Asad Tawar Syarat, Israel Kemungkinan Enggan Berunding.


Khamis, 19/07/07 –

Kementerian Luar Israel mengumumkan bahawa pelan damai antara Damsyik dan Tel Aviv terhenti. Ia berlaku sebaik sahaja Israel mendapat respon secara rasmi terhadap Presiden Syria, Basyar Al Asad pada awal tempoh pemerintahan keduanya yang mana beliau mensyaratkan terlebih dahulu supaya Israel memberi jaminan akan berundur dari Bukit Golan yang dijajah bagi menyambung semula rundingan.

Brigade Al-Aqsa Turunkan Tandatangan Janji Tidak Lancarkan Serangan.


Khamis, 19/07/07 –
Berpuluh-puluh anggota briged Al Aqsa mula menandatangani perjanjian bertulis untuk tidak melakukan serangan yang mana sebahagiannya telah menyerahkan senjata mereka. Munif Rimawi, salah seorang pemimpin briged tersebut berkata setelah menurunkan tandatangan bersama berpuluh-puluh rakannya di Bandar Ramallah, Tebing Barat bahawa beliau mahu “hidup dalam keadaan aman tanpa pembunuhan dan penangkapan oleh Israel”.

Abbas dan Olmert Bertemu di Baitul Maqdis.


Khamis, 19/07/07 –
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert akan melangsungkan mesyuarat di Baitul Maqdis Barat hari ini. Mereka dijangka akan membincangkan tindakan-tindakan Israel antaranya mengurangkan syarat terhadap pertubuhan Palestin di Tebing Barat serta menghentikan pemburuan berpuluh-puluh pejuang dari Fatah.

Brigade Al-Aqsa dan Fatah Serah Senjata


Khamis, 19/07/07 –
Beberapa pemimpin Briged Shuhada’ Al Aqsa dan Briged Audah Fatah telah menyerahkan senjata mereka kepada pegawai pasukan keselamatan di Bandar Nablus, di Tebing Barat.

Olmert Enggan Hentikan Kemaraan Tentera Rejim.


Khamis, 19/07/07 –Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert enggan berjanji kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abas ketika pertemuan mereka berdua hari ini di Baitul Maqdis untuk menghentikan operasi ketenteraan di dalam kawasan Bandar Palestin bagi memburu pejuang yang dikehendaki.

Perez Angkat Sumpah Sebagai Presiden Israel.


Khamis, 19/07/07 –
Shemon Perez telah mengangkat sumpah di perhimpunan Knesset untuk memegang jawatan presiden Israel salama tujuh tahun yang mana tempoh tersebut tidak boleh diperbaharui. Perez (83 tahun) menggantikan Mosheh Kitsaf yang meletak jawatan pada bulan lepas setelah mengaku disabitkan dengan kes rogol dan gangguan seks di mahkamah.

Kerajaan Baru Palestin Mula Berkuatkuasa.


Khamis, 19/07/07 –Salam Fayyadh akan menerajui kerajaan Palestin bagi memulakan tugas yang terbentuk daripada menteri-menteri kerajaan sementara yang mana beliau menerajuinya dalam tempoh sepanjang bulan ini. Tempoh kuat kuasa telah tamat pada pertengahan malam semalam.

Abbas Terima Pembubaran Kerajaan Fayyadh.


Khamis, 19/07/07 –

Perdana Menteri kerajaan sementara Palestin, Salam Fayyadh mengemukakan perletakan jawatan hari ini kepada Presiden Mahmoud Abbas yang mahukan beliau membentuk semula kerajaan yang baru.

Jurucakap Hamas : Abbas Hapuskan Semua Undang-Undang Dasar Palestin.


Isnin, 16/07/07 –Gerakan Hamas mengecam tindakan presiden Palestin, Mahmud Abbas yang
membatalkan semua undang-undang dan konstitusi serta menyekat semua organisasi
politik dengan mengeluarkan beberapa arahan.

Barhum: Abbas berkeras membatalkan kesemua perundangan sedia ada.


Isnin, 16/07/07 –Pergerakan Hamas telah mengecam dan mendesak Presidan Mahmoud Abbas supaya menarik balik semua perundangan dan perlembagaan yang dibuat dan telah menghancurkan sistem politik penduduk Palestin yang mengakibatkan perpecahan dan berat sebelah.

Zionis Tidak Mahu Hamas dan Fatah Bersatu.


Isnin, 16/07/07 –
Satu sumber rasmi Israel mengesahkan, dalam satu kenyataan untuk “Ha’aretz” akhbar bercetak pada hari Ahad, 180 orang ahli sekutu Fatah yang menjadi sasaran Israel akan dibuang dari senarai oleh perisikan Israel dalam usaha menumpukan usaha-usaha menghapuskan Hamas dan Jihad Islami.”

Hizbullah Hadiri Rundingan Paris.


Jumaat, 13/07/07 –Wartawan Aljazeera di Beirut berkata, Hizbullah telah membuat keputusan untuk menghadiri persidangan San Clo di Perancis. Ia khusus untuk membincangkan mengenai rundingan antara pihak Lubnan. Sumber tersebut berkata, Hizbullah menganggap keterangan presiden Perancis yang menyatakan bahawa Hizbullah diketepikan daripada senarai pertubuhan pengganas dan Perancis tidak berhasrat untuk mengetepikannya, adalah sebagai penjelasan yang boleh diterima.

Israel Jangka Iran Akan Memiliki Tenaga Nuklear Penghujung 2009.


Jumaat, 13/07/07 –

oleh : Maszlee MalikIsrael berkata bahawa Iran mungkin akan memiliki teknologi nuclear menjelang tahun 2009. Namun, ia tidak akan mempu menghasilkan senjata nuclear sebelum tiga atau empat tahun ini.

Sami Abu Zuhri : Tuduhan Abbas Tidak Berasas.


Jumaat, 13/07/07 –
Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi Hamas di Semenanjung Gaza menggambarkan tuduhan Presiden Palestin Mahmoud Abbas terhadap Hamas yang mempunyai unsur-unsur Al-Qaeda sebagai perkembangan serius dalam usahanya menyaingi Hamas dan sebagai hasutan bagi mencetuskan suasana tidak tenteram seterusnya membawa kuasa-kuasa antarabangsa ke Semenanjung Gaza.

Jutawan Israel, Ghaidamak Bentuk Parti Baru.


Khamis, 12/07/07 –
Jutawan Israel yang berasal daripada Rusia, Arkadi Ghaidamak mengumumkan telah menubuhkan parti baru yang bertujuan untuk memperbaiki dasar kerajaan sekarang ini yang diterajui oleh Ehud Olmert.