oleh : Maszlee Malik
Nama Koperal Gilad Shalit mungkin lebih dikenali ramai berbanding nama Huda Ghaliah. Siapakah Gilad Shalit?, tidak lain dan tidak bukan tentera rejim Zionis yang telah ditawan (dan bukannya diculik!) oleh para pjuang Palestin lewat operasi “al-Wahm al-Mubaddad” pada 25 Jun 2006. Demi membebaskan tentera yang juga merupakan warganegara Perachis ini, pihak Zionis telah mengorbankan ratusan rakyat Palestin, menculik tujuh orang menteri kabinet kerajaan Palestin, menculik 26 orang ahli parlimen mereka, dan juga memenjarakan tanpa bicara lebih 64 orang pegawai kerajaan di seluruh Gaza dan Tebing Barat. Di atas alasan untuk membebaskan Gilad juga, bangunan kementerian luar Palestin telah dibedil sebanyak dua kali, Universiti Islam Gaza telah diserang dan juga ratusan rumah telah dirobohkan. Tawaran para pejuang amat mudah, jika rejim Zionis mahukan Gilad, hanya bebaskan para tahanan wanita dan kanak-kanak Palestin di dalam penjara-penjara Zionis yang telah menculik lebih 10,000 rakyat Palestin. Malangnya, rejim Zionis tidak mengenal etika peperangan dan juga urusan diplomasi yang bertamadun. Hanya bahasa peluru sahaja yang mereka fahami.
Khamis ,17/08/2006 – Kesihatan Dr.Aziz Duwaik, Speaker Dewan PLC bertambah buruk di penjara Kfar Yona selepas doktor Israel memberikan rawatan kepada beliau. Menurut tahanan-tahanan di penjara itu, beliau hilang pertimbangan dan tidak dapat menumpukan perhatian sebelum dirawat. Keadaan bertambah buruk selepas beliau menerima rawatan.Mereka menambah bahawa Dr.Duwaik tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling beliau selama tiga hari.
Khamis ,17/08/2006 – Sebuah laporan Amerika berkenaan kerugian Israel di Lubnan bocor kepada beberapa diplomat Lubnan dari Tel Aviv, baik sebagian judul dan rinciannya. Dalam laporan tersebut dinyatakan bahawa sejak perang 12 Julai hingga 7 Ogos seramai 343 orang tentera rejim Zionis terbunuh dan 617 orang tercedera.
Rabu ,16/08/2006 – 
Video sepanjang 19 minit yang dihasilkan oleh Al-Jazeera yang disiarkan pada 4 Julai 2006, berkenaan latihan askar Hamas, telah diberikan sarikata untuk mudah difahami. Video ini antara lainnya menunjukkan cara hamas mengatur strategi untuk buat terowong, buat bom tangan, lancarkan Al-Qassams, adun bahan letupan dan buat RPGs, Video ini juga memuatkan temuramah dengan beberapa askar dan komander termasuk komander tertinggi Muhammad Al-Deif yang baru-baru ini cederadalam serangan Israel.
Selasa ,15/08/2006 –
Selasa ,15/08/2006 –
Selasa ,15/08/2006 – Menteri Luar kerajaan Palestin, Dr. Mahmoud Al-Zahhar, pada hari Sabtu lepas berbincang bersama perwakilan Qatar ke Palestin, Sayar Al-Moaweda mengenai perkembangan terkini isu yang melibatkan Palestin dan Lubnan bersempena lawatan Perdana Menteri Haneyya ke Doha.
Isnin ,14/08/2006 – Keadaan kesihatan Ketua Dewan Legislatif Palestin Dr. Aziz Duweik dilaporkan semakin kritikal. Duweik diculik Israel pada Ahad (06/08) dari rumahnya di Ramallah, Tebing Barat. Sehari selepasnya, tokoh Hamas ini dimasukkan ke hospital Shaari Tzedek di al Quds
Isnin ,14/08/2006 – Beratus kanak-kanak Palestin yg menyertai perarakan di Bandar Gaza, menangkat sepanduk untuk menyampaikan mesej kepada semua ketua Arab dan Muslim untuk keluar menjalankan tugas sbg seorang Muslim menyelamatkan kanak2 Palestine dan Lebanon.

Isnin ,14/08/2006 – Menurut akhbar American Christian Science Monitor, kerajaan Israel kini menerima desakan daripada kumpulan neo-konservatif di dalam pentadbiran Amerika agar memperluaskan serangan dengan melibatkan Syria. Israel pula menganggap cubaan menurut permintaan tersebut sebagai ‘kebodohan politik dan kembara ketenteraan’.