercetus apabila tentera rejim Israel datang membuat tangkapan. Pihak tentera berkata, pemuda-pemuda itu terbunuh akibat tembakan tidak terkawal.

Abu Zuhri berkata serbuan bersenjata tersebut telah menyebabkan peningkatan usaha penentangan di Tebing Barat serta menyeru agensi keselamatan kerajaan Palestin agar menghentikan pemburuan ke atas
pejuang penentangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

3 lagi ditangkap di Tebing Barat kerana perbezaan politik

Rabu , 03/08/2011 – 2 orang mahasiswa Universiti Najah serta seorang isteri kepada tahanan politik di Tebing Barat telah ditangkap pada Ahad lepas ketika agensi keselamatan PA meneruskan tangkapan politik terhadap penyokong Hamas yang menetap di Tebing Barat.

Mahasiswa terbabit, Ala Saud Taha, 26 dan Mohammed Jamal Khatir, 26 sebelum ini mengisytiharkan keengganan mereka untuk memberi jawapan balas terhadap saman-saman yang dikenakan ke atas mereka oleh agensi keselamatan di Tebing Barat. Saman terakhir dikeluarkan lebih kurang seminggu lepas. Kedua-dua pemuda terbabit sebelum ini pernah ditahan oleh agensi keselamatan rejim Zionis dan PA.

Dalam kejadian lain, Hammed al-Katout telah dibebaskan selepas beberapa ditahan di Nablus selepas mengambil bahagian dalam satu demonstrasi yang memprotes tindakan PA yang meneruskan tangkapan politik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Haneyya bertemu delegasi Malaysia di Gaza

Selasa, 02/08/2011 – Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya telah bertemu dengan delegasi Malaysia yang melawat Semenanjung Gaza untuk menyatakan perpaduan dengan rakyatnya.Pertemuan itu berlangsung pada petang Sabtu lalu.

Haneyya semasa mesyuarat itu mengulangi kepatuhan kerajaan pilihan terhadap pilihan penentang dan menegaskan bahawa apa-apa tindakan politik mestilah menurut ketetapan rakyat Palestin. Beliau juga melahirkan kepercayaan secara mendalam mengenai Arab dan Islam di Palestin, dan optimis tentang musim bunga di Arab dan petanda kejayaan yang dibawanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Gerbang Rafah Mula Dibuka Semula

Selasa, 02/08/2011 – Kementerian Dalam Negeri Palestin menyatakan bahawa gerbang sempadan Rafah kembali dibuka hari ini, Ahad (31/7), setelah sebelumnya otoriti Mesir mencegah ratusan warga untuk melintasi gerbang Rafah.

Dalam pernyataannya hari ini, Kementerian Dalam Negeri Palestin mengatakan perjalanan hari ini bagi mereka yang mendaftar pada hari Khamis dan selebihnya akan terus ke pintu Rafah dan tidak berdasarkan syarat-syarat baru.

Pada hari Sabtu lepas pihak Mesir mengembalikan 450 orang yang hendak melintasi gerbang Rafah, termasuk para pesakit yang ingin mendapatkan rawatan, tanpa memberikan alasan rasmi secara detail. Perkara ini dikaitkan dengan situasi tidak stabil di el Arish dan konfrontasi bersenjata yang terjadi di sana. Oleh itu, lalu lintas penyeberangan hanya dikhususkan bagi mereka yang hendak mengerjakan umrah dan hanya 12 buah bas sahaja dibenarkan masuk.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Resheq: Perhubungan sedang dijalankan dengan Fatah untuk membincangkan rundingan

Selasa, 02/08/2011 – Ahli biro politik Hamas, Ezzet Al-Resheq berkata, perhubungan sedang dilaksanakan antara gerakannya dan Fatah untuk mengadakan mesyuarat berkenaan isu rundingan.Beliau memberitahu PIC pada Ahad bahawa mesyuarat tersebut akan membincangkan isu-isu seperti PLO, kepimpinan Palestin, tahanan politik, peralatan keselamatan, pilihanraya dsb.

Resheq menerangkan isu peralihan kerajaan itu tidak termasuk agenda mesyuarat oleh kerana ketua PA dan pemimpin Fatah Mahmoud Abbas bertegas ingin mengekalkan Salam Fayyad sebagai perdana menteri yang mana hal ini tidak diterima oleh Hamas. Tarikh dan tempat mesyuarat belum ditentukan lagi, katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati