Categories
Berita Semasa

Sempadan lintasan Rafah terus mencetus isu kemanusiaan.

Sabtu,  07/06/2009 – Jurucakap untuk lintasan Gaza Adel Zu’ menyatakan bahawa sempadan lintasan Rafah masih tertutup dan tiada maklumat baru tentang hasrat Mesir untuk membuka semula dalam masa akan datang. Pihak berkuasa Mesir turut digesa untuk segera membuka pintu sempadan bagi mengurangkan penderitaan yang mengelilingi rakyat Gaza .

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Askar rejim Zionis semakin gila menyerang aktivis keamanan di Hebron.

Sabtu,  07/06/2009 – Agency Maan News melaporkan Sabtu lalu , askar rejim Israel telah menyerang berdozen aktivis , rakyat Israel dan aktivis Palestin yang membantah peneroka-peneroka bandar Susia yang melakukan penempatan haram, di bandar Hebron Tebing Barat selatan.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Lagi kekejaman Mahmoud Abbas.

Khamis,  04/06/2009 – Sumber-sumber media pergerakan Hamas, menyatakan Rabu lalu (semalam), pasukan-pasukan keselamatan Palestin itu yang setia kepada Presiden Mahmoud Abbas, di Tebing Barat, menahan dua orang wanita Palestin di kem pelarian Al Ein di Nablus, dan di Tulkarem, di bahagian utara Tebing Barat.

Categories
Berita Semasa

Hamas : Cadangan Obama masih samar.

Khamis,  04/06/2009 – Hamas menyatakan Rabu lepas , ucapan Presiden AS , Barack Obama bercadang menyampaikan untuk dunia Islam di Kaherah hanya akan diadili melalui keseriusannya menyokong keadilan bagi pilihan penduduk Palestin .

Categories
Berita Semasa

Nasrullah : Kami bersedia bertempur dengan rejim Zionis.

Sabtu,  30/05/2009 – Dalam satu ceramah umum, pemimpin Hezbollah , Hasan Narsallah di Lebanon berkata pasukan tentera Hezbollah bersedia bagi menghalang mana-mana pencerobohan tentera orang Israel, dan menambah bahawa Iran bersedia untuk mempersenjatai rakyat Lebanon dengan peluru-peluru dan jet-jet pejuang .

Categories
Berita Semasa

HAMAS : Darah As-Syahid Daudin tidak akan dibayar percuma.

Jumaat,  29/05/2009 – Gerakan Perlawanan Islam Hamas di Tebing Barat menegaskan, darah As-Syahid Abdul Majid Daudin Abu Himam, 49 tahun yang gugur Khamis lalu di Kota Dora, syahid setelahterjadi pertempuran sengit antara pasukan Israel.

Categories
Berita Semasa

Rang undang-undang pengharaman penandaan Nakba diluluskan Israel.

Khamis,  28/05/2009 – Knesset Israel telah meluluskan rang undang-undang mengharamkan penandaan Nakba, memaksa rakyat Palestin termasuk orang-orang Arab mengiktiraf Israel sebagai satu “Negara Demokratik Yahudi”.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Netanyahu komited dengan perjanjian ?

Khamis,  28/05/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu Rabu lalu menyatakan kerajaannya mengiktiraf perjanjian damai terdahulu antara Israel, Palestin dan negara Arab dan menuntut negara-negara Arab memulakan tindakan simbolik bagi menjernihkan hubungan dengan Israel tanpa sebarang kelewatan.

Categories
Berita Semasa

Israel pindah tahanan Tebing Barat ke Gaza.

Khamis,  28/05/2009 – Sebuah organisasi yang prihatin berkenaan masalah tahanan Palestin “Waid” mengatakan bahawa pihak penjajah Zionis Israel telah memutuskan menghantar tahanan Palestin Mahmud Azzam dari Jenin, Tebing Barat ke Semenanjung Gaza setelah tempoh tahanannya (12 tahun) berakhir hari ini, Selasa (26/05).

Categories
Berita Semasa

Bahar sambut tahanan yang dipindahkan.

Khamis,  28/05/2009 – Ketua Dewan Perundangan Dr . Ahmad Bahar menyambut kedatangan tahanan Palestin Mahmud Azzam yang berasal dari Tebing Barat yang telah dipindahkan ke Gaza setelas lengkap penahanannya selama 12 tahun. Ini salah satu tindakan Zionis Israel yang sengaja mendatangkan masalah. Tindakan Zionis Israel jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Bahar memuji semangat para tahanan yang kental menghadapi kezaliman-kezaliman yang dilakukan oleh Zionis Israel ketika berada dalam tahanan.

sumber : COMES 
penterjemah : Abu Awatif 

Categories
Berita Semasa

Dua nelayan Palestin dilarikan tentera laut Israel, mati di pesisir Gaza.

Khamis,  28/05/2009 – Tentera-tentera laut Israel telah menculik dua nelayan Palestin pagi Selasa lalu di selatan Semenanjung Gaza. Sumber-sumber tempatan berkata, dua lelaki itu diculik ketika mereka berhenti berhampiran dengan bot tentera-tentera Israel kemudiannya dibawa ke satu lokasi yang tidak dikenali.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Haneyya sambut konvoi ‘The Hope’.

Rabu,  27/05/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya dengan turut dihadiri oleh beberapa orang menteri menyambut para anggota yang menyertai konvoi ‘The Hope’ petang semalam (Selasa 26/5), yang menyeberangi Semenanjung Gaza kelmarin.

Categories
Berita Semasa

Israel : Hezbollah semakin kuat ?

Rabu,  27/05/2009 – Gabi Ashkenazi, Ketua Staf Tentera Israel semasa satu mesyuarat dengan Knesset Committee pada Selasa lalu menyatakan bahawa parti Hezbollah yang bertapak di Lubnan kini mempunyai pertambahan roket dan angkatan tentera berbanding sebelum perang Lubnan yang kedua.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Rakyat Palestin tertekan dengan Tembok Annexation !

Rabu,  27/05/2009 – Pembinaan Tembok Annexation Israel di atas tanah keluarga Khatib telah menyebabkan 24 anggota keluarga itu berada di wilayah Israel Wall, di mana mereka dikawal dan ditahan dalam rumah. Tiada mana-man ahli keluarga itu terlibat dengan jenayah, tetapi tentera Israel mengawal mereka di bawah penahanan dalam rumah kerana tentera Israel telah membina tembok dengan keluarga tersebut berada dibahagian wilayah Israel.

Categories
Berita Semasa

Sesiapa yang diam terhadap kepungan dan kezaliman ke atas Gaza, bukan seorang yang bebas.

Selasa,  26/05/2009 – Fernando Rossi, seorang senator Itali dan ketua konvoi ‘The Hope’ dari Eropah mengutuk keras kepungan Zionis terhadap Semenanjung Gaza, juga sikap berdiam diri yang ditunjukkan oleh seluruh dunia terhadap kemelaratan kemanusiaan yang sedang mengancam nyawa satu juta setengah rakyat Palestin di Gaza.