
Skuad kebangsaan, Harimau Malaya tewas 6-0 kepada Palestin pada perlawanan kedua Kumpulan A saingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Palestin mendahului 3-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Musab Battat pada minit kesembilan, Sameh Maraaba (m-22) dan Tamer Seyam (m-42).
Pada separuh masa kedua, Palestin menambah tiga lagi gol menerusi pemain gantian, Khader Abuhammad (m-63) serta jaringan kedua peribadi Maraaba (m-75) dan Seyam (m-85).
Sementara itu, pada satu lagi perlawanan Kumpulan A, Timor Leste yang menggunakan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang sendiri sementara tewas 1-0 kepada UAE, petang semalam.
Selepas dua perlawanan (kecuali Arab Saudi dan UAE baru satu perlawanan), Palestin kini di tangga teratas Kumpulan A dengan 3 mata diikuti Arab Saudi (3), UAE (3), Timor Leste (1) dan Malaysia (1).
Perlawanan ketiga dan keempat selepas ini bakal menyaksikan Malaysia bertemu UAE di Abu Dhabi pada 3 September sebelum menanti kunjungan Arab Saudi di laman sendiri pada 8 September ini.
MALAYSIA: 1. Farizal Marlias; 16. S Kunanlan (4. Mahali Jasuli 18′), 2. Muslim Ahmad, 3. Fadhli Shas, 21. Zubir Azmi; 11. Ahmad Syamim Yahya (13. Indra Putra Mahayuddin ’70), 12. Nasir Basharuddin, 8. Safiq Rahim (K), 18. Ahmad Hazwan Bakri (10. Safee Sali 59′); 17. Amri Yahyah, 7. Afiq Azmi.
PALESTIN: 1. Tawfiq Abuhammad; 7. Musab Battat, 4. Ahmed Mahajna, 5. Tamer Salah (21. Mohammed Abukhamis 18′), 14. Abdallah Jaber; 10. Sameh Maraaba, 17. Pablo Bravo (20. Khader Abuhammad 55′), 23. Mohammed Darwish, 9. Tamer Seyam; 12. Mahmoud Dhadha (11. Ahmed Wridat 82′), 19. Matias Hadwa.
PENGADIL: Kim Sang Woo (Korea Selatan)
sumber dari : http://www.fam.org.my/