Jumaat, 19/05/2006 – Norway memberi visa kepada penggubal undang-undang Hamas Yahya Mousa untuk melawat komuniti Palestin di sana dan untuk mengukuhkan hubungan dengan kerajaan Norway.
Jumaat, 19/05/2006 – Norway memberi visa kepada penggubal undang-undang Hamas Yahya Mousa untuk melawat komuniti Palestin di sana dan untuk mengukuhkan hubungan dengan kerajaan Norway.
Jumaat, 19/05/2006 –
Seorang pakar strategik Arab memberi amaran bahawa usaha Israel meneruskan monopoli nuklear di TImur Tengah adalah bertujuan menundukkan jutaan Muslim di bawah ancaman senjata nuklearnya.
Khamis, 18/05/2006 – Kerajaan dan rakyat Kelantan memberikan komitmen besar terhadap nasib dan masa depan rakyat Palestin dengan memberikan sumbangan melebihi RM1 juta pada program ‘Selamatkan Kerajaan Palestin’ di Padang Perdana, Ahad lalu (14/05/06).
Khamis, 18/05/2006 –
Harian Israel Haaretz yang diterbitkan pada hari Selasa (16/5) menyiarkan, berdasarkan maklumat dari pihak keselamatan dan politik Israel, Amerika secara
sembunyi-sembunyi menguatkan hubungan dengan pihak keselamatan presiden Mahmud
Abbas.
Khamis,
18/05/2006 – Perdana menteri pemerintahan Palestin, Ismail Haneyya, telah menyeru pemberita Palestin dan sumber media yang lain agar berkerja di tanah Palestin agar mereka menjadi neutral, objektif dan secara terperincinya mengesahkan sebarang berita sebelum melaporkannya, dengan menegaskan bahawa kerajaannya telah menyebar luaskan kebebasan menyuarakan pendapat.
Rabu, 17/05/2006 –
Selepas ahli-ahli penghulur bantuan dari empat pertubuhan antarabangsa membuat keputusan untuk menyambung penghantaran bantuan sumbangan kepada rakyat-rakyat Palestin, penulis Adnan Al-Sayegh dan enam lagi rakyat Palestin yang lain di Jenin tidak lagi meneruskan mogok lapar yang bertahan selama 12 hari tersebut. Mereka mogok lapar kerana membantah sekatan keperluan kepada rakyat Palestin yang dilakukan oleh pihak pengurusan Israel dan Amerika.
Rabu, 17/05/2006 –
Tentera bersenjata Israel telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh lagi rakyat Palestin pada kejadian terbaru hari Ahad lalu (14/06/06) di Utara Tebing Barat. Empat orang daripada mangsa terbunuh apabila bangunan tempat mereka berlindung daripada serangan telah dimusnahkan oleh bulldozer tentera-tentera Israel.
Rabu, 17/05/2006 –
Sekumpulan yahudi di tanah yang dijajah 1948 telah membakar masjid Mansheyya di bandar Akka semasa mereka meraikan perayaan Nakba menyebabkan penduduk Palestin disitu bertindak memadam kebakaran itu. Mereka telah menyerbu, membakar dan menari-nari dalam keadaan tidak memalukan dan insiden telah dilakukan dengan terbuka.
Rabu,
17/05/2006 –
Doktor Azizi Duwaik Pegerusi Majlis Tasyri’ Palestine menyeru para pemikir, sasterawan, cendikiawan Arab dan (lain) menggunakan mata pena masing2 (menulis) menentang sekatan dan tekanan yang dikenakan keatas penduduk Palestine.
Rabu,
17/05/2006 – Menurut agensi berita Itar Tass, Timbalan Menteri Luar Rusia, Alexander Sultanov berkata, Moscow akan meneruskan dan menyambung dialog dengan kerajaan pimpinan Hamas.
Rabu, 17/05/2006 –
Wakil Menteri Luar Negeri Russia, Alexander Losyukov menyatakan akan terus melanjutkan dialog dengan pemerintah Palestin yang dipimpin Hamas. Pernyataan
ini disampaikan sewaktu pertemuan antara Presiden Palestin, Mahmod Abbas dengan Presiden Russia, Vlandamir Putin.
Rabu,
17/05/2006 – Menteri Hubungan Luar, Dr Mahmoud Zahhar menegaskan bahawa kerajaan akan sentiasa berpegang teguh bersama aspirasi rakyat dan negara. Beliau juga berkata kesediaan utk mana2 fraksi mengadakan kerjasama menjalankan tanggungjawab.
Selasa,
16/05/2006 – Pihak Gerakan Jihad Islam telah menafikan akan laporan dari Media Israel (Hebrew) bahawa gerakan itu telah merancang operasi mensasarkan Mahmoud Abbas, ketua PA.
Selasa,
16/05/2006 –
Sumber dipercayai di Jerusalem berkata Kementerian Wakaf Jordan melucutkan jawatan pekerja mereka yang ada hubungan dengan Hamas. Seramai 8 orang telah dilucutkan jawatan walaupun 45 masjid di sekitar Jerusalem tidak mempunyai imam dan bilal dan seramai 12 orang akan dikenakan nasib yang sama kelak.
Selasa, 16/05/2006 –
Menteri hal ehwal pelarian PA, Dr. Atef Odwan, menyatakan lawatannya ke Sweden dan Norway sebagai langkah permulaan untuk meleraikan sekatan yang dikenakan keatas rakyat Palestin dan kerajaan yang dipilih.