Categories
Berita Semasa

Allan koma setelah mogok lapar 60 hari

Selasa, 18-08-2015 – Tahanan Palestin Muhammad Allan, yang telah mogok lapar selama 2 bulan tidak sedarkan diri pada pagi Jumaat, Kesatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata.

PPS menyatakan yang kesihatan Allan menjadi sangat teruk semalaman dan beliau koma setelah menggigil teruk. Pusat perubatan Barzilai berkata, keadaan Allan telah stabil dan beliau disambungkan ke alat bantuan pernafasan. Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa telah dimaklumkan tentang hal ini dan menghantar seorang doktor untuk melawat Allan yang sedang disalurkan cecair dan garam.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Muhammad Allan: Israel Halang Lawatan Doktor dari Palestin

Selasa, 18-08-2015 – Pegawai Kanan Pihak Berkuasa Palestin mengutuk tindakan pihak berkuasa Israel yang menghalang seorang doktor Palestin daripada melawat tahanan Palestin, Muhammad Allan di Pusat Perubatan Barzilai.

Issa Qaraqe, ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin, dan Menteri Kesihatan Jawwad Awwad mengutuk Perdana Menteri Israel,Benjamin Netanyahu yang secara peribadi telah campur tangan dalam kes itu dan menghalang Dr. Hani Abdeen dari melawat Allan untuk memeriksa kesihatan beliau.

Menurut Ma’an, mereka berkata bahawa ianya adalah satu percubaan untuk menyembunyikan keadaan kesihatan Allan dan ia menunjukkan Netanyahu “berniat” untuk membiarkan Allan mati.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

40 Keluarga Terancam Dihalau dari Silwan Al Quds untuk Projek Penempatan Yahudi

Selasa, 18-08-2015 – Pusat Informasi Palestin: Menteri Urusan al Quds Adnan Husaini dan Penasihat Presiden Urusan al Quds Ahmad Ruwaidhi bertemu dengan 40 keluarga yang terancam dihalau dan dihancurkan rumahnya di Kampung Bathnul Hawa di Silwan untuk penempatan Yahudi.

Husaini mengatakan selepas kunjungan ke kampung tersebut, “Jelas ada konspirasi yang mensasarkan Kampung Bathnul Hawa secara holistik. Namun keluarga-keluarga yang menjadi mangsa tetap teguh bertahan dan memantau .” Dia berharap pihak keadilan memutuskan kemenangan terhadap keluarga-keluarga Palestin di al Quds itu.

Husaini menyatakan ada banyak keluarga yang dihalau. Dia mengingatkan lagi bahawa tekanan yang dialami penduduk dari segenap kekejaman Zionis amat dahsyat dan melampau.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad

Categories
Berita Semasa

Masjid Aqsa al : Askar menyerang Kanak-kanak dan Pengawal

Jumaat, 14-08-2015 – Regim Zionis Israel menyerang dan mencederakan pengawal di Masjid Al Aqsa , pada pagi Isnin , di pintu al- Asbat, manakala seorang lagi telah ditahan.

Penyelaras media Yayasan daripada Wakaf Islam di Yerusalem , Firas al- Debs , memberitahu Al Ray Palestin Media Agensi bahawa tentera Israel menyembur lada ke arah sekumpulan kanak-kanak dan memukul mereka apabila mereka cuba untuk memasuki masjid untuk menyertai kem musim panas. Al – Debs menambah bahawa tentera melawan pengawal apabila mereka cuba untuk melindungi kanak-kanak , sehingga mencederakan empat daripada mereka .

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Al Qassam Kuasai Pesawat Hendap Israel dan Diguna untuk Misi Sendiri

Jumaat, 14-08-2015 – Sayap kanan Gerakan Perlawanan Islam Hamas, Briged al Qassam menerangkan bahawa briged mereka telah berjaya menguasai dan mengambil alih pesawat hendap Zionis untuk kegunaan misi mereka sendiri.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu (12/8) malam tersebut, Briged al Qassam mengatakan bahawa pihaknya berjaya perolehi daya teknologi baru sebagai inovasi daripada genius para juruteranya.

Al Qassam menegaskan lagi, “Kesatuan khusus Briged Al Qassam berhasil menguasai pesawat hendap Zionis dari jenis “Skylark1″ pada Rabu pagi, 6 Syawal 1436 H bersamaan 22 Julai 2015. Setelah pesawat berjaya diambil alih, ia kemudian dilakukan pemeriksaan keamanan dan teknik tertentu. Kemudian dibongkar dan dipelajari sistem dan teknologi yang mengendali pesawat tersebut. Kemudian krew pakar Briged merombak kembali sistem yang digunakan untuk melakukan misi Briged al Qassam.”

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad

Categories
Berita Semasa

$35 juta untuk UNRWA dari Arab Saudi

Jumaat, 14-08-2015 –  Arab Saudi telah mengumumkan mereka akan menyediakan $35 juta kepada agensi UN untuk pelarian Palestin di dalam bidaan untuk mengelakkan krisis kewangan dalaman organisasi tersebut, menurut kenyataan.

Menurut Ma’an, Yousef al-Bassam, Pengarah Urusan Tabung Pembangunan, sumbangan tersebut bertujuan untuk mengurangkan krisis sumber kewangan dalaman UNRWA yang mana telah menyebabkan penangguhan permulaan sesi persekolah untuk ratusan ribu pelarian Palestin.

“Penutupan sekolah untuk setengah juta kanak-kanak Palestin mampu mengundang padah. saya berharap rakan kongsi UNRWA yang lain akan terus memberikan sokongan kepada agensi dengan sumbangan terkini ini dan mampu melangkah setapak ke hadapan untuk memastikan operasi UNRWA berjalan.” kata al-Bassam.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Israel Sekat Bekalan Air kepada Lebih Banyak Perkampungan Palestin

Jumaat, 14-08-2015 – Sepanjang bulan yang paling panas dalam tahun ini, penjajahan Israel telah menyekat bekalan air dari tiga lagi perkampungan Palestin di Tebing Barat. Perkampungan Qarawat Bani Hassan, Biddya dan Sarta di Tebing Barat, Nablus hanya menerima sebahagian daripada bekalan air, mengakibatkan separuh daripada penduduk perkampungan ketiadaan bekalan air selama beberapa hari. Datuk Bandar Qarawat Bani Hassan, Aziz Aasi, berkata syarikat bekalan air Israel ‘Mekorot’ telah mula mengurangkan kuota air untuk perkampungan tersebut, menyebabkan tekanan air menurun.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel Culik 9 penduduk Tebing Barat.

Jumaat, 14-08-2015 – Pasukan Penguatkuasa Rejim Israel melarikan 9 penduduk tempatan warga Palestin pada awal pagi Rabu dan menyaman yang lainnya di beberapa buah daerah di Tebing Barat, demikian kata satu sumber keselamatan Palestin yang merupakan seorang aktivis.

Wartawan Agensi Berita dan Informasi Palestin (WAFA) menyatakan, pasukan penguatkuasa rejim Israel menggeledah sebuah penempatan di bandar Hebron, di mana mereka telah menahan seorang penduduk warga Palestin yang dikenali sebagai Nasim al-Qawasma, 34 tahun dengan memecah masuk dan menyelongkar rumahnya.

Pasukan Penguatkuasa itu juga, turut menggeledah penempatan al-Jilda dan Adh-Dhaher yang terletak di Beit Ummar , sebuah bandar di sebelah utara bandar Hebron, di mana mereka telah memecah masuk dan menyelongkar beberapa buah rumah lagi, demikian menurut laporan Muhamad Awad, Penyelaras Media bagi Jawatankuasa Popular Anti Penempatan dan Pembinaan Tembok Israel.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Militan Israel: Al Qassam Akan Bahayakan Pesawat-pesawat Israel

Jumaat, 14-08-2015 – Militan penjajah Zions mengatakan bahawa Brigade al Qassam telah mencipta sistem pertahanan baru untuk menghalang pesawat-pesawat kawalan jauh Israel. Militer Zionis memgesyaki bahawa sistem pertahanan tersebut didapati dari Iran. Hal itu, menurut militan Zionis, boleh membahayakan angkatan udara Israel.

Sebelumnya Brigade al Qassam telah menyatakan kejayaan menguasai dan mengambil alih pesawat tanpa pemandu Zionis yang digunakan untuk merakam, membuat risikan dan memantau. Pesawat tersebut adalah jenis “Skulark1” pada 6 Syawal 1436 atau 22 Julai 2015. Kemudian al Qassam melakukan pemeriksaan keselamatan dan teknik, seterusnya pesawat tersebut dibuka dan dipelajari sistem operasinya kemudian dirangka kembali dan digunakan untuk melakukan misi brigade.

Menurut sumber Zionis, bahawa pihak militan telah mula mengetahui tentang adanya kemampuan efektif dan sistem tertentu yang dimiliki sayap militan gerakan Hamas yang membahayakan pesawat-pesawat angkatan udara Israel. Namun tidak seorang pun tahu tahap kemampuan sebenar mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas: InsyaAllah, Peperangan Akan Dapat Bebaskan Para Tawanan

Jumaat, 14-08-2015 – Hamas menegaskan, peperangan ,merupakan satu-satunya jalan ampuh untuk kembalikan hak yang dirampas dan membebaskan para tawanan dari penjara Israel. Serta juga untuk membalas kejahatan Israel terhadap bangsa Palestin.

Jurucakap Hamas di Khan Younis, Hamad Raqb berucap, pada Selasa(11/8) lalu bahawa kekejaman Israel harus dilawan dengan jihad peperangan, dan kepada pihak yang menyokong perundingan damai dengan Israel, telah kami katakan, “Kalian tertipu, dan hanya menambah aksi ganas dan pembunuhan.”

Peperangan dengan segala kelengkapan akan berusaha untuk membebaskan para tawanan. Raqb mengatakan, “Kita yakin bahawa jentera peperangan mampu untuk mematahkan segenap pelusuk musuh walaupun mereka sangat kuat.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Israel culik seorang wanita dan kanak-kanak dekat Masjid Al-Aqsa.

Khamis, 13-08-2015 – Tentera Rejim Israel menculik 2 kanak-kanak di Sheikh Jarah pada petang Isnin dan pada Selasa pula, seorang wanita dan kanak-kanak warga Palestin diculik berdekatan salah satu pintu masuk Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang dijajah Israel. Pihak tentera rejim itu juga turut menghalang wanita dan kumpulan kanak-kanak yang sedang mengadakan perkhemahan musim panas di perkarangan masjid dari memasuki ruang dalam masjid tersebut.

Menurut laporan Pusat Infomasi Wadi Hilweh di Silwan (Silwanic), pihak polis dan tentera rejim Israel menghalang lebih 300 kanak-kanak dari memasuki masjid tersebut dengan menolak keluar ramai kanak-kanak di situ dalam usaha untuk menakut-nakutkan mereka.

Pihak polis rejim Israel itu juga turut menyemak dan menghalang mana-mana wanita warga Palestin yang nama mereka telah disenaraihitamkan dari memasuki masjid berkenaan.

Pusat itu juga berkata, tentera rejim telah menculik seorang wanita dikenali sebagai Seham Odeh atas tuduhan memukul seorang tentera wanita Israel dan menculik seorang kanak-kanak, Mohammad Morad al-Bayya, 13 tahun kerana membaling telor ke arah mereka.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pelarian di Tebing Barat Menyekat Jalan Untuk Tujuan Protes Ke Atas Krisis UNRWA

Khamis, 13-08-2015 – Rakyat Palestin di kem–kem pelarian Tebing Barat pada Selasa dilaporkan menutup jalan-jalan utama dekat kem untuk membantah kemungkinan penangguhan tahun persekolahan oleh agensi PBB.

Ahmad Abu Kheiran, ketua jawatankuasa popular di barat daya Tebing Barat berkata, para peserta protes menggunakan kerusi bilik darjah untuk menyekat jalan. Beliau berkata, protes itu merupakan yang pertama diadakan terhadap UNRWA.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tahanan Nafha Hentikan Sementara Mogok Lapar

Khamis, 13-08-2015 – Lebih 120 tahanan Palestin di penjara Nafha Israel telah menghentikan sementara mogok lapar untuk tempoh dua minggu,
selepas enam hari tanpa makanan sebagai protes terhadap Perkhidmatan Penjara Israel.

Jawatankuasa tahanan Palestin berkata tahanan telah bersetuju untuk menghentikan sementara mogok lapar
selama dua minggu, selepas bercakap dengan pihak berkuasa Israel, tetapi akan meningkatkan tindakan bantahan mereka selepas penggantungan sementara itu.

Menurut Agency Akhbar Ma’an, Nashaat al-Wahidi, wakil tahanan Fateh di Gaza, mengesahkan penggantungan itu
berikutan perjanjian dengan Perkhidmatan Penjara Israel.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Apresiasi Hamas Pada Si Berani Yang Menikam Zionis

Khamis, 13-08-2015 – Pusat Informasi Palestin: Gerakan Islam Hamas mengiktiraf jasa seorang pemuda Palestin pada malam Ahad(9/8) lalu yang telah mencederakan seorang tentera Zionis dan telah menyebabkan dia tewas setelah ditembak balik para tentera Zionis.

Dalam kenyataan yang disampaikan jurucakap gerakan Hamas, Hussam Badran dalam rangka apresiasi ini, dia menegaskan bahawa saat peperangan telah bermula dengan memulakan asas di Tepi Barat.

Badran menegaskan bahawa Penjajah Zionis tidak akan menikmati keamanan di tanah yang mereka menetap mulai hari ini dan seterusnya, selama mana gerombolan penduduk Yahudi hidup di kota-kota dan desa-desa Palestin sambil melakukan kemusnahan dan selama mana tentera Zionis bertindak ganas terhadap rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad

Categories
Berita Semasa

Tanah Palestin terbakar Dalam Serangan Israel yang terbaru berhampiran Nablus

Khamis, 13-08-2015 – Beberapa pelampau Israel menyerang tanah pertanian Palestin di kampung Burin , selatan bandar Tebing Barat utara Nablus , dan membakar tanah pertanian tersebut .

Saksi yang menyaksikan sendiri berkata penyerang melarikan diri ke tanah jajahan haram berhampiran, terutamanya selepas penduduk kampung ternampak api dan bergegas untuk memadamkannya .

Anggota bomba Palestin tiba di tempat kejadian, sebelum tentera Israel menyerang mereka dan penduduk tempatan, dan melepaskan beberapa bom gas dan bom tangan gegaran , menyebabkan kebakaran tambahan dalam kawasan di tanah berdekatan.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nor syuhada