
Sabtu, 15/08/2009 – Polis Israel dan pegawai keselamatan melaporkan pada Khamis bahawa laporan penculikan seorang askar Israel adalh palsu, dan tidak ada seorang tentera pun yang telah diculik. Pada sebelah tengah hari, polis Israel telah menerima laporan bahawa dua orang yang tidak dikenali telah memaksa seorang askar masuk ke dalam sebuah kenderaan berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion, dan terus melarikan diri.












