Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel menembak dan mencederakan pemuda Palestin di pusat pemeriksaan kawasan barat laut Tebing Barat

Khamis, 06-08-2015 – Pada tengahari Isnin, tentera-tentera rejim Israel yang ditempatkan di pusat pemeriksaan Za’atara, barat laut Tebing Barat telah menembak dan mencederakan seorang pemuda Palestin.

Remaja tersebut yang belum dapat dikenalpasti sedang berdiri bersama beberapa warga Palestin lain apabila beliau meminta untuk menggunakan bilik air. Menurut tentera, beliau cuba melarikan diri. Para tentera menembaknya di kaki dan menyebabkan beliau cedera.

Pusat pemeriksaan itu telah ditutup dan tiada sesiapa dibenarkan melaluinya ketika laporan ini ditulis. Pusat pemeriksaan Za’atara menghubungkan pertengahan Tebing Barat dengan barat laut Tebing Barat. Penutupannya mengakibatkan kesukaran bagi warga Palestin untuk ke sekolah, tempat kerja dan hospital.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Dua warga Palestin diculik di Jericho dan Ramallah manakala seorang cedera di Baitulmuqaddis.

Khamis, 06-08-2015 – Tentera Rejim Israel menyerbu masuk Jericho dan Ramallah, 2 daerah terletak di Tebing Barat pada Jumaat untuk memburu dan menculik, 2 warga Palestin. Pihak tentera Rejim, turut menyerbu sebuah lagi bandar lain dekat Qalqilia. Sementara itu dalam kes yang lain, seorang lelaki warga Palestin cedera selepas sengaja dilanggar dengan kereta oleh pendatang haram Yahudi di Baitulmuqaddis.

Menurut satu sumber media di Jericho berkata, sebelum serbuaan dilakukan, beberapa buah kenderaan tentera Rejim Israel terlebih dahulu memasuki bandar tersebut, diikuti pasukan tentera yang memecah masuk dan mengeledah dengan ganas rumah Ala Zoheir Badawi, 27 tahun dan menculiknya.

Pada masa sama, tentera Rejim Israel menculik seorang warga Palestin lain, dikenali sebagai Wisam Sider, di kawasan Bab Hatta di Baitulmuqaddis dan membawa beliau ke sebuah pusat soal siasat di bandar tersebut.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Ghoul, Senjata Keluaran Al-Qassam yang digeruni Israel.

Khamis, 06-08-2015 – Pusat Informasi Palestin: Pertempuran al-Ashful Ma’kul dihujani dengan kekuatan senjata Israel dan Palestin. Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap kanan Hamas sebagai pejuang depan Palestin mengeluarkan sejumlah senjata baru, walau mereka diserang bertalu-talu selama bertahun. Hasil inovasi dan kegigihan, pejuang Palestin berjaya menghalang pasukan Israel dan menumpaskan sebahagian mereka.

Antara senjata yang baru dikelaurakan pada hari ke 28 peperangan ialah senjata sniper kaliber 14.5 milimeter dengan jarak pergi sejauh 2 kilometer. Al Qassam memberi nama senjata ini Ghoul adalah bagi mengenang dan mengharap semangat satu kepimpinan Al Qassam Adnan Al-Ghoul, salah seorang jurutera Al Qassam yang dibunuh Israel pada tahun 2004.

Pada perang yang lalu, para mujahid Al-Qassam berjaya menembak mati dan mencederakan pasukan Israel dengan senjata ini. Ini menjadi satu kejutan bagi pihak Israel. Biarpun terbatas dengan segala fasiliti kerana sempadan Gaza ditahan, namun Al-Qassam terus menerus maju dalam bidang senjata militari. Antaranya ialah termasuk roket jarak jauh M75, J80, R160 dan juga drone dengan nama Ababil berserta 3 fungsi (siasat, bunuh diri dan serangan).

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Pelampau Israel serang pekebun di Nablus

Khamis, 06-08-2015 – Sebilangan pelampau Israel dikalangan penjajah, yang menetap di penempatan haram di atas tanah Palestin telah menyerang pekebun-pekebun Palestin di atas tanah mereka pada pagi Isnin, di kampung Qasra ke selatan utara Tebing Barat, bandar Nablus.

Ghassan Daghlas, pegawai Palestin yang bertanggungjawab ke atas fail penempatan Israel di utara Tebing Barat berkata golongan fanatik ini datang dari kawasan penempatan Yesh Kodesh. Dia juga menambah penyerang juga menyerang penduduk Palestin dan menghalang jentera penyodok dan traktor dari memasuki kawasan tanah mereka.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Eropah Bersolidariti Untuk Beri Sokongan Penuh Untuk Keluarga Dawabasyah

Khamis, 06-08-2015 – Pusat Informasi Palestin: Organisasi Eropah berjanji untuk bersolidariti dari segi sokongan penuh kepada keluarga Dawabasyah.

Ketua Organisasi tersebut, Amin Abu Rashid telah berhubung dengan pihak keluarga, dan mengutuk keras kejahatan terhadap mangsa dan berharap kesihatan yang segera kepada pihak mangsa.

Atas nama organisasi yang dipimpin, Abu Rashid berjanji memberikan bantuan bagi memulihkan kembali pihak keluarga atas musibah yang dilalui, termasuklah rumah sementara bagi mereka sehinggalah rumah yang sempurna siap dibina. Bersama kru doktor Palestin di Eropah, organisasi tersebut akan memberikan bantuan medik bagi para mangsa untuk dirawat di hospital Eropah.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Warga Rantis Hadang Serbuan Pihak Keselamatan Otoriti.

Selasa, 04-08-2015 – Sejumlah saksi kejadian melaporkan, pasukan keselamatan pihak otoriti Palestin menyerbu kota Rantis, Tebing Barat, Ahad (2/8) mencari beberapa orang aktivis yang diburu dari wilayah ini.

Tindakan tersebut mendapat tentangan penduduk, mereka menghadang pihak keselamatan dan menghalangi penangkapan terhadap para pemuda setempat. Penduduk tempatan mengecam tindakan polis yang memburu para aktivis Palestin, ketika penduduk Palestin menjadi sasaran serangan brutal para pendatang Yahudi.

Warga Rantis keluar menghadang dan meminta pasukan otoriti Palestin untuk menghadapi serbuan para pendatang Yahudi, iaitu yang terakhir korban kanak-kanak iaitu Dawabasyah serta memberikan perlindungan kepada warga Palestin, bukan sebaliknya memburu para aktivis pejuang dan menyumbatkan mereka ke penjara.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera serang keluarga Palestin di Bethlehem

Selasa, 04-08-2015 – Beberapa ahli keluarga cedera ringan setelah diserang di kediaman mereka sendiri di mana sejumlah kenderaan tentera rejim Israel menceroboh kawasan Um Rokba di bandar al-Khader town, selatan Bethlehem.

Ahmad Salah, penyelaras jawatankuasa popular menentang pembinaan tembok dan penempatan, telah melaporkan yang tentera rejim menceroboh kediaman Wael Ali Salah, setelah melepaskan tembakan ke arahnya.

Salah menambah, para tentera menyerang beberapa ahli keluarga ketika menggeledah dan menyebabkan mereka cedera. Tentera rejim juga bertelingkah dengan puluhan remaja tempatan, serta melepaskan bom gas, menembak peluru sebelum mengejar ramai rakyat Palestin di jalanan dan kejiranan. Tiada penahanan dilaporkan.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin terbunuh ditembak tentera Israel di Ramallah. Menjadi mangsa ke 3 warga Palestin termasuk seorang bayi terkorban di hari sama.

Selasa, 04-08-2015 – Satu sumber perubatan melaporkan bahawa seorang remaja Palestin telah meninggal dunia pada malam Jumaat kelmarin setelah menderita semalaman akibat cedera parah. Petang sebelumnya, remaja tersebut menyertai beberapa pemuda tempatan bertempur dengan tentera Israel berdekatan satu sekatan jalan di Atara, daerah Ramallah, di tengah Tebing Barat. Beberapa orang warga Palestin yang lain dilaporkan turut cedera dalam pertempuran yang berlaku di bandar Baitulmuqaddis yang dijajah oleh Israel itu.

Sumber itu berkata, Laith Fadel al-Khalidi berusia 17 tahun, cedera terkena tembakan di dada dan telah dibawa ke Pusat Perubatan Palestin di Ramallah, bagaimana pun, dia meninggal dunia akibat cedera parah. Doktor telah berusaha menyelamatkan nyawa beliau dengan melakukan 2 pembedahan segera tetapi terpaksa akur dengan kecederaan yang dialaminya itu.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Briged al Aqsha: Tiada Masalah Bersama Hamas di Sempadan Gaza

Rabu, 15-07-2015 – Briged Martir al Aqsha, sayap kanan Gerakan Fatah menegaskan bahawa pihaknya tidak menghadapi halangan daripada gerakan Hamas untuk menghalangnya bekerja di sempadan Gaza.

Jurucakap Briged al Aqsha, Abu Ali, berucap, “Situasi kami berbeza dengan sebelum ini. Gerakan ini kini memberi dokongan kepada Para Mujahid seluruh pergerakan dalam mempersiapkan dan melatih mereka dalap setiap tangga peringkat. Briged al Qassam juga menyediakan beberapa layanan kepada kami dari aspek bantuan latihan.

Abu Ali menyatakan bahawa Briged al Aqsha kini memiliki berek tentera yang besar. “Kami diberi penempatan oleh Hamas dan Al Qassam di kubu berdekatan penjajah Zionis di utara sempadan Gaza. Berek tersebut berdekatan dengan parameter Briged al Quds(sayap Tentera Jihad Islam), Briged Nasher Shalahuddin(sayap tentera Komuniti lawan rakyat), Briged Mujahidin dan Briged al Qassam,” katanya.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Israel Ancam Roboh Rumah Penduduk Di Selatan Hebron

Rabu, 15-07-2015 – Pasukan penjajah Zionis pada hari Ahad (12/7) mengancam penduduk Susia di selatan kota Hebron, wilayah selatan Tebing Barat, akan menghancurkan dan merobohkan rumah-rumah mereka dalam waktu terdekat.

Penyelaras Jawatankuasa Perlawanan Anti Penempatan di Hebron, Ratib Jabur, mengatakan bahawa para pegawai pemerintah sivil Zionis menyerbu kampung yang terletak di timur kota Yata. Mereka mengancam penududk untuk memusnahkan rumah mereka selepas Idul Fitri, atau beberapa hari lagi.

Jabur menambah bahawa penjajah Zionis berusaha meyakinkan penduduk agar menerima prinsip tukar ganti tanah yang mereka tinggal sejak puluhan tahun. Namun mereka menyatakan tetap menolak tegas untuk melepaskan tanah mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pelampau Israel Bakar Ladang Rakyat Palestin di Bethlehem

Rabu, 15-07-2015 – Pelampau Israel pada hari sabtu yang lalu telah membakar ladang yang mempunyai berdozen pokok zaitun kepunyaan rakyat Palestin yang mendiami kawasan utara Tebing Barat, bandar Betlehem.

Persatuan penduduk Nahalin berkata, pokok zaitun yang ditanam di tanah milik penduduk Palestin dekat pekan Bethlehem berasal dari kawasan al-Jab’a dan Nahalin telah dimusnahkan dan dibakar dalam kejadian serangan itu. Kebakaran itu telah memusnahkan sebahagian besar kawasan tersebut. Kemusnahan besar dan serius sedang dikenalpasti.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda sulaiman

Categories
Berita Semasa

Penjara Israel bebas Khader Adnan setelah mogok lapar.

Rabu, 15-07-2015 – Khader Adnan, tahanan wàrga Palestin di Penjara Israel yang juga seorang anggota Jihad Islam terkemuka, akhirnya dibebaskan awal pagi Ahad setelah melakukan mogok lapar selama 55 hari kerana membantah penahanan tanpa bicara yang dikenakan ke atas dirinya.

Adnan telah bercakap kepada ahli keluarganya melalui telepon sebentar tadi menyatakan bahawa dia akan dibebaskan dalam masa beberapa jam lagi. Semasa dalam tahanan, beliau melancarkan mogok laparnya secara berterusan hingga hari ke 55, sebelum menghentikannya pada 29 Jun berikutan jaminan pihak Israel akan membebaskan beliau sebelum berakhirnya bulan Ramadan yang mulia ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Dua lelaki cedera, satu ditangkap dalam pertempuran di Shufat

Rabu, 15-07-2015 – Pertempuran teruk meletus pada petang Ahad di kem pelarian Shufat dalam Jerusalem DIjajah. Seorang lelaki telah ditangkap dan dua yang lain cedera. Jurucakap pergerakan Fatah di kem Shufat, Thaer Fasfous, mendedahkan bahawa pertempuran yang teruk berlaku di dalam kem itu selepas seorang lelaki muda ditangkap oleh unit Arabist Yahudi dalam sebuah kedai.

Pasukan Khas memecah masuk ke kem untuk menjamin keluar peneroka haram dan melemparkan bom gas, peluru getah di Palestin, katanya. Fasfous berkata bahawa salah satu belia telah cedera dengan peluru getah di mata dan dia telah dipindahkan ke hospital. Seorang lelaki lain tercedera dengan peluru getah di perutnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel lanjutkan penahanan seorang ibu dari Palestin

Rabu, 15-07-2015 – Mahkamah tentera Israel Ofer melanjutkan arahan penahanan pada Selasa ke atas tahanan Siham al-Battat, 53, dari Bandar al-Thahiriya di selatan al-Khalil.

Sumber tempatan menyatakan mahkamah melanjutkan penahanan Battat ke 8 hari untuk meneruskan penyiasatan. Beliau ditahan di penjara Ashkelon. Al-Battat ialah ibu kepada seorang tahanan yang merupakan ahli Briged al-Qassam, sayap ketenteraan gerakan Hamas. Haitham al-Battat menjalani beberapa hukuman penjara seumur hidup. Al-Battat juga merupakan ibu kepada as-syahid Eyad Al-Battat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jerman menjadi pengantara perjanjian pertukaran Palestin-Israel baru

Rabu, 15-07-2015 – Sebuah akhbar Israel telah mendedahkan bahawa agensi perisikan Jerman telah dalam proses mengkaji kedudukan Hamas sebagai permulaan kepada pengantaraan dalam perjanjian pertukaran Palestin -Israel baru.

Akhbar Ibrani Makor Rishon menegaskan kepada usaha ” penting” yang telah dibuat oleh perisikan Jerman dalam perjanjian pertukaran banduan 2011 antara Hamas dan kerajaan Israel , yang menegaskan bahawa Jerman telah sanggup sekali lagi untuk menjadi pengantara.

Bagi pihaknya , akhbar Yedioth Ahronoth berkata pada hari Sabtu bahawa tekanan dari pihak awam yang semakin meningkat ke atas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengenai rakyat Israel ditahan oleh Hamas di Gaza telah memaksanya Jumaat lepas untuk melawat keluarga askar Israel- Ethiopia Avraham Mengistu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : diana