
oleh : Maszlee Malik, Durham, UK
Pada 16 Julai 2007, termeterailah kesepakatan di antara Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA) dengan Presiden Rejim Zionis Israel, Ehud Olmert di bandar Baitul Maqdis. Antara kata sepakat yang dipersetujui ialah penetangan habis-habisan para pejuang Palestin di Tebing Barat. Abbas, melalui perjanjian tersebut dengan rela hati dipergunakan oleh rejim penjajah untuk menangkap, menyiksa dan membunuh anak bangsanya sendiri di Tebing Barat. Di Gaza di mana Abbas tidak mempunyai pengaruh pula, rejim penjajah tersebut akan menggunakan kekuatan mereka sendiri untuk menghancurkan perjuangan rakyat Palestin.