Khamis, 25/08/2005 – Sheikh Ra’ed Salah, pemimpin pergerakan Islam akan menjadi khatib pada solat jumaat esok di Masjid Hassan Bek iaitu 26/8/2005.
Selasa, 23/08/2005 – Sheikh Ekrema Sabri, Mufti Jerusalem dan Palestin mengutuk perbuatan Yahudi menghina dan mencemar Masjid Hassan Bek di bandar Haifa yang dijajah sejak 1948
Isnin, 22/08/2005 – Bekas Menteri Kewangan Israel, Benjamin Netanyahu, menyeru agar Kerajaan Israel menawan Aqaba setelah serangan roket Katyusha pada Hari Jumaat tersasar ke Eilat.
Isnin, 22/08/2005 – TPI terus melakuakan tindakan kejam terhadap rakyat Palestin di bandar-bandar dan kampung-kampung Tebing Barat dalam usaha untuk meneruskan cengkaman mereka ke atas Tebing Barat semasa mereka sedang berundur dari Tebing Gaza. Sebilangan besar TPI
menyerbu bandar Tulkarem dan mendirikan kawalan-kawalan pos di sepanjang jalan menuju ke bandar Tulkarem menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Jumaat, 19/08/2005 – Israel telah mula keluar meninggalkan penempatan Yahudi di Semenanjung Gaza secara paksaan oleh tentera dan polis Zionis-Israel. Ini kerana masa yang diberikan untuk meninggalkan kediaman mereka telah berlalu. Penempatan Gush Katif adalah kawasan yang terletak bersempadanan Mesir dan Palestin.
Jumaat, 19/08/2005 – Tentera penjajah Israel (TPI) telah menghantar ramai tenteranya
ke penempatan haram Kfar Darom di tengah semenanjung Gaza di dalam usaha untuk
memindahkan penduduknya dan beratus lagi penduduk lain yang menyelinap masuk dan
berkumpul di dalam synagogue Yahudi.
Jumaat, 19/08/2005 – Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) Prof. Ekmeleddin Ihsan Ohglo, menjelaskan bahawa pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza seharusnya dilakukan
secara komprehensif dan menyeluruh tanpa menjejaskan penyatupaduan Gaza dan Tebing Barat.
Tembok Pemisah ? Satu ketika dulu isu ini hangat dan sekarang semakin basi dan hanyir di bibir umat Islam untuk membicarakannya. Apakah mata kita masih buta melihat gergasi Tembok Haram ini rakus menelan inci demi inci tanah umat Islam di Palestin ? Maszlee Malik membuka mata ….
Selasa, 16/08/2005 –Mantan ekstrimis Yahudi dan juga peminat Baruch Goldstein (pengganas Zionis yang telah membunuh lebih 29 muslim di Masjid Ibrahimi pada tahun 1994), telah mengisytiharkan kepada rakyat Israel (baca: Negara Palestin yang dijajah) di sini, bahawa beliau telah menjadi seorang muslim.
Selasa, 16/08/2005 –Polis Israel menahan seorang anggota tentera Israel yang membawa dua butir bom tangan ke perhentian bas utama di Bandar Jerusalem pada Hari Khamis.
Selasa, 16/08/2005 – Hamas telah mengadakan solat syukur di atas pengunduran Zionis-Israel dari kawasan penempatan di Semenanjung Gaza dan sebahagian Tebing Barat. Hamas menyeru masyarakat Palestin untuk turut merayakan kemenangan dengan melakukan solat dan do?a di masjid-masjid.
Isnin, 15/08/2005 – Tentera dan polis yang ditugaskan menjaga sempadan al-Quds telah ditambah bagi menghadapi kumpulan Yahudi radikal. Kumpulan ini dijangka akan melakukan demontrasi di sekitar Masjid al-Aqsa dan Qubbah as-Sakhra.
Jumaat, 12/08/2005 – Syeikh Abdullah Ash Shami ketua gerakan Jihad Islam menolak kenyataan presiden Abbas bahawa roket-roket pejuang Palestin bertentangan dengan kepentingan dan kehendak rakyat Palestin. Kumpulan-kumpulan pejuan lain turut bersetuju dengan pendirian Ash Shami.
Rabu , 10/08/2005 – Kerajaan Israel baru-baru ini menghalang beberapa pemuda Palestin dari memasuki Masjid Al-Aqsa tanpa memberikan sebarang alasan lanjut berkenaan larangan tersebut.
Rabu , 10/08/2005 – Satu sumber yang bertanggungjawab di kumpulan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya pada hari Isnin tindakan pelajar Fatah terhadap seorang ahli Pakatan Islam, sayap akademik Hamas di Universiti Beit Zeir .