Categories
Berita Semasa

Gaza imigresen biro: Isu pasport masih belum selesai

Jumaat , 20/01/2012 – Pengarah biro dalaman kementerian imigresen di Gaza Wisam Al-Ramlawi berkata pihak berkuasa Palestin di Ramallah bandar tidak menghantar apa-apa buku pasport ke Semenanjung Gaza setakat ini.

Menurut agensi berita Safa pada hari Ahad, Ramlawi menafikan tuntutan untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini dan mengesahkan bahawa pihak berkuasa Ramallah masih enggan mengeluarkan pasport bagi ramai warganegara yang didakwa atas sebab-sebab keselamatan.

Beliau berkata penyelesaian yang terbaik adalah dengan membekalkan biro imigresen Gaza bersama keperluan buku pasport untuk menghapuskanA larangan yang dikenakan ke atas pengeluaran pasport bagi orang-orang yang didakwa mempunyai isu-isu keselamatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Kumpulan hak asasi manusia berkempen untuk mengakhiri pengharaman atas lawatan kepada banduan Gaza.

Jumaat , 20/01/2012 – Ansar Al-Asra, kumpulan hak asasi manusia telah menyarankan Palang Merah dan institusi antarabangsa memberi tekanan kepada kerajaan Israel untuk membenarkan keluarga kepada tahanan Gaza untuk melawat.

Mereka berkata dalam satu kenyataan akhbar Ahad lalu yang perlunya ada lobi tekanan antarabangsa untuk menamatkan penderitaan keluarga dan
kaum kerabat tahanan yang tidak dibenarkan lagi untuk melawat tahanan sejak tahun 2006 apabila tentera Israel, Gilad Shalit telah ditawan di Gaza.

Kumpulan itu berkata bahawa banduan Gaza juga tidak dibenarkan untuk membeli keperluan peribadi dan pakaian musim sejuk, yang biasanya
dibekalkan oleh saudara-mara mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tadamun: Tentera IOF tahan 14 rakyat Palestin dalam sekatan jalanraya sejak awal 2012

Jumaat , 20/01/2012 – Tentera Zionis Israel (IOF) telah menahan 14 rakyat Palestin dalam sekatan jalan raya di Tebing Barat sejak awal tahun 2012 termasuk tiga wanita, menurut yayasan hak asasi manusia antarabangsa Tadamun pada hari Ahad.

Ahmed Tobasi, seorang peguam dan penyelidik Tadamun berkata tentera IOF membuat halangan memalukan dan melambatkan warga Palestin ketika perjalanan ke tempat kerja, sekolah, dan universiti.

Beliau berkata semasa sekatan jalanraya, tahanan ditinggalkan selama berjam-jam dalam kesejukan serta ditutup mata dan digari selain dipukul dan dihina.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pelan Baru Israel Rancang Bina 204 Unit Rumah Di French Hill

Jumaat , 20/01/2012 – Pusat Perancang dan Binaan Baka’a telah mengeluarkan amaran tentang pelan Israel yang disediakan oleh Universiti Hebrew di bahagian Baitul Maqdis yang ditawan, bagi membina 204 unit perumahan di penempatan French Hill bagi menggantikan unit pelajar sedia ada.

Dalam kenyataan akhbar Ahad lepas Pengarah pusat tersebut, Qais Naser berkata pelan itu bertujuan untuk menghadkan pertambahan kehadiran warga Arab terutama pelajar-pelajar Arab di penempatan French Hill.

Tambah Naser lagi, Jawatankuasa Perancang dan Binaan Daerah Israel di kota suci akan membincangkan rancangan tersebut di dalam mesyuarat pada hari Isnin untuk menetapkan keputusan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Pasukan keselamatan yang berasaskan doktrin kebangsaan mesti dilindungi

Jumaat , 20/01/2012 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya berkata, institusi-institusi keselamatan yang diwujudkan berdasarkan doktrin dan prinsip kebangsaan mesti dipertahankan sebagai pemangkin kerja-kerja keselamatan pada masa akan datang.

Dalam satu upacara yang diadakan untuk menghargai sekumpulan pegawai polis, perdana menteri Haneyya menyatakan rasa bangganya dengan peralatan keselamatan di semenanjung Gaza dan peranannya dalam memastikan keselamatan dan melindungi masyarakat walaupun telah mengalami kehilangan besar sewaktu perang Israel yang terbaru.

“Apa yang telah dibina tidak akan dimusnahkan kerana rakyat Palestin dapat merasakan kebaikan pembinaan itu terutama dalam usaha menghentikan kekacauan keselamatan dan berupaya menemukan pegawai polis yang bekerja untuk tanah air dengan jujur,” PM menyatakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Kecam Persatuan Parlimen Antarabangsa.

Jumaat , 20/01/2012 – Menteri luar Israel, Avigdor Libermen, Isnin (16/1) mengutuk undangan yang disampaikan kepada fraksi perubahan dan reformasi yang cenderung kepada Hamas, untuk mengikuti kerja jawatankuasa Hak Asasi Manusia parlimen antarabangsa di Genewa.

Dalam keterangannya kepada radio Israel, Libermen menyatakan, ini merupakan contoh baru kemunafikan antarabangsa, sangat jelas bahawa organisasi yang dianggotai 57 negara Islam bersama sejumlah wakil dari negara berkecuali membuat sikap bersatu menentang Israel, dakwanya.

Menjawab pertanyaan kemungkinan Israel keluar dari persatuan parlimen antarabangsa, Menteri luar menyatakan, belum ditegaskan untuk membuat keputusan seperti itu.

Sejumlah delegasi parlimen Palestin wakil Hamas berkunjung ke Genewa atas undangan dari parsatuan parlimen antarabangsa. Diskusi utama dalam perjumpaan tersebut adalah berkisar dengan pelanggaan Israel terhadap para anggota parlimen, terutama penangkapan dan penahanan para anggota parlimen Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Peneroka-peneroka Israel Membakar Kereta Kepunyaan Pegawai Kanan P.A.

Jumaat , 20/01/2012 – Pada hari Isnin, peneroka Israel membakar kereta seorang Pegawai Perisikan Pihak Berkuasa Palestin, Mohammad Ghannam, di Tebing Barat Bandar Rammallah, agensi berita Palestin, Ma’an melaporkan.

Ghannam menyatakan bahawa kereta tersebut diletakkan di hadapan rumahnya di kampung Dir Dibwan, berdekatan Ramallah, apabila melihat keretanya dibakar oleh peneroka Israel, yang kemudiannya melarikan diri.

Pada minggu yang lepas, peneroka-peneroka membakar sebuah kereta di bandar Hebron dan menyerang sepasukan konvoi kereta yang membawa pegawai keselamatan kanan PA.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Ban Ki-Moon: Semua Penempatan Israel Tidak Sah

Jumaat , 20/01/2012 – Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon, pada hari ahad telah menuntut penyingkiran pendudukan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, memandangkan pendudukan Israel yang berterusan itu menghalang kepada penubuhan Negara Palestin yang merdeka, lapor Agensi Berita Maan pada petang Ahad.

Kenyataan Ki-Moon dikeluarkan pada hari Ahad di ibu Negara Lubnan, Beirut, ketika beliau menyampaikan ucapan sebelum Persidangan Antarabangsa mengenai Pembaharuan dan Peralihan kepada Demokrasi, menurut siaran laman web Ibrani, “Richet Beit”.

Beliau yang menyatakan bahawa pendudukan Israel merupakan satu halangan kepada penubuhan Negara Palestin, menyeru agar dihentikan semua pembinaan penempatan Israel di Tebing Barat yang telah diduduki, memandangkan kedua-dua penempatan Israel yang lama dan yang baru adalah tidak sah.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Haniyah:Institut Keamanan Yang Ditubuhkan Atas Dasar Kebangsaan Akan Terus Kekal.

Jumaat , 20/01/2012 – Ketua kerajaan Palestin,Ismail Haniyah berkata institut keamanan yang dibina atas dasar doktrin kebangsaan,”mesti kekal dan menjadi mesin pengeluar untuk keselamatan kerja pada masa akan datang.”

Haniyah berucap pada hari Isnin lalu semasa majlis graduan kumpulan pertama pegawai-pegawai dari Maktab Polis mengatakan kebanggaan beliau dalam perkhidmatan keamanan yang beroperasi dalam sektor ini,dan peranannya dalam mengekalkan keselamatan dan perlindungan masyarakat walaupun segala ancaman dan jenayah bahawa Zionis menggunakan hak,terutamanya semasa perang ganas yang disebut oleh Menteri dalam negeri Said Siam,dan ketua pengarah polis disamping berpuluh -puluh pegawai dan anggota polis.

Perdana Menteri menegaskan bahawa apa yang telah dibina tidak akan dimusnahkan kerana rakyat Palestin merasakan pembinaan banggunan ,terutamanya daripada manamatkan kekacauan keselamatan dan kerja tangan polis untuk membersihkannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Persidangan farmaseutikal di Gaza akhir bulan ini

Selasa , 17/01/2012 – Persatuan Ahli Farmasi Palestin (Balsam) memaklumkan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Direktorat Farmaseutik, Kementerian Kesihatan Palestin untuk menganjurkan satu persidangan keselamatan farmaseutikal di Gaza.

Persidangan yang bertemakan “Keselamatan Farmaseutikal di Gaza di bawah Kepungan” akan diadakan pada 19 Januari, bertempat di Dewan Rashad Al-Shawa. Ketua Jawatankuasa Persediaan Persidangan, Dr. Sami Abu Aziz berkata bahawa persidangan ini teramat penting kerana ia menyentuh semua penduduk Palestin di Gaza yang sedang menderita kekurangan ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang sangat kritikal.

Abu Aziz memaklumkan pihak media pada Isnin lalu bahawa matlamat utama
persidangan itu adalah untuk memberi sinar harapan ke atas krisis perubatan yang dialami serta mencari cadangan dan mekanisma bagi menyelesaikan masalah tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tentera IOF menangkap empat warganegara di Al-Khalil

Selasa , 17/01/2012 – Tentera pendudukan Israel (IOF) menculik empat warganegara di Al-Khalil pada hari Rabu dalam pusingan terbaru tangkapan di wilayah yang telah menjadi sasaran pencerobohan separuh harian untuk beberapa bulan yang lalu.

Sumber-sumber tempatan berkata bahawa askar-askar telah mengambil tiga orang awam di kampung Beit termasuk dua remaja.

Pemuda yang berusia 24 tahun itu telah ditahan di kampung Daheria, selatan Al-Khalil, selepas rumahnya digeledah, kata penduduk tempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi bakar tiga kereta, tulis slogan perkauman di masjid

Selasa , 17/01/2012 – Peneroka Yahudi telah membakar tiga buah kereta penduduk Palestin di kampung Estiya, utara Salfit dan menulis slogan perkauman di masjid utama kampung itu sebelum memandu laju dari kawasan itu Rabu lalu, menurut sumber tempatan.

Penduduk berkata mereka mengejar peneroka setelah mereka membuang bahan bakar ke arah tiga kereta itu, dan terus memecut dari Opel merah.

Mereka kemudiannya mendapati teks berbaur perkauman di masjid bersam aslogan seperti “Tanda Harga” yang ditulis pada dinding.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Sekutu Dahlan Serang Ketua Otoriti, Mahmud Abbas

Selasa , 17/01/2012 – Anggota Dewan Lagislatif Fatah, Majid Abu Shamalah menyatakan, sejak awal Mahmud Abbas menjabat ketua otoriti Palestin, beliau melaungkan slogan negara administratif dan undang-undang, namun begitu banyak pelanggaran undang-undang dan hak asasi manusia yang berlaku di Tebing Barat.

Abu Shamalah menyatakan bahawa Abbas menghapus hak imuniti bagi tokoh Fatah yang dipecat, Muhammad Dahlan. Ada banyak usaha yang dilakukan Abbas untuk mengganggu kerja parlimen dan menghalangi gerak kerja mereka untuk melindungi kepentingannya.

Jika benar isu yang beredar mengenai pelanggaran undang-undang dan penghapusan imuniti parlimen sama ada melalui keputusan mahupun arahan ia seumpama menguburkan demokrasi dan tugas parlimen secara penuh.

Sementara itu anggota Dewan Revolusi Fatah, Samir Misharwai menyatakan, sejak Abbas menjawat ketua otoriti Palestin dan ketua gerakan Fatah, banyak kerugian di pihak pemerintahan dan legislatif, Gaza terlepas secara politik. Fatah kehilangan roh perjuangan dan perlawanan, ungkapnya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Lancar Serangan Mendadak ke atas Gaza

Selasa , 17/01/2012 – Tentera Zionis Israel (IOF) mara ke tengah Semenanjung Gaza dan telah bertembung dengan Pasukan Pertahanan Palestin lewat malam Selasa lepas, sumber melaporkan.

Dikatakan bahawa unit IOF menggunakan kereta perisai dan diiringi sejumlah jentolak menuju ke bandar di timur Deir Al-Balah dan kem pelarian Maghazi.

Tentera IOF telah memusnahkan kawasan berkenaan dan menembak sewenang-wenangnya di kuarters kediaman berdekatan, nyata sumber.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : shafiqah

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen bebas, Khudari menyalahkan masyarakat dunia sebagai punca kelembapan pemulihan Gaza

Selasa , 17/01/2012 – Ahli Parlimen bebas Jamal Al-Khudari menyalahkan masyarakat dunia kerana gagal untuk menyertai usaha baikpulih di Semenanjung Gaza yang telah dimusnahkan oleh serangan Israel 3 tahun lalu.

Khudari yang juga merupakan ketua jawatankuasa popular menentang sekatan, berkata bahawa penarikan sekatan di Gaza akan menjadi titik penting untuk membolehkan projek pembangunan percuma dijalankan.

Ahli Parlimen itu dalam temuramahnya bersama rangkaian TV Al-Quds memuji negara-negara Jawatankuasa Kerjasama Teluk yang menawarkan 250 juta dollar untuk projek pembangunan kawasan pantai di samping usaha Turki melancarkan projek-projek pembangunan dan strategik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati