
Isnin, 05/02/07 –
Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Misy’al menegaskan
pentingnya menjayakan pertemuan antara gerakan Hamas dan Fatah. Pernyataan itu dinyatakan Misy’al di Damsyik, Ahad (4/2/07).

Isnin, 05/02/07 –
3 fraksi kumpulan pejuang Palestin memberi amaran kepada kerja2 pembinaan di bawah Masjid Aqsa
oleh rejim Zionis di Timur Jerusalem bahawa mereka tidak akan teragak2 melakukan serangan.

Isnin, 05/02/07 –
Sumber ketenteraan Israel melaporkan malam Sabtu lalu (03/02/07) bahawa pihak tentera Israel telah bersedia untuk melancarkan serangan besar-besaran di Semenanjung Gaza.

Jumaat, 02/02/07 –
Menteri Hal Ehwal Pelarian Palestin, Dr Atef Odwan menyatakan bahawa keadaan pelarian Palestin di Iraq amat menyedihkan dan kementerian beliau mencadangkan dibuka laluan untuk mereka kembali ke tanah air.

Jumaat, 02/02/07 –
Sumber Palestin melaporkan 5 penduduk Palestin telah diculik oleh rejim Zionis yang menceroboh masuk kedalam perkampungan Tafouha, berdekatan bandar West Bank, Hebron pada pagi Khamis semalam (01/02/07).

Jumaat, 02/02/07 –
Askar-askar Israel menembak dan membunuh seorang budak warga Palestin di Qalandia yang terletak antara bandar-bandar West Bank Ramallah dan Baitulmuqaddis pada tengah hari semalam.
oleh : Maszlee Malik
Jika di Gaza dan Tebing Barat, keharmonian dan perpaduan rakyat Palestin telah digugat oleh kumpulan pemberontak yang diketuai oleh Muhammad Dahlan dari Fatah, di Iraq lain pula ceritanya. Pelarian Palestin yang telah mendiami Iraq semenjak taun 1948 lagi kini berada di dalam ancaman dan bahaya. Walaupun kehidupan mereka tidak sepayah kehidupan pelarian Palestin di Lubnan sebelum ini, namun penjajahan AS ke atas Iraq telah merubah segalanya. Jika dahulunya mereka boleh hidup dan tinggal dengan aman, kini tidak lagi. Jika ada sesiapa yang didapati berbual dengan menggunakan dialek Palestin di Baghdad, dia akan terdedah kepada ancaman. Penjajahan As dan juga kegilaan kumpulan militan Syiah telah merubah segalanya.

Jumaat, 02/02/07 –
Pergerakan Hamas yang kini menerajui kerajaan, Rabu lalu mengecam hasrat Washington yang mahu membiayai pasukan keselamatan Palestin. Jurucakap Hamas, Ismail Radwan berkata bahawa sumbangan yang disengajakan itu adalah sebahagian daripada hasrat Washington untuk ‘menuang minyak ke atas perang saudara di Palestin’.

Selasa, 30/01/07 –
Keluarga Abeer Al Arameen, kanak-kanak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang dibunuh oleh askar Israel di Bandar Anata berhampiran Baitul Maqdis menuntut tentera Israel menjalankan siasatan ke atas kematiannya dan menghukum askar-askar yang terbabit.

Selasa, 30/01/07 –
Jurucakap Fraksi Reformasi dan Perubahan di parlimen Palestin,
Solah Bardawel mengingatkan tentang adanya pihak-pihak luar yang cuba menghancurkan
apa yang telah disepakati dalam sidang dialog nasional Palestin yang berlangsung di
Gaza.

Selasa, 30/01/07 –
Askar-askar Israel dilengkapi kenderaan tentera dan bulldozer menghujani bahagian barat Bandar Nablus dengan peluru Khamis pagi yang lepas. Mereka mengepung sebuah bangunan dan menculik seorang lelaki warga Palestin.

Jumaat, 26/01/07 –
Seorang rakyat Palestin syahid semalam (25/1/07) dan beberapa orang lagi tercedera apabila sekumpulan besar tentera rejim Zionis menceroboh bandar Tulkarem di Tebing Barat, sumber dari Palestin melaporkan.

Jumaat, 26/01/07 –Satu sumber penting di Palestin pagi ini menyebutkan,
penasihat presiden Mahmud Abbas yang berada di Amerika ketika ini telah menyampaikan
kepadanya bahawa Amerika Syarikat menolak sebarang perbincangan berkenaan kerajaan
perpaduan nasional Palestin yang ingin dibentuk oleh PM Ismael Haneya.
oleh : Maszlee Malik
Di sebalik kekalutan dan kekecohan dalaman di Palestin, pendapat umum (public opinion) rakyat Palestin menunjukkan mereka inginkan kesatuan dan kedamaian. Pada 23 Januari 2007, rakyat Palestin telah berhimpun di Gaza menuntut agar penubuhan “kerajaan nasional bersekutu” disegerakan. Ide yang pernah dilontarkan oleh HAMAS pada Mac 2006 sebelum membentuk kerajaan pimpinan mereka ini bagaikan dikitar semula.
Sewaktu ianya dilontarkan oleh HAMAS, Fatah yang diwakili oleh Saeb Erekat telah muncul di al-Jazeera menolak pelawaan HAMAS. Beliau dan juga pemimpin-pemimpin Fatah yang lain telah menjual mahal di atas pelawaan tersebut. Harapan mereka, biarlah kerajaan pimpinan HAMAS bersendirian akan diberikan hukuman oleh AS dan rejim Zionis.

Rakyat Palestin berduka atas kematian Mahran Abu Nosair, 15 tahun,
semasa pengkebumian beliau di kem pelarian Deir Al Balah, tengah Jalur Gaza,
pada Rabu, 24 Januari 2007. Rejim Zionis telah menembak beliau awal Rabu semalam
(24/1/07)

Rakan sekelas pelajar perempuan Palestin yang syahid, Abir Aramin, 10 tahun memegang
poster beliau di sekolah di Tebing Barat. Beliau telah selamat dikebumikan di perkampungan
Anata berhampiran Jerusalem pada Ahad, 21 Januari 2007 yang lalu.