
Isnin, 16/07/07 –Gerakan Hamas mengecam tindakan presiden Palestin, Mahmud Abbas yang
membatalkan semua undang-undang dan konstitusi serta menyekat semua organisasi
politik dengan mengeluarkan beberapa arahan.

Isnin, 16/07/07 –Pergerakan Hamas telah mengecam dan mendesak Presidan Mahmoud Abbas supaya menarik balik semua perundangan dan perlembagaan yang dibuat dan telah menghancurkan sistem politik penduduk Palestin yang mengakibatkan perpecahan dan berat sebelah.

Isnin, 16/07/07 –
Satu sumber rasmi Israel mengesahkan, dalam satu kenyataan untuk “Ha’aretz” akhbar bercetak pada hari Ahad, 180 orang ahli sekutu Fatah yang menjadi sasaran Israel akan dibuang dari senarai oleh perisikan Israel dalam usaha menumpukan usaha-usaha menghapuskan Hamas dan Jihad Islami.”

Jumaat, 13/07/07 –Wartawan Aljazeera di Beirut berkata, Hizbullah telah membuat keputusan untuk menghadiri persidangan San Clo di Perancis. Ia khusus untuk membincangkan mengenai rundingan antara pihak Lubnan. Sumber tersebut berkata, Hizbullah menganggap keterangan presiden Perancis yang menyatakan bahawa Hizbullah diketepikan daripada senarai pertubuhan pengganas dan Perancis tidak berhasrat untuk mengetepikannya, adalah sebagai penjelasan yang boleh diterima.

Jumaat, 13/07/07 –
oleh : Maszlee MalikIsrael berkata bahawa Iran mungkin akan memiliki teknologi nuclear menjelang tahun 2009. Namun, ia tidak akan mempu menghasilkan senjata nuclear sebelum tiga atau empat tahun ini.

Jumaat, 13/07/07 –
Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi Hamas di Semenanjung Gaza menggambarkan tuduhan Presiden Palestin Mahmoud Abbas terhadap Hamas yang mempunyai unsur-unsur Al-Qaeda sebagai perkembangan serius dalam usahanya menyaingi Hamas dan sebagai hasutan bagi mencetuskan suasana tidak tenteram seterusnya membawa kuasa-kuasa antarabangsa ke Semenanjung Gaza.

Khamis, 12/07/07 –
Jutawan Israel yang berasal daripada Rusia, Arkadi Ghaidamak mengumumkan telah menubuhkan parti baru yang bertujuan untuk memperbaiki dasar kerajaan sekarang ini yang diterajui oleh Ehud Olmert.

Khamis, 12/07/07 –
Menteri Luar Israel, Tsippi Levni mengumumkan telah melancarkan satu laman web internet baru dalam bahasa Parsi dalam usaha apa yang dinamakan oleh kementerian itu untuk mrngubah pemikiran rakyat Iran terhadap Israel.

Khamis, 12/07/07 –
Berhubung isu antara pertubuhan Hamas dan Fatah yang menyebabkan perpecahan oleh dua pihak itu sejak Hamas menguasai Ghaza pada pertengahan bulan lalu, delegasi Fatah telah sampai ke Kaherah bagi berbincang dengan pegawai-pegawai Mesir untuk memulakan perbincangan antara dua pertubuhan tersebut.

Khamis, 12/07/07 –Sumber rasmi Israel berkata bahawa Perdana Menteri, Ehud Olmert akan bertemu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas minggu depan bagi membincangkan kerjasama serta keperluan kemanusiaan di wilayah Palestin.

Selasa, 10/07/07 –
Penduduk Palestin yang terkandas di Mesir berhampiran terminal sempadan Rafah pada Ahad lalu telah mengisytiharkan untuk menandatangani peringkat kedua mogok lapar mereka yang bermula dua hari lalu, dan hanya akan minum air dan makan garam sahaja.

Selasa, 10/07/07 –Keluarga shuhada rakyat Palestin di wilayah yang dijajah Israel pada tahun 1948 menggesa supaya Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dibicara di mahkamah antarabangsa kerana melakukan jenayah kemanusiaan.

Selasa, 10/07/07 –
Sumber pejabat perdana menteri kerajaan sementara Palestin, Salam Fayyadh berkata, beliau akan bertemu beberapa pegawai tertinggi Israel hari ini bagi membincangkan pengurangan urusan penutupan ke atas tanah Palestin serta membebaskan tahanan Palestin.

Selasa, 10/07/07 –
Kerajaan Israel telah memutuskan untuk membebaskan 250 tahanan penjara rakyat Palestin yang terdiri daripada pertubuhan Fatah, dalam usaha yang dikatakan oleh Perdana Menteri Ehud Olmert sebagai “langkah berniat baik†terhadap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi memperkukuhkan kedudukannya berikutan pertubuhan Hamas berjaya menguasai semenanjung Ghaza.

Selasa, 10/07/07 –
Dua Menteri Luar Mesir dan Jordan, Ahmad Abu Al Ghaiz dan Abdul Ilah Al Khatib melawat Israel Khamis depan bagi mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri, Ehud Olmert, Menteri Luar Tsippi Levni serta Menteri Pertahanan Ehud Barak.