
Isnin,23/11/2009 – Urusetia am bagi Liga Arab telah menyeru supaya penjara-penjara Israel dibuka untuk pemeriksaan dan pemantauan antarabangsa bagi menamatkan pencabulan hak tahanan Palestin dan Arab.

Isnin,23/11/2009 – Urusetia am bagi Liga Arab telah menyeru supaya penjara-penjara Israel dibuka untuk pemeriksaan dan pemantauan antarabangsa bagi menamatkan pencabulan hak tahanan Palestin dan Arab.

Isnin,23/11/2009 – Dr Salah al-Bardawil, jurucakap blok parlimen Hamas mengatakan bahawa perkembangan terbaru serangan Israel di Genting Gaza adalah usaha untuk mendapatkan reaksi antarabangsa berikutan laporan Goldstone.

Isnin,23/11/2009 – Tentera Rejim ZionisĀ menyerbu bandar Khuza’a timur Khan Younis dan meratakan tanah pada hari Rabu. Rejim Zionis menyerbu dengan kereta kebal dan diiringi jentolak berat untuk memusnahkan tanaman dan meratakan tanah.

Isnin,23/11/2009 –Perisikan Israel telah menyeru pesakit-pesakit di Gaza yang ingin menerima rawatan di Tebing Barat atau Hospital Israel dan cuba mengertak pesakit untuk berkhidmat dengan mereka, menurut pendedahan pegawai keselamatan di Semenanjung Gaza.

Jumaat,20/11/2009 – Kerajaan Palestin pimpinan Ismail Haneyya menyambut naik kemungkinan resolusi Majlis Keselamatan PBB mengiktiraf negara Palestin bebas daripada penempatan Israel dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara seperti sempadan pada tarikh 4 Jun 1967.

Jumaat,20/11/2009 –Jurucakap sayap parlimen Hamas iaitu Dr. Salah Al-Bardawil menegaskan bahawa Majlis Perundangan Palestin (PLC) akan terus menjalankan tugas-tugas parlimen seperti biasa sehingga pemilihan ahli majlis yang baru dilakukan.

Khamis,19/11/2009 – Israel menolak sekeras-kerasnya permintaan AS untuk menghentikan pembangunan di Gilo yang dibina di atas tanah milik Palestin di bahagian selatan Baitulmuqaddis, serta menambah bahawa tidak ada perbezaan antara membangunkan id di situ atau di Tel Aviv.

Khamis,19/11/2009 – Pejabat urusan penyelarasan kemanusiaan PBB (OCHA) memberi amaran ratusan warga Palestin di Baitulmuqaddis yang ditawan semakin diancam dengan perpindahan berikutan niat Israel untuk menghancurkan rumah-rumah mereka dengan alasan tiada kebenaran membuat pembinaan.

Khamis,19/11/2009 – Hamas melancarkan kempen ziarah rumah ke rumah pada hari Selasa dengan member manisan sebagai tanda kasih dan penghargaan di atas pendirian teguh dan pengorbanan yang dilakukan oleh rakyat walaupun sedang disekat dan diserang oleh pihak Zionis.

Khamis,19/11/2009 – Dr. Ahmad Bahar, timbalan speaker bagi Dewan Perundangan Palestin (PLC) menyatakan Selasa lalu bahawa PLC ialah satu badan yang sah berdasarkan undang-undang asas Palestin yang dirombak, sambil bertegas bahawa PLC sekarang akan terus menjalankan tugas sehingga PLC baru dipilih dan ahli-ahlinya mengangkat sumpah, berdasarkan Undang-undang asas Palestin.

Khamis,19/11/2009 – Sabtu lalu, Dr Ahmed Bahar, Timbalan speaker pertama bagi badan legislatif Palestin (PLC), telah mengecam keras kempen yang diupah oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan kumpulan Fatah pada Dr Aziz Dweik (gambar) dan sekutunya.

Khamis,19/11/2009 – Isnin lalu, Penggubal undang-undang Hamas Nasser Abdeljawad (gambar), yang telah dibebaskan dua bulan lalu daripada penjara Israel, melaporkan bahawa militia-militia Mahmoud Abbas di Salfit masih mengganggu beliau dan keluarganya setiap hari dan meletakkan beliau di bawah pengawasan 24 jam.

Khamis,19/11/2009 – Enam jentolak rejim Zionis dan empat kereta tank bergerak menuju ke garisan pemisah perkampungan Johr al Deek di tenggara Bandar Gaza dan meratakan beberapa bidang tanah Palestin.
Saksi menyatakan bahawa kereta tank dan jentolak Israel telah mara kira-kira dua ratus meter ke dalam dan mula mengukur dan meratakan padang Penduduk Palestin. Menurut saksi lagi, perataan tanah tersebut ke arah pintu al Naser.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : abu raudhah

Rabu,18/11/2009 – Dua warga Palestin di Beit Hanun, utara semenanjung gaza, cedera selepas rejim Zionis membedil kediaman di kawasan itu Ahad lalu.

Rabu,18/11/2009 – Kementerian Khidmat Uturan Tahanan melaporkan bahawa sejumlah tawanan Palestin yang menderita penyakit diabetes di penjara-penjara Israel melonjak menjadi 88 orang dengan kadar 10 peratus berbanding tahun lalu.