
Khamis , 05/10/06 –
Ratusan warga Al-Quds jajahan 1948 ,Selasa (3/10/06) berdemontrasi di depan Mahkamah Tinggi Israel di Al-Quds. Mereka memprotes syarikat-syarikat Amerika dan Israel yang sedang membangunkan Muzium Toleransi di atas tanah makam Ma’manillah yang
mempunyai nilai sejarah kepada Palestin.

Khamis , 05/10/06 –Taufiq Abu I’iah, 29 seorang pekerja Palestin dari Kampung Tarqumia berdekatan Tebing Barat Bandar Hebron, telah di tembak mati oleh tentera regim Zionist dan polis sempadan, sewaktu kempen penangkapan pekerja-pekerja Palestin yang bekerja di bandr Israel, Jaffa tanpa permit kerja pada petang Rabu.

Rabu , 04/10/06 –Briged Syuhada Al Aqsa, iaitu sayap bersenjata Fatah, mengancam untuk membunuh pegawai-pegawai Hamas buat pertama kalinya semenjak pergaduhan tercetus di antara kedua parti politik tersebut. Kumpulan itu telah memberikan sehelai risalah pada pagi Selasa, menyatakan bahawa mereka akan membunuh Khalid Mishaal, ketua politik Hamas yang berpusat di Syria, Said Siyam, Menteri Hal Ehwal Dalaman Palestin, dan Yusuf al-Zahar, ketua tentera Hamas.

Rabu , 04/10/06 –
Pada Jumaat 29 September 2006 yang lalu, umat Islam di Baitul Maqdis sedikit sebanyak telah dapat bergembira. Bukannya kerana mereka telah berjaya memerdekakan Masjid al-Aqsa. Masjid al-Aqsa masih lagi diancam. Masjid al-Aqsa masih lagi menghadapi bahaya untuk dirobohkan. Lapisan bawah Masjid al-Aqsa masih lagi digali, dan aktiviti penggalian tersebut telah menyebabkan keretakan kepada Masjid berkenaan. Kuil (Sinagogue) Yahudi yang telah dirasmikan pada 3 Januarai 2006 yang lalu masih lagi berada di bawah masjid.

Rabu , 04/10/06 –
Suasana politik di Palestin terus panas. Ketua Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas menghubungi beberapa pemimpin Arab melalui telefon untuk menjelaskan kepada mereka gambaran perkembangan terkini di Palestin.

Rabu , 04/10/06 –Kedai dan sekolah persendirian di West Bank ditutup akibat mogok umum yang ditunjukkan oleh Abbas daripada parti Fatah selepas berlalunya beberapa hari penting yang melibatkan pergaduhan antara penyokong daripada kedua-dua parti Hamas dan Fatah. Sebagai balasan, pihak Hamas menutup semua kementerian kerajaan bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan Fatah yang menyerang bangunan-bangunan kerajaan.

Selasa , 03/10/06 –
Harian Al-Quds Arab yang terbit di London (Ahad 1/10) menyiarkan tentang pertemuan rahsia antara presiden Palestin Mahmud Abbas dengan ketua perisikan dalam negeri Israel, Savak Israel, Yufal Diskin di bandar Okbah, Jordan.

Selasa , 03/10/06 –Di tengah-tengah pergolakan dalaman di antara penyokong Hamas dan Fatah semalam (Isnin), Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggunakan kuasanya untuk membubarkan kerajaan pimpinan Hamas dan membuat pilihan raya baru.

Selasa , 03/10/06 –
Seorang rakyat Palestin dibunuh Isnin lepas apabila Israel melepaskan tembakan di pantai Bandar Deir Al-Balah di tengah jalur Gaza, sumber perubatan melaporkan.

Selasa , 03/10/06 –
Enam paksi politik Palestin menyeru rakyat Palestin dan ahli Hamas serta Fatah yang bertelagah agar segera menghentikan kemelut dalaman mereka. Kegagalan mereka untuk bertenang dan melindungi kemahuan rakyat Palestin menggambarkan kegagalan untuk mengaplikasikan apa yang terkandung di dalam Dokumen Kesatuan Kebangsaan.

Selasa , 03/10/06 –
Khader Habib, ketua pergerakan Jihad Islami, Isnin lalu mengatakan bahawa kemelut dalaman di Semenanjung Gaza adalah sebagai ‘hadiah percuma’ kepada tentera rejim Zionis dalam usaha mereka untuk memecah-belahkan rakyat Palestin dan mencetuskan perang saudara.

Selasa , 03/10/06 –Sumber perubatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan pada malam Isnin, 2 orang rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 tercedera, manakala 3 daripadanya cedera parah akibat pergaduhan di antara penembak Fatah dan ahli-ahli kumpulan Pasukan Eksekutif Hamas.

Isnin , 02/10/06 –
Kesal dengan konflik di Timur Tengah yang telah menjadi tempat gempa meletus daripada ketidakstabilan sejagat, Presiden Perancis, Jacque Chirac memberitahu pemimpin-pemimpin dunia di Perhimpunan Umum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa telah sampai masanya untuk `melangkah keluar dari tabiat jejak memukul’ dan berikhtiar untuk mengatur strategi secara global demi penyelesaian Israel-rakyat Palestin.

Isnin , 02/10/06 –
Menteri Infrastruktur Israel, Benjamin Ben-Eliezer berkata pada Sabtu lalu bahawa Israel mesti membunuh ketua Hizbullah Sheik Hassan Nasrallah, pada setiap peluang yang ada “tanpa menyebabkan kematian” di kalangan penduduk awam Lubnan atau masyarakat sekeliling.

Isnin , 02/10/06 –Kerajaan regim Israel menggunakan alasan keamanan untuk menghalang rakyat Palestin dari memasuki al-Quds untuk melaksanakan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa, pada Jumaat pertama bulan Ramadhan ini.