Khamis , 12/05/2005 –Editorial harian Israel Haaretz, mengajak PM Israel, Ariel Sharon untuk mengakui kekuatan politik gerakan Hamas setelah gerakan ini memenangi undian yang banyak dalam pilihanraya peringkat bandar.
Khamis , 12/05/2005 –Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin (PA) hari ini telah mengutuk negara-negara Arab yang membisu terhadap ancaman ekstrimis Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa. Ancaman yang berlaku sebanyak dua kali dalam masa dua bulan (April dan Mei) adalah sebagai protes terhadap usaha pengunduran rejim Zionis Israel dari Gaza.
Di kala lensa kamera di Malaysia begitu bernafsu menghala ke tubuh gebu para artis dan pelakon yang seperti tidak mampu membeli baju yang menutup tubuh, lensa kamera hamba Allah ini menghala ke jasad lemah rakyat Palestin di mamah peluru gila rejim Zionis. Siapakah insan ini ? Mengapa beliau tidak menggunakan kemahirannya untuk memburu para artis dan pelakon seperti di Malaysia yang seperti tidak ada modal lain untuk meraih populariti selain rupa cantik dan mencipta kontroversi murahan. Siapakah insan istimewa ini ? Wartawan Palestinkini, Maszlee Malek sempat bertemu dan mencungkil latar belakang beliau …
Rabu , 11/05/2005 –Setiausaha agung Gerakan Islam di Palestin, Kamal Al Khatib mengingatkan bahawa masjid Al Aqsa sedang menghampiri fasa paling bahaya dalam sejarah apabila Zionis-Yahudi sedang giat menyiapkan rancangan penghancuran masjid Al Aqsa.
Selasa, 10/05/2005 – Al-jazeera melaporkan kata? Silvan Shalom, Menteri Luar Negeri Israel akan menimbangkan pengunduran tentera di Gaza jika di dapati HAMAS memenangi pilihanraya Palestin akan datang.
Isnin , 09/05/2005 –Keputusan awal pilihanraya tempatan (baca :PT) di kawasan Tebing Barat dan Jalur Gaza menunjukkan Fatah memperolehi kemenangan di kawasan kampung Tebing Barat dengan memenangi 50 daripada 84 kawasan yang ditandingi.
Jumaat , 06/05/2005 –Pegerakan Fatah pimpinan Mahmoud Abbas telah memenangi pilihanraya tempatan dengan mendapat margin yang besar.
Jumaat , 06/05/2005 –Tahanan Palestin syahid di dalam penjara semalam kerana polisi rejim Zionis yang mana tiada bantuan perubatan dikenakan kepada yang tidak ada harapan.
Ini bukan cerita terbaru Hollywood ! Tetapi apakah tindakan anda jika melihat seorang pemuda berpakaian hitam, bertopi , berjanggut lengkap dengan fesyen rambut aneh bergulung? di bahagian ‘side-burn’. Perkataan pertama di mulut anda pastinya “Jahanam Yahudi !!” sambil mencari objek keras utk dibaling ke arahnya. Nanti dulu !! Sebelum anda membaling, baca dahulu tulisan saudara Maszlee Malek …
Persoalan yang memerlukan satu analisis untuk mendapat jawapan yang memuaskan. Mereka sedikit tetapi seolah? seperti gergasi yang kuat dan tidak dapat ditumbangkan sehinggakan kuasa besar dunia seperti AS boleh menikus apabila disebut Zionis. Kenapa dan kenapa ? Maszlee Malek cuba merungkaikan persoalan …
Rabu , 04/05/2005 –PM Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin melakukan pertemuaan dengan Presiden Palestin Mahmud `Abu Mazen’ Abbas di Ramallah. Pertemuan itu dilakukan setelah mengunjungi Zionis-Israel.
Selasa , 03/05/2005 –Pegawai rasmi Israel semalam mengumumkan akan mengadakan kerjasama dengan kerajaan Turki melalui PM Turki, Receb Erdogan yang baru2 ini telah melakukan lawatan ke Tel Aviv. Israel di laporkan akan menaik taraf 30 jet pejuang f-4 dengan kos setengah juta dollar, menurut laporan akhbar Yahudi, Ha’aretz.
Ramallah , Selasa , 03/05/2005 – Sumber-sumber tempatan yang diperolehi dari kejadian tunjuk perasaan di kampung Balin barat Ramallah bagi menentang pembangunan tembok Zionis-Israel menyatakan bahawa pasukan zionis-Israel menggunakan senjata baru untuk melumpuhkan para aktivitis yang hadir untuk berdemonstrasi. Pihak Zionis-Israel menggunakan pistol kecil dengan peluru bulat kecil dan gas yang menyebabkan system saraf lumpuh.
Jumaat , 29/4/2005 –Mufti Jerusalem, Dr Ekrema Sabri mengesahkan PM Israel , Ariel Sharon mendalangi kempen utk membolehkan Masjid Aqsa menjadi tempat ibadat Yahudi.
Jumaat , 29/4/2005 – Pertubuhan Aqsa semalam telah membongkar persidangan Zionis berlangsung semalam bagi membincangkan rancangan membina Kuil di tapak Masjid Aqsa yang suci.