70 Warga Afrika Ditahan Mesir Ketika Menyelinap Masuk Israel.


Selasa, 10/07/07 –Polis Mesir telah menahan 40 warga Afrika – kabanyakannya rakyat Sudan – yang cuba untuk meloloskan diri dari Semenanjung Sinai ke Israel. Demikian menurut sumber keselamatan Mesir Jumaat lalu.

Israel Akan Berperang Dengan Syria ?


Selasa, 10/07/07 –Akhbar Los Angeles Times menyentuh tentang mungkin tercetus peperangan musim panas antara Israel dan Syria, namun ia menyatakan bahawa tindakan Damsyik memperkukuhkan senjatanya adalah membimbangkan.

Fatah Dan Ikhwanul Muslimin Tolak Kenyataan Zawahiri Berhubung Isu Palestin.


Selasa, 10/07/07 –

Pertubuhan Fatah serta Ikhwan Muslimin di Mesir menyanggah kenyataan orang nombor dua pergerakan Al Qaeda, Aiman Zawahiri yang menuduh Fatah sebagai khianat dan Ikhwan sebagai berlebih-lebihan dalam isu Palestin.

Olmert Lakukan Rombakan Pertama Dalam Kabinet.


Selasa, 10/07/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah melakukan rombakan di dalam kerajaannya yang mana bekas menteri kehakiman, Hayem Ramon yang dituduh melakukan perbuatan salah laku baru-baru ini telah dikembalikan semula ke jawatan timbalan perdana menteri.

Askar Rejim Zionis Ceroboh 3 masjid di Al-Khalil.


Jumaat, 06/07/07 –
Askar-askar rejim Rabu lalu memecah masuk dan membuat kekacauan di dalam 3 buah masjid di Bandar Al-Khalil dengan alasan mencari senjata. Mereka turut menculik tiga orang tentera Palestin di perkampungan Dura, Yatta dan Edhna di Barat Al-Khalil. Terdahulu, mereka telah menembak kearah pertubuhan kebajikan untuk orang pekak dan cacat di daerah yang sama.

Pembebasan Johnston Dirai.


Jumaat, 06/07/07 –
Kempen Perpaduan Palestin (PSC), di dalam sidang akhbar Rabu lalu, telah mengalu-alukan berita tentang pembebasan Alan Johnston selepas 114 hari ditahan.

Johnston Bebas, Menteri Luar Britain Hargai Peranan Haniya dan Hamas.


Jumaat, 06/07/07 –

Menteri Luar Britain, David Miland menyatakan kegembiraannya atas pembebasan
wartawannya Alan Johnston, wartawan BBC di Semenanjung Gaza pagi ini Rabu (04/07)
oleh Batalion Izzudin Al-Qassam.

Israel Asingkan Tahanan Hamas dan Fatah Di penjara.


Jumaat, 06/07/07 –
Seorang tahanan Palestin yang dibebaskan oleh pihak berkuasa penceroboh Israel mengatakan bahawa para tahanan berada di dalam keadaan yang sangat membimbangkan berikutan pentadbiran penjara melaksanakan pengasingan tahanan Fatah dan Hamas meskipun mereka menolak tindakan tersebut.

Brigade Palestin Tolak Pertukaran Pintu Masuk Karam Abu Salim.


Jumaat, 06/07/07 –
Briged Palestin menolak Perjanjian Mesir-Israel yang membenarkan pintu laluan masuk sempadan Karam Abu Salim, di tenggara Ghaza bagi pintu masuk kepada rakyat Palestin yang pulang ke semenanjung itu sebagi menggantikan pintu sempadan Rafah.

Olmert Bebaskan Tahanan Penjara Rakyat Jordan.


Jumaat, 06/07/07 –Akhbar Israel membicarakan tentang pembebasan tahanan penjara rakyat Jordan oleh Olmert. Akhbar Arutz Shifa berkata, Perdana Menteri Ehud Olmert telah membebaskan empat tahanan penjara rakyat Jordan dan menghantar pulang ke Jordan.

Presiden Palestin Pecat Hani Al Hassan.


Jumaat, 06/07/07 –Wartawan Aljazeera di Palestin malaporkan bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengeluarkan perintah memecat anggota Suruhanjaya Pusat Fatah, Hani Al Hassan dari jawatan Penasihat Tertinggi bagi Presiden Palestin.

Israel Lakukan Latihan Perang Besar-Besaran di Golan.


Jumaat, 06/07/07 –
Akhbar Israel, “Maarif” berkata bahawa tentera Israel akan mengadakan siri latihan perang secara besar-besaran di Bukit Golan yang dijajahinya tidak lama lagi. Kerajaan Israel telah memakluimkan kepada Damsyik tentang perkara tersebut melalui pihak ketiga.

Olmert Cairkan Dana Palestin.


Jumaat, 06/07/07 –

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata bahawa Israel akan terus bertindak balas terhadap mereka yang disifatkan sebagai pelampau. Beliau menegaskan bahawa kerajaannya akan terus bekerjasama dengan kerajaan sementara Palestin.

Haniyah Sahkan Kediaman Arafat Selamat.


Jumaat, 06/07/07 –
Perdana Menteri Palestin yang dipecat, Ismail Haniyeh hari ini mengawasi kediaman bekas presiden Palestin yang telah kembali ke rahmatullah, Yaser Arafat, di Ghaza. Beliau menghubungi isterinya sambil menegaskan bahawa peralatan rumah tersebut tidak disentuh ketika pertempuran berlaku baru-baru ini antara Hamas dan Fatah.

Presiden Israel Letak Jawatan.


Jumaat, 06/07/07 –Presiden Israel, Mosheh Kitsaf telah mengemukakan perletakan jawatan setelah mendapat persetujuan daripadanya berhubung dakwaan terhadapnya mengenai isu akhlak bagi mengelakkannya daripada dimasukkan penjara.