Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin Lancarkan 16 Serangan di Tebing Barat dan Al-Quds

Selasa, 21-03-2023 – Aksi perlawanan di Tebing Barat dan al-Quds terus berlangsung. Dalam 24 jam terakhir, para pejuang Palestin dan pemuda revolusioner di Tebing Barat dan al-Quds melakukan 16 aksi serangan terhadap pasukan penjajah Zionis dan para pendatang Israel.

Sumber Informasi Palestina melaporkan usaha untuk melakukan bebebrapa serangan, 4 serangan tembakan, peledakan bom berangkai dan pelemparan bom molotov, selain membakar kamera militan dan berlakunya pertempuran di 8 tempat konfrontasi.

Pertempuran meletus di Al-Quds, Ramallah, Tulkarm dan Qalqilya, selain di Nablus, Bethlehem dan Hebron.

Di kota Ramallah terjadi usaha penikaman di penempatan Yahudi Beit El. Sementara di Nablus terjadi aksi penembakan terhadap tentera penjajah Zionis Israel di pos pemeriksaan militan Israel Beit Furik, Shafi Shomron, Gunung Gerizim dan kem pelarian Balata.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Zahhar; Mesyuarat keselamatan gagal menghentikan perjuangan

Selasa, 21-03-2023 – Ketua Jawatankuasa Politik di Majlis Perundangan Palestin Dr. Mahmoud Al-Zahhar berkata, mesyuarat keselamatan di bandar Sharm El-Sheikh merupakan usaha yang gagal dalam menghentikan aktiviti perjuangan Palestin.

Zahhar menyelar pihak berkuasa Palestin kerana menyertai mesyuarat keselamatan di bandar Sharm El-Sheikh pada Ahad, dan menekankan yang mesyuarat itu memberi faedah kepada rejim zionis.

“Mesyuarat keselamatan itu bertujuan memberikan pengesahan kepada jenayah Israel terhadap rakyat Palestin dan tanahnya, terutamanya jenayah Israel di Baitulmuqaddis,” Zahhar mengesahkan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Muhjat Al-Quds: Tawanan Khader Adnan mogok lapar hari ke 38

Isnin, 20-03-2023 – Yayasan Muhjat Al-Quds melaporkan bahawa  tahanna Palestin, Khader Adnan telah meneruskan mogok lapar pada hari yang ke 38 kerana membantah penahanan yang zalim ke atas beliau.

Tahanan Adnan mengharungi kehidupan dalam persekitaran yang melarat serta tahap kesihatan semakin teruk di dalam tahanan Ramleh menurut laporan dari Yayasan Muhjat Al-Quds. Yayasan itu turut melaporkan bahawa Adnan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak kerana dalam lokap tahanan pengasingan beliau sangatlah kotor dan penuh dengan serangga perosak.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Al-Aruri: IOA memberikan lampu hijau kepada para pendatang untuk melakukan amukan Huwara

Isnin, 20-03-2023 – Timbalan Ketua Hamas Al-Aruri berkata, amukan Huwara merupakan hasil hasutan rejim zionis (IOA) agar menentang rakyat Palestin.

Puluhan pendatang Yahudi membajar ratusan rumah warga Palestin pada malam 22 Februari 2023 ketika menyerang kampung Huwara. Seorang lelaki Palestin terbunuh dalam serangan itu.Dalam wawancaranya bersama laman sesawang rasmi Gerakan Hamas, Al-Aruri menekankan yang pegawai kanan rejim zionis telah memberikan lampu hijau untuk melakukan jenayah terhadap rakyat Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Knesset Batalkan Penarikan Dari 4 Penempatan di Tebing Barat

Isnin, 20-03-2023 – Parlimen Israel “Knesset”, dalam sidang bacaan pertamanya, menyetujui rancangan undang-undang yang “membatalkan undang-undang penarikan dari Tebing Barat utara.” iaitu perkara berkaitan membuka pintu bagi kembalinya empat penempatan yang berada di antara Nablus dan Jenin tersebut.

Dalam undian yang dilakukan pada sidang Isnin (13/3/2023) malam, Undang-undang tersebut disokong oleh 40 anggota Knesset dan ditentang 17 anggota lain. Ada kemungkinan besar majorii suara menyokong dan mengesahkan undang-undang tersebut dalam pembacaan kedua dan terakhir dalam waktu dekat. Demikian menurut bilik berita “SAFA”.

Undang-undang tersebut melegitimasi “pengembalian” penempatan Yahudi “Ghanim”, “Kadim”, “Khomish” dan “Sanor”, untuk diduduki kembali oleh para penduduk pendatang Israel. Penempatan tersebut sebelumnya diputuskan untuk dikosongkan sehubungan dengan pengosongan dan penarikan diri Israel dari penempatan-penempatan di Semenanjung Gaza pada tahun 2005.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

IOF memusnahkan sebuah rumah Palestin di Jerusalem

Isnin, 20-03-2023 – Regim Zionis Israel (IOF) pada Selasa pagi lepas memusnahkan sebuah rumah warga Palestina di Jerusalem dengan alasan ia dibina tanpa izin.

Sumber-sumber tempatan menegaskan bahwa pasukan Israel menyerbu kota Umm Tuba di kota yang diduduki dan mengubahnya menjadi kem tentera sebelum memulai proses penghancuran.

Sebelumnya pada hari Isnin, pihak berkuasa Israel mengeluarkan perintah pembongkaran terhadap sebuah rumah milik seorang wanita tua Palestina di lingkungan Sheikh Jarrah di Jerusalem.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

HFC menyeru penyertaan  besar-besaran dalam memperingati 47 tahun Hari Tanah

Rabu, 15-03-2023 – Jawatankuasa Tindakan Lanjut Tinggi (HFC) untuk Warga Arab di tanah jajahan Palestina 1948 pada Ahad (10/12) menyeru untuk memperingati 47 tahun Hari Tanah.

HFC menyeru kepada warga Palestina di semua desa dan kota Palestin untuk turun ke jalan-jalan di kota Sakhnin di utara Palestina yang diduduki 1948 pada tanggal 30 Mac untuk memperingati Hari Tanah.

Panitia juga menyeru penyertaan dalam “Hari Negev” pada tarikh 25 Mac sebagai sebahagian dari perayaan Hari Tanah dan sebagai bentuk solidariti terhadap warga Palestina di Negev.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamas berkabung atas kematian tiga pemuda Palestin syahid dibunuh oleh rejim Zionis Israel di Nablus.

Rabu, 15-03-2023 – Pergerakan Hamas berkabung ke atas tiga pemuda syahid yang ditembak mati pada pagi Ahad dalam satu pertempuran berbalas tembakan dengan rejim Zionis Israel berhampiran dengan pos kawalan tentera di Sarra di Barat Daya Nablus.

Pemuda pemuda  yang syahid adalah Jihad ash-Shami, Uday ash-Shami dan Mohamed Dubaik.

Dalam satu kenyataan media, Hamas menegaskan darah para syahid  tidak akan mengalir sia-sia dan penjajahan yang berterusan akan ditentang dengan ketegasan dan kekuatan

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Pembunuhan tiga warga Palestin menggambarkan polisi sadis Israel

Rabu, 15-03-2023 – Ahli biro politik Hamas di luar negara, Sami Abu Zuhri, menekankan yang pembunuhan tiga pejuang Palestin di bandar Tebing Barat Nablus menggambarkan polisi melampau dan sadis yang diamalkan oleh rejim Israel.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad, Abu Zuhri menyelar pembunuhan ganas warga Palestin, dan menyatakan yang 80 orang warga Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan tahun 2023.

“Pembunuhan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin di Baitulmuqaddis dan Tebing Barat menyatakan yang Israel keliru akibat penentangan oleh Palestin yang semakin meningkat,” Abu Zuhri mengesahkan. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Serang Kawasan Pertanian dan Nelayan di Gaza

Isnin, 13-03-2023 – Rejim Zionis menyerang kawasan pertanian dan nelayan di timur dan barat Semenanjung Gaza pada pagi Rabu.

Menurut sumber setempat, tentera Israel melepaskan tembakan mesingan dari pos mereka di ladang pertanian di kawasan sempadan di timur utara Gaza, khususnya di Beit Hanoun, memaksa petani untuk tidak memasuki kawasan itu.

Sementara itu, bot Israel menyerang nelayan dan bot mereka dengan peluru hidup beberapa batu nautika dari pantai kawasan as-Sudaniya dan al-Waha di barat Beit Lahia dan memaksa mereka pulang ke darat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

72 Warga Syahid Sejak Januari di Tebing Barat Termasuk 13 Kanak-kanak dan Seorang Wanita

Isnin, 13-03-2023 – Sejak awal tahun 2023, jumlah warga Palestin yang syahid di Tebing Barat telah meningkat menjadi 72 orang, termasuk 45 orang dari daerah Nablus dan Jenin.

Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa 13 kanak-kanak dan seorang wanita Palestin syahid setelah ditembak oleh pasukan penjajah Zionis Israel sejak awal tahun 2023.

Daerah Jenin berada di kedudukan teratas jumlah warga yang syahid dengan jumlah 27 orang, disusuli daerah Nablus sebanyak 18 orang.

Sebanyak 7 warga syahid dari daerah Hebron, 6 dari Al-Quds, 5 dari Jericho dan Lembah Jordan, 3 dari Qalqilya, dua dari Ramallah dan daerah Al-Bireh, dua dari Bethlehem, satu dari Salfit dan satu lagi dari Tubas.

Sepanjang tahun 2022 lalu, sumber berita di lapangan mendokumentasikan kes kematian 176 warga Palestin akibat kekerasan yang dilakukan pasukan penjajah Zionis Israel dan penduduk pendatang Yahudi. Di antara mangsa terkorban termasuk 45 kanak-kanak, 7 wanita dan 4 orang lanjut usia.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk mengalu-alukan penurunan tahap kedutaan Israel di Afrika Selatan

Isnin, 13-03-2023 – Ahli biro politik Hamas, Mousa Abu Marzouk mengalu-alukan resolusi parlimen Afrika Selatan untuk menurunkan tahap kedutaan Israel di negara itu, berikutan jenayah berterusannya terhadap rakyat Palestin.

“Resolusi itu menggambarkan kemuliaan negara Afrika itu, yang telah lama menderita di bawah rejim apartheid yang mana rakyatnya merupakan orang yang paling mengetahui dan sedar tentang reality rakyat Palestin yang menderita di bawah rejim apartheid zionis,” Abu Marzouk berkata dalam kenyataan akhbar pada Rabu.

Pegawai Hamas itu turut menyatakan ucapan terima kasih Gerakan itu terhadap parlimen Afrika Selatan, kerajaan dan parti-parti politik kerana pendirian menyokong kemaslahatan Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

6 warga Palestin dibunuh, 16 cedera dalam serbuan IOF di Jenin

Isnin, 13-03-2023 – Enam warga Palestin dibunuh manakala 16 lagi cedera pada petang Selasa ketika serbuan oleh tentera rejim zionis (IOF) di kem pelarian Jenin, utara Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan yang enam warga Palestin dibunuh manakal 16 lagi cedera ketika pertelingkahan bersenjata di kem pelarian Jenin.

Ia menyatakan yang dua warga cedera teruk, satu di bahagian perut dan seorang lagi di bahagian pelvis, dan menambah yang dua orang lagi cedera. seorang di bahagian paha dan seorang lagi di bahu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Laksanakan Pencerobohan di Selatan Semenanjung Gaza

Khamis, 09-03-2023 – Rejim Zionis lancarkan pencerobohan terhad ke kawasan sempadan tenggara Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza pada hari Selasa. Beberapa kenderaan berperisai masuk ke kawasan sempadan dan mula meratakan dan menggali petak-petak tanah pertanian.

Kawasan sempadan timur Gaza seringkali terdedah kepada pencerobohan Rejim dan serangan tembakan. Pelanggaran sedemikian menyebabkan kerosakan besar kepada tanaman dan menghalang petani daripada mengusahakan tanah mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Masuki Hari ke-21 Langkah Protes

Khamis, 09-03-2023 –Banduan Palestin di penjara Israel meneruskan langkah protes mereka untuk hari ke-21 pada hari Isnin, yang dilakukan sebagai protes terhadap langkah hukuman sewenang-wenang yang diambil terhadap mereka baru-baru ini atas arahan Menteri Keselamatan Negara berhaluan kanan baharu Israel, Itamar Ben-Gvir.

Sebagai sebahagian daripada program protes yang semakin meningkat, para tahanan pada hari ini memutuskan untuk tidak mengambil makanan mereka dan mengisytiharkan untuk berjaga malam di semua penjara Israel pada jam 10:00 malam.

Gerakan Tawanan telah mengisytiharkan satu langkah protes di semua penjara Israel bulan lepas termasuk ketidakpatuhan besar-besaran dan mogok lapar terbuka pada Ramadan akan datang.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar