
Rabu, 06/01/2010 – MP Mona Mansour mengutuk keputusan Israel untuk menutup persimpangan Shujaia (Nahal Oz) dan menyifatkan ianya sebagai “kejam”.

Rabu, 06/01/2010 – MP Mona Mansour mengutuk keputusan Israel untuk menutup persimpangan Shujaia (Nahal Oz) dan menyifatkan ianya sebagai “kejam”.

Rabu, 06/01/2010 – Konvoi bantuan antarabangsa Lifeline-3 untuk Gaza akhirnya tiba di pengkalan El-Arish di Mesir pada malam Ahad lalu dengan menaiki sebuah kapal kargo Turki yang dalam perjalanan ke semenanjung Gaza.

Rabu, 06/01/2010 – Yayasan al-Aqsa menegaskan keadaan tanah mendap dan jalan berlubang semakin merebak dan membesar di jalan utama Silwan. Jalan utama itu menghubungkan bandar Silwan dengan masjid al-Aqsa. Yayasan al-Aqsa menegaskan kejadian ini berlaku hasil kerja-kerja penggalian terowong oleh Zionis-Israel. Ini membahayakan masyarakat, rumah-rumah dan masjid-masjid di kawasan itu.

Rabu, 06/01/2010 – Seorang jurutera kanan Mesir memberitahu PIC bahawa salah satu syarat pembinaan tembok ialah mestilah diselia sepenuhnya oleh kumpulan jurutera tentera Amerika, beliau menambah bahawa pelan pembinaan tembok tersebut telah disediakan lebih kurang enam bulan yang lepas dan manakala pembinaannya bermula tiga bulan lepas dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Rabu, 06/01/2010 – Yayasan Al-Aqsa untuk penganugerahan dan warisan melaporkan Isnin lalu terdapat lubang yang semakin besar di jalan utama antara bandar Silwan dan masjid Aqsa akibat kerja- kerja penggalian di bawah tanah oleh tentera rejim Zionis.

Rabu, 06/01/2010 – Dr. Ahmed Bahar, Timbalan Jurucakap 1 bagi Majlis Perundangan Palestin (PLC) mendakwa bahawa pembinaan tembok besi bawah tanah oleh kerajaan Mesir di sempadan Gaza-Mesir adalah sebagai ‘tembok maut’.

Rabu, 06/01/2010 – Abu Ubaidah, jurucakap rasmi Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera HAMAS berkata: “Tidak wujud sebarang persetujuan dari pihak kami untuk memberhentikan pertempuran dengan regim Zionis melalui pihak ketiga.” Beliau seterusnya menambah: “Apa yang berlaku, gencata senjata sementara sedang dilaksanakan. Pihak pejuang memberhentikan penembakan roket buat dalam tempoh tertentu berdasarkan persetujuan dalaman, bukan kerana persetujuan dengan pihak Zionis.”

Rabu, 06/01/2010 – Hamas menegaskan bahawa mereka tidak akan menyerah kalah tentang dialog kebangsaan dan bertanggungjawab atas peranan dalam meyakinkan semua pihak tentang keperluan mengadakan perdamaian demi kepentingan rakyat Palestin.

Selasa, 05/01/2010 – Pihak rejim Israel tetap rancak dalam mengesan dan memusnahkan perkuburan lama umat Islam di sini, seperti yang dinyatakan oleh pihak jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk penstrukturan semula perkuburan umat Islam di Baitul Muqaddis.

Ahad, 03/01/2010 – Program Alam Sekitar PBB ( UNEP ) memberi amaran bahawa bekalan air bawah tanah bagi menampung 1.5 juta rakyat Palestin berdepan kemungkinan terputus selepas kebanyakan punca air ini musnah akibat serangan Israel akhir 2008. Di dalam satu laporan UNEP di Gaza, sumber air alternatif perlu diusahakan bagi mengatasi masalah ini. “ Kemusnahan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih, melainkan masa dapat diputarkan kembali ke belakang. Selain kerjasama Mesir-Israel turut mengeruhkan keadaan, tindakan harus dikenakan ke atas negara ini,“ demikian tercatat dalam laporan tersebut.

Ahad, 03/01/2010 – Persatuan pembangun penduduk sekitar Baitul Maqdis melaporkan bahawa rejim Israel telah memusnahkan lebih dari 130 buah perumahan warga Palestin di bahagian timur Jerusalem pada tahun 2009, memperlihatkan bahawa angka ini telah menunjukkan peningkatan yg begitu ketara jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Ahad, 03/01/2010 – Richard Falk, jurucakap khas PBB untuk hak kemanusiaan di wilayah Palestin yang dijajah, telah menyelar Mesir di atas pembinaan tembok besi di sepanjang sempadannya dengan semenanjung Gaza.

Ahad, 03/01/2010 – Dalam satu laporan akhbar Haaretz, sepanjang keganasan Zionis-Israel di Gaza, terdapat tren baru yang diperkenalkan oleh tentera-tentera Zionis-Israel.

Ahad, 03/01/2010 – Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap HAMAS menegaskan penerusan perjuangan merupakan opsyen strategik bagi HAMAS, demi melengkapkan kemerdekaan Palestin dan mengembalikan haknya.

Ahad, 03/01/2010 –Ahli Parlimen Britain dan aktivis pro-Palestin, George Galloway Rabu lepas menyatakan beliau telah menerima surat daripada Mesir dua minggu lalu yang menuntut agar mendapatkan kelulusan Israel sebelum membenarkan konvoi Lifeline 3 memasuki Semenanjung Gaza, namun beliau tetap menolak segala bentuk kerjasama dengan Israel.