
Rabu , 13/01/2010 –Rejim Zionis mengeluarkan arahan ketenteraan pada Isnin lalu melarang kemasukan Syeikh Raed Salah, pemimpin Gerakan Islam Palestin 1948, dari memasuki Baitulmuqaddis selama enam bulan, kecuali jika beliau dipanggil untuk soal siasat atau prosedur undang-undang lain.












