
Rabu, 30/05/07 –Sumber dari Palestin memberitahu, kenderaan Dr Mustafa Barghouthi yang juga Menteri Penerangan Palestin telah di tembak oleh tentera Israel Selasa lalu. Serangan tersebut di lakukan ketika tentera-tentera Israel sedang mencerobohi kawasan Rokkib Street di Ramallah.

Rabu, 30/05/07 –Pegawai undang-undang Palestin yang diculik dan datuk Bandar yang ditahan di pusat tahanan Hawwara rejim Zionis mengancam untuk mengadakan mogok lapar sekiranya rejim Zionis masih mengabaikan keperluan makanan dan ubatan mereka.

Rabu, 30/05/07 –Tiga warga Palestin terbunuh didalam letupan misteri di tengah Gaza Tiga orang warga Palestin telah terbunuh manakala dua orang lagi tercedera didalam satu letupan yang menggegarkan sebuah rumah di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. Menurut saksi satu letupan besar kedengaran didalam kem tersebut semasa ambulan dan bomba tiba ditempat kejadian.

Rabu, 30/05/07 –Wakil Hamas, Ayman Taha telah menyatakan bahawa penduduk Palestin tidak memerlukan perjanjian-perjanjian baru berkaitan dengan situasi dalaman penduduk Palestin, tetapi mereka lebih memerlukan perlaksanakan perjanjian yang sedia ada.

Rabu, 30/05/07 –Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert bertekad akan menyerang mana-mana individu yang ada kaitan dengan bedilan roket ke atas Israel. Beliau juga menyentuh mengenai kemampuannya untuk mensasarkan pemimpin politik Hamas.

Rabu, 30/05/07 –Majlis Legislatif Palestin (PLC) mengeluarkan kenyataan akhbar pada hari Isnin bahawa penguasa Israel telah memanjangkan tempoh penahanan ketua PLC, Dr. Aziz Dweik dan ahlinya Anwar Zboun.

Rabu, 30/05/07 –Dr. Ahmed Bahar selaku Speaker PLC pada Isnin lepas menyeru parlimen dunia dan semua yang inginkan keamanan supaya mendesak kerajaan Israel untuk melepaskan menteri-menteri Palestin yang telah diculik.

Selasa, 29/05/07 –
Seorang penduduk Israel wanita mati manakala seorang lagi cedera di Sdeirot, selatan Israel setelah roket Palestin yang dilancarkan dari Ghaza jatuh di atas kereta mereka berdua. Ia berlaku berikutan empat rakyat Palestin mati dalam pengeboman Israel ke atas Ghaza.

Selasa, 29/05/07 –
Perdana Menteri Palestin menggesa rakyat Palestin supaya bertahan dan bersatu di dalam keadaan seperti ini. Haniyeh mengucapkan takziah kepada para syuhada’ dalam serangan Israel serta menyeru rakyat supaya bertahan untuk menghadapi serangan Israel. Katanya,â€darah para syuhada’ ini akan dituntut belaâ€.

Selasa, 29/05/07 –
Forum Ekonomi Antarabangsa yang berlangsung di Laut Mati, di Jordan menyaksikan hari terakhir perbincangan Arab-Israel yang hangat dalam satu forum menjurus ke arah konflik Timur Tengah.

Selasa, 29/05/07 –
Tajuk utama akhbar Israel pada hari ini, Isnin adalah Amerika telah memberikan lampu hijau kepada Israel supaya menerima seruan Syria untuk meneruskan rundingan damai, memberi amaran mengenai pembekalan senjata kepada Fatah di samping pengerahan tentera Arab di Ghaza.

Isnin, 28/05/07 –
Sheik Ra’ed Salah, ketua Pergerakan Islam semasa pendudukan Jurusalem, Ahad lalu menyeru semua rakyat Palestin dan pertubuhan kerajaan Arab dan institusi swasta supaya meraikan ulangtahun ke-40 pendudukan Masjidil Aqsa.

Jumaat, 25/05/07 –
Pergerakan Hamas pada Khamis lalu memberitahu bahawa usaha pihak Israel yang cuba menghapuskan pergerakan daripada arus politik Palestin akan berakhir dengan kegagalan sepertimana kempen-kempen lepas termasuk pembunuhan, penahanan dan pengusiran.

Jumaat, 25/05/07 –
Sumber Keselamatan Diplomatik Al-Quds membongkar rancangan rahsia Dewan Kabinet kerajaan Israel. Mereka mensasarkan untuk membunuh 16 pemimpin politik dan ketenteraan Hamas yang berada di wilayah Palestin ataupun di luar.
Jumaat, 25/05/07 –
Jurucakap tentera Israel memberi rasional mengenai penangkapan. Katanya, pegawai Hamas di Tebing Barat menyokong bedilan roket tersebut dari Ghaza ke Israel.