
Rabu, 08/08/07 – Pergerakan Hamas Selasa lalu menafikan kewujudan hubungan baru antara mana-mana pengantara Mesir dengan pihak Israel berkenaan isu penangkapan rejim Zionis, Gilad Shalit. Dr. Osama Al-Muzzaini, salah seorang pemimpin politik Hamas di Semenanjung Gaza berkata dalam satu siaran akhbar mengatakan apa yang diberitahu oleh akhbar Yahudi, ‘Ha’aretz’ Selasa lalu mengenai pemulihan semula hubungan sebenarnya adalah “tidak betul”. Beliau berkata “musuh Zionis dan akhbar terbitannya yang berbohong untuk menenangkan para Zionis yang marah atas ketidak prihatinan kerajaannya mengenai isu ini”.

Rabu, 08/08/07 – Jurucakap Persatuan Pegawai Pemerintah di Semenanjung Gaza, Alauddin Alyatth menolak pemerintah Salam Fayyad ciptaan Abbas kerana memecat pegawai baru seramai 2500 orang.
oleh : Maszlee Malik, Durham, UK
Di kala media barat sibuk menjaja pergaduhan ataupun pertelingkahan di antara HAMAS dan Fatah, di Gaza lain pula yang berlaku. Semenjak kerajaan HAMAS berjaya mengusir agen-agen AS dan Israel yang berselindung di sebalik pertubuhan Fatah, pelbagai isu menarik timbul di Gaza. Di kala media-media barat sibuk mengatakan Gaza berada di dalam kekecohan, HAMAS mengadakan pemberontakan, dan juga peperangan saudara telah terletus di Gaza, pimpinan Fatah di Gaza telah membuat kejutan. Di dalam keadaan tersebut, mereka muncul menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Selasa, 07/08/07 –
Ezzet Al-Resheq, ahli Biro Politikal Hamas Isnin lalu mengecam Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert, dan berpendapat mesyuarat sebegitu seumpama komplot untuk menjatuhkan Hamas dan Palestin.Resheq dalam satu kenyataan akhbar, memperkecilkan kepentingan mesyuarat Abbas-Olmert di Jericho, bandar pertama dalam kawalan PA, yang berpura-pura menjadi rangkaian baru dalam siri pengkomplotan terhadap Palestin.
Selasa, 07/08/07 –
PM Palestin Ismail Haniyah mengingatkan bahawa pertemuan-pertemuan antara
pihak Palestin dan penjajah Israel adalah sebahagian dari rancangan Amerika untuk
menutup isu Palestin. Beliau mengingatkan agar bangsa Palestin tidak terjerumus
dalam “persekutuan yang berbahaya”.

Isnin, 06/08/07 –
Ketua Biro Politik Hamas telah menyeru supaya rakyat Palestin bersatu di bawah pemerintahan Presiden Palestin, beberapi hari sebelum Mahmoud Abbas melawat Moskow yang dijadualkan pada Ahad depan.

Isnin, 06/08/07 –
Kerajaan sementara Fayyadh berkata, Presiden Palestin tidak akan berunding dengan pertubuhan Hamas selagi tidak menamatkan “penguasaannya†terhadap semenanjung Ghaza.

Isnin, 06/08/07 –
Masjid Al Aqsa tidak henti-henti menjadi sasaran apabila terowong digali serta kawasan masjid tersebut diserbu oleh kumpulan kecil Yahudi dan penduduknya. Perkara itu bertambah teruk lagi apabila beratus-ratus imigran Yahudi menyerbu kawasan masjid dan melakukan upacara keagamaan di dalamnya.

Isnin, 06/08/07 –
Wakil Suruhanjaya Damai empat penjuru antarabangsa di Timur Tengah, Tony Blair meneruskan lawatannya ke Israel yang mana beliau telah bertemu Menteri Luar, Tsippi Levni serta pegawai-pegawai lain di Bandar Baitul Maqdis.

Isnin, 06/08/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah ditahan oleh suruhanjaya pemantauan rasuah apabila menolak pertuduhan kepadanya sebagai menggunakan jawatannya semasa beliau menjadi menteri industri dan perdagangan pada tahun 2003.

Isnin, 06/08/07 –
Wartawan Aljazeera melaporkan, Presiden Palestin telah menerima perletakan jawatan penasihat keselamatannya, Muhammad Dahlan. Demikian menurut apa yang ditegaskan oleh seorang pegawai di pejabat Abbas.

Isnin, 06/08/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata, Amerika Syarikat bersetuju untuk menambah bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 25% setahun, menjadikannya 30 bilion dolar dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Isnin, 06/08/07 –
Lebih seratus rakyat Palestin dari enam ribu yang masih terbengkalai di Mesir telah masuk menerusi pintu sempadan antara Israel, Mesir dan Palestin.

Rabu, 01/08/07 –Perbezaan diantara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Ketua Jabatan Politik PLO, Farouq Qaddoumi timbul lagi Isnin lepas mengenai siapa yang harus mewakili Palestin dalam persidangan menteri-menteri luar Arab.

oleh : Maszlee Malik, Durham, UK
Kerajaan Zionis Israel mempunyai pelbagai cara di dalam usaha menjustifikasikan penjajahan mereka ke atas bumi Palestin. Sama ianya dilakukan di peringkat antarabangsa melalui agensi-agensi mereka di seluruh dunia. Di peringkat dalaman pula, media dan juga sistem pendidikan mereka menjadi satu jentera propaganda yang paling utuh dan utama di dalam mendoktrin rakyatnya sendiri.