Categories
Berita Semasa

Naim memberi amaran tragedi kesihatan akibat terputus bekalan elektrik

Khamis, 09-02-2012 – Menteri kesihatan Palestin Dr Basim Naim telah memberi amaran tragedi kesihatan di Semenanjung Gaza sekiranya berlaku gangguan bekalan kuasa berterusan.

Beliau berkata dalam siaran akhbar pada hari Khamis bahawa setiap hari gangguan selama 10 jam mengancam pemberhentian perkhidmatan kesihatan yang penting seperti teater pembedahan, unit rawatan rapi, dan mesin dialisis buah pinggang.

Naim berkata bahawa bergantung kepada generator tidak dapat menjadi penyelesaian, kerana tenaga yang dihasilkan oleh penjana tersebut tidak cukup untuk mengendalikan mesin perubatan secara cekap, yang boleh memberi kesan buruk ke atas mesin dan boleh membawa kepada kerosakkannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Saudara-mara tahanan penjara desak Ban Ki-moon hentikan sikap pro-Zionis

Khamis, 09-02-2012 – Saudara-mara tahanan penjara berketurunan Palestin yang dipenjarakan di Negara haram Israel serta mangsa Perang Israel ke atas Gaza, menyambut ketibaan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon di pintu sempadan Beit Hanun, utara Gaza pada Khamis lalu dengan memegang sepanduk protes.

Sumber tempatan memaklumkan Pusat Informasi Palestin (PIC) saudara-mara mangsa membaling kasut ke arah konvoi PBB sambil memegang sepanduk “Ban Ki-Moon, hentikan sikap pro-Israel”. Manakala orang awam yang menyertai protes itu memegang poster yang mempertikaikan peranan PBB dalam isu penculikan ahli-ahli Parlimen mereka serta sekata rejim Zionis ke atas Gaza dan pemusnahan besar-besaran rumah-rumah penduduk Palestin. Ada juga yang memegang poster yang mewakili tahanan penjara yang diasingkan supaya PBB campur tangan untuk menghentikan tindakan rejim Zionis itu.

Kebanyakan tokoh dan pejuang Palestin telah mengisytiharkan boikot ke atas mesyuarat yang dijadualkan bakal diadakan dengan Ban Ki-Moon sebagai tanda protes terhadap keengganannya menemui wakil-wakil bagi saudara-mara mangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Totah dan Abu Arafa Enggan Jumpa Wakil Palang Merah di Dalam Penjara

Khamis, 09-02-2012 – Ahli parlimen Palestin Mohamed Totah dan bekas menteri Khaled Abu Arafa enggan berjumpa denga perwakilan Palang Merah yang cuba melawat mereka dalam Al-Maskobiyeh pusat soal siasat pada hari Isnin.

Totah dan Abu Arafa berkata mereka mengambil langkah ini sebagai tanda protes atas kegagalan Palang Merah untuk memenuhi kewajipan antarabangsa untuk melindungi rakyat Palestin dan bersubahat dalam pencabulan bersama Israel terhadap 26 ahli parlimen Palestin dalam tahanan.

Pegawai-pegawai Palestin mengesahkan bahawa pegawai kanan Palang Merah, terutamanya yang bernama Nicolas, membenarkan tentera Israel menggeledah ibu pejabat Palang Merah di Jerusalam dan menculik mereka, dan pada masa yang sama mereka menghalang rakyat Palestin dari Jerusalam daripada memasuki ibu pejabat mereka untuk melawan tentera .

Kedua-dua pemimpin Jerusalemite, yang menghadapi buangan dari Jerusalam, menyeru Palang Merah pantas membuang pegawai-pegawai kanan Juan-Pedro Schaerer dan Nicolas dari kedudukan mereka kerana mereka biarkan apa yang berlaku.

Mereka berkata kedua-dua pegawai Palang Merah menjadi persona grata bukan di kalangan rakyat Palestin kerana sikap dingin mereka terhadap rakyat Palestin dan negara Palestin, terutama yang berkaitan dengan ke Jerusalam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Ki-moon cetuskan kemarahan penduduk Gaza

Khamis, 09-02-2012 – Perasaan marah menyelubungi penduduk Semenanjung Gaza selepas Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon enggan bertemu semasa lawatan beliau bersama keluarga tahanan, para syahid dan mangsa perang atau petani Gaza, nelayan atau pesakit.

Sumber maklumat Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata, Ki-moon yang menyelaras lawatan beliau dengan UNRWA enggan terlibat dalam jadual mesyuarat dengan orang awam Gaza dan mendengar penderitaan mereka, dan beliau juga tidak membenarkan mana-mana wakil mereka untuk bertemu beliau atau menghadiri mesyuarat dengan pegawai-pegawai PBB di Gaza.

Sumber itu menambah Ki-moon juga telah pergi terlalu jauh dan bias dalam menyokong pendudukan Israel dan enggan bertemu dengan mana-mana pegawai dari kerajaan yang dipilih di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tokoh-tokoh Penting Umumkan Boikot Pertemuan dengan Ki-Mon

Rabu, 08-02-2012 – Para tokoh penting Palestin mengambarkan mereka akan memboikot pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-mon yang mengunjungi Semenanjung Gaza, Khamis (2/2) kerana sikap Ki-mon yang menolak bertemu keluarga tawanan yang masih terperosok di penjara Zionis Israel.

Para tokoh penting Palestin ini dalam pernyataannya mengatakan, “Seharusnya kami ikut serta dalam pertemuan dan menyerahkan surat terbuka kepada Ki-mon, yang isinya mengungkapkan tuntutan dan harapan kami kepadanya sebagai Setiausaha Agung PBB.”

Mereka mengatakan, “Hari ini kami menerima respon negatif dengan penolakan Setiausaha Agung PBB untuk bertemu para wakil keluarga tawanan yang ikut serta dengan delegasi, walaupun sudah dilakukan usaha selama dua hari sebelumnya hingga sekarang.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Haneyya Mula Lawatan Kedua Bermula Dengan Qatar

Rabu, 08-02-2012 – Perdana Menteri Gaza, Ismail Haneyya meninggalkan Semenanjung Gaza Isnin lepas, menuju Lapangan Terbang El-Arish di Mesir di mana beliau menaiki jet peribadi Qatar ke Doha.

Penasihat politik Haneyya, Yousef Rizka menyatakan bahawa Haneyya akan bertemu dengan Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani pada hari Selasa. Beliau berkata perbincangan tersebut akan menangani isu-isu utama seperti Jerusalem, urusan-urusan penyelesaian, judaization, dan mensasarkan kepada penggubal undang-undang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

PLO Memohon Maaf Kepada Ban Ki-moon

Rabu, 08-02-2012 – Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang mengeluarkan permohonan maaf kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, selepas beberapa orang penunjuk perasaan di Gaza membaling kasut sewaktu konvoi beliau memasuki Semenanjung Gaza pada hari Khamis.

Para penunjuk perasaan melahirkan kemarahan dan kekecewaan mereka selepas ketua PBB enggan menemui keluarga tahanan politik Palestin yang diadakan oleh Israel, dan keluarga mangsa-mangsa perang Israel di Gaza.

PLO mengatakan bahawa Palestin sentiasa mengalu-alukan pegawai-pegawai yang mengadakan lawatan dan bercadang untuk melawat wilayah Palestin untuk menyaksikan penderitaan yang dialami sepanjang pendudukan dan pengepungan Israel, dan menyaksikan tindakan haram Israel yang jelas melanggar Undang-undang Antarabangsa.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Hamas Mengutuk Tindakan Setiausaha Agung PBB Kerana Enggan Bertemu Keluarga Tahanan

Rabu, 08-02-2012 – Pergerakan Hamas telah mengutuk sikap Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon kerana enggan bertemu dengan keluarga tahanan politik Palestin yang ditahan oleh Israel dan memberi kenyataan bahawa keengganannya itu disebabkan tugasannya yang belum selesai.

Dalam satu kenyataan media, Hamas memberi kenyataan yang beliau enggan bertemu dengan keluarga mangsa pembunuhan dalam siri keganasan Israel dan juga keluarga tahanan oleh Israel.” Ki-moon telah melanggar prinsip dan peraturan yang diamalkan oleh PBB”.

Pergerakan tersebut menyeru semua puak yang lain untuk mengisytiharkan bantahan mereka terhadap pendirian Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan menyeru PBB menyokong rakyat Palestin, yang tinggal dibawah tawanan haram Israel, dan serangan berterusan oleh tentera Israel serta peneroka bersenjata di Tebing Barat.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Tiga Penduduk Hebron di culik Askar

Jumaat, 03-02-2012 – Tiga rakyat Palestin di bandar Hebron yang terletak di selatan Tebing Barat dan di pekan berhampiran Beit Ummar, telah di culik askar-askar Israel pada hari Sabtu malam dan diwaktu subuh hari Ahad sebelum membawa mereka ke destinasi yang tidak diketahui.

Askar tersebut memecah masuk dan menggeledah rumah Fathi Ikhlayyil, di Beit Ummar, dan memaksanya dan dua orang anak lelakinya keluar, dimana mereka ditahan dalam ksejukan selama 90 minit tanpa kerelaan mereka, sehingga anak lelaki sulungnya, Nasr, 23, pulang dari kerja malamnya. Askar-askar tersebut kemudiannya melepaskan ayah dan dua orang anaknya, dan mengambil Nasr.

Setelah itu, askar-askar tersebut menyerang rumah Nasser Al-Allami, dan menculik anak lelakinya Mohammad, 20, yang baru pulang dari Jordan atas urusan bisnes.

sumber : IMEMC News
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel mendengar perbicaraan pejuang mogok lapar

Khamis, 02-02-2012 – Mahkamah tentera Israel di Ofer enggan untuk melepaskan Sheikh Khader Adnan, pemimpin Jihad Islam, yang telah mogok lapar selama 44 hari.

Peguam Mahmoud persatuan banduan Palestin Al-Halabi, yang menghadiri pendengaran, berkata bahawa Adnan adalah dalam keadaan yang sangat lemah dan telah dibawa ke mahkamah dengan berkerusi roda.  Adnan telah dibawa dengan ambulans dari hospital penjara Ramle Ofer mahkamah, katanya, sambil menambah bahawa mahkamah menangguhkan pendengaran Adnan hingga hari Rabu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

IOA serahkan notis pemusnahan kepada 3 adik-beradik

Khamis, 02-02-2012 – Pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) telah menyerahkan notis perintah pemusnahan kepada 3 orang adik-beradik di Lefjin, sebuah kampung yang kecil yang terletak di selatan Kampung Aqraba, iaitu di selatan Nablus.

Ghassan Daghlas yang bertanggungjawab memantau aktiviti penempatan haram Yahudi di utara Tebing Barat memaklumkan bahawa ketiga-tiga adik-beradik itu telah diberi notis perintah pemusnahan rumah mereka pada hari Isnin.

Tidak sekadar itu, IOA juga telah menyerahkan notis yang sama sejak 2 minggu lalu kepada beberapa penduduk di perkampungan kecil Tawil dan Lefjin yang terletak berdekatan dengan Kampung Aqraba.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Kepung14 rakyat Palestin

Khamis, 02-02-2012 – Tentera Zionis Israel (IOF) mengepung14 warga Palestin di tiga wilayah Tebing Barat majoriti yang diambil dari Betlehem, kata sumber-sumber tempatan. Mereka berkata bahawa askar IOF menahan 11 warganegara di Bethlehem selepas menyerbu banyak rumah di wilayah tersebut. Sumber-sumber menyatakan bahawa dua yang lain ditahan di Jenin dan satu di Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas di Jordan selama tiga hari

Khamis, 02-02-2012 – Delegasi Kanan Hamas yang diketuai oleh pengerusi biro politik, Khaled Mishaal akan berada di Amman
selama tiga hari sebagai tetamu mahkamah diraja Jordan.

Sumber-sumber Hamas berkata bahawa mesyuarat bersama kerajaan dan tokoh-tokoh terkemuka mungkin akan diadakan
pada hari kedua lawatan delegasi tersebut yang bermula pada hari Ahad lalu dengan mesyuarat 90 minit bersama Raja Abdullah II. Putera Mahkota Qatar yang mengiringi Mishaal dalam lawatan itu telah meninggalkan Amman dan kembali ke Doha.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : husna

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin meninggal dunia akibat seksaan sewaktu ditahan di penjara Iraq

Khamis, 02-02-2012 – Seorang lelaki Palestin berusia 30 tahun meninggal di Iraq 3 hari lepas akibat diseksa dan dipukul teruk di penjara Iraq, demikian menurut keluarganya di kem pelarian Breij di timur Gaza pada Isnin.

Sumber memberitahu agensi berita Safa bahawa Emad Abdulsalam tinggal di Doura, selatan Baghdad selama 30 tahun dan ditahan 3 hari lepas. Mereka berkata, Emad telah dikejarkan ke hospital tetapi meninggal ketika tiba di hospital kerana seksaan berterusan yang teruk. Abangnya, Jihad telah dibunuh dengan cara yang sama oleh pihak keselamatan Iraq beberapa tahun lepas di Baghdad ketika pendudukan Amerika di Iraq.

Ratusan pelarian Palestin di Iraq terbunuh di tangan pihak berkuasa Iraq dan Amerika sejak 10 tahun lepas manakala ribuan lagi cedera dan sejumlah besar daripada mereka melarikan diri dari ancaman pembunuhan dan rompakan ke sempadan Iraq-Syria.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Majlis Rakyat tuntut lajukan implementasi rekonsiliasi

Khamis, 02-02-2012 – Mesyuarat Majlis Rekonsiliasi Rakyat di Gaza pada hari Isnin (30 Januari) memutuskan bahawa terdapat urgensi untuk memastikan segalal keputusan yang dicapai rekonsiliasi dilaksanakan secepat mungkin, agar gerak kerja kerajaan dapat berjalan dengan segera.

Dr. Ismael Radwan, perwakilan Hamas dan Majlis Rakyat, dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin, mesyuarat juga telah membincangkan pembentukan majlis-majlis eksekutif dan daerah, nama-nama ahli yang bakal menggangotainya serta penubuhan majlis-majlis khas, yang akan disahkan pada mesyuarat yang bakal berlangsung 2 minggu kehadapan.

Beliau turut memberitahu bahawa turut disepakati adalah keperluan untuk menyelesaikan masaalah kewangan yang dihadapi oleh majlis, yang akan dibawa kepada Presiden PA, Mahmoud Abbas. Menurutnya majlis memerlukan sumber kewangan untuk majlis sendiri serta majlis-majlis kecil di bawahnya, serta turut memerlukannya untuk menggantikan kerugian mangsa Palestin yang sepatutnya telah berjalan secara dalaman dan luaran.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen