
Jumaat, 14/08/2009 – Sumber kententeraan Israel melaporkan bahawa dua orang penduduk haram mereka cedera ringan selepas dua orang pejuang Palestin membuat tembakan rambang ke kenderaan penduduk haram tersebut di kawasan penempatan haram Yahudi Givat Horoeh, Utara Tebing Barat. Kedua-dua orang mangsa tersebut kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital Israel di Baitul Maqdis, dan tentera Zionis menggerakkan usaha menjejaki pejuang tersebut.












