
Isnin, 09/04/07 –
Manal kembali ke Nour selepas bertahun-tahun di penjara Israel Manal Ghanem, wanita berusia 32 tahun, akhirnya dibebaskan pada Ahad lepas dari penjara Israel, setelah hampir 4 tahun berada di dalam penjara Israel .Di bandar raya Tebing Barat Tulkarem,Mrs. Ghanem yang melahirkan bayi yang telah berusia 3.5 tahun, anak perempuan beliau Niveen 11 tahun,dan anak lelaki Majid 9 tahun serta ahli-alhi keluarga lain telah menyambut Manal di luar kawasan tahanan Israel di Jbarah.

Isnin, 09/04/07 –
Askar-askar Israeli yang mengawal pos pemeriksaan berhampiran bandar Jenin Tebing Barat telah menyerang satu pasukan perubatan Palestin petang Ahad lalu.Sumber Palestin berkata pemandu ambulans tersebut, Firas Haji Ahmad telah ditahan dan dipaksa terkeluar dari ambulans yang sedang dipandu menuju ke arah kampung Kufr Elra’y, selatan Jenin.

Isnin, 09/04/07 –
Ketua Biro Politik Hamas menegaskan bahawa pertubuhannya yang mendapat majoroti dalam kerajaan serta parlimen tidak akan menarik balik pelan politiknya dan tidak akan tunduk kepada tekanan Barat yang meminta supaya kerajaan Palestin mengiktiraf Israel.

Isnin, 09/04/07 –
Kerajaan Palestin memutuskan untuk tetap membuka perbincangan berhubung pelan keselamatan yang dikemukakan oleh kementerian dalam negeri bagi mengawal keselamatan dalam negeri ketika rundingan mengenai pertukaran seorang tentera Israel, Jilad Shalit dengan tahanan-tahanan Palestin semakin menampakkan kemajuan.

Khamis, 05/04/07 –Ketua Hakim Palestin, Syeikh Tayseer Al-Tamimi telah menyeru penduduk Palestin pada Rabu semalam agat mengingkari keputusan Israel iaitu dengan mengharamkan mereka daripada kemasukan masjid Ibrahimi di bandar lama bandar raya Al-Khalil, dan menyeru mereka untuk mengetuai ke masjid dan mempertahankannya.

Khamis, 05/04/07 –
Sejumlah besar anggota polis Israel dan pengawal sempadan mengiringi lebih daripada 60 peneroka-peneroka fanatik Yahudi semasa mereka melakukan ‘pelancongan’ yang merupakan pencabulan ke atas masjid Aqsa awal pagi Rabu semalam (4/4/07).

Khamis, 05/04/07 –
Kerajaan Penceroboh Israel, Rabu lepas (4/4/07) telah menyekat perjalanan Menteri Negeri PA, Wasafi Kabaha (gambar) tanpa memberikan sebarang penjelasan.Kabaha sedang menuju ke Jordan bersama delegasi ahli Parlimen Palestin di dalam lawatan asing yang bertujuan mengajak negara arab dan negara Islam lain menyokong Palestin dari penjajahan Israel dan sekatan ekonomi antarabangsa.

Khamis, 05/04/07 –
Sumber tempatan di Al-Quds menyebutkan, pemerintah penjajah Israel telah
memberikan surat peringatan kepada 150 keluarga Palestin yang mengandungi perintah
mengosongkan rumah mereka di kampung Salam di kota Al-Quds dalam tempoh 2 minggu.

Khamis, 05/04/07 –
Parti Hamas di Universiti Bir Zeit, dekat Ramallah di utara Tebing Barat, mencapai satu kemenangan ke atas Fatah dalam pilihanraya pelajar pada Rabu semalam. Hamas memenangi 22 kerusi sementara Fatah memenangi 21 kerusi, tahun lalu Hamas memenangi 23 kerusi dan Fatah 18 kerusi.

Rabu, 04/04/07 –
Syeikh Raed Salah, pemimpin pergerakan Islam dalam tahun 1948 telah memberi amaran bahawa pemerintah Israel bekerja siang dan malam untuk merobohkan masjid Aqsa dan membina kuil di atasnya.Syeikh Salah yang berkali-kali disaman oleh polis Israel dan yang terkini Ahad lepas telah disoal peranannya dalam menghimpunkan pendapat umum orang Arab dan Islam berkenaan penggalian di masjid Aqsa.

Rabu, 04/04/07 –
Menteri Pertahanan Israel, Amir Peretz telah memberi lampu hijau kepada para komandan pasukan Israel untuk melakukan rangkaian pembunuhan terhadap para pemimpin dan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza. Tanpa mengambil kira sebarang gencatan
senjata yang telah disepakati dengan pihak Palestin.

Rabu, 04/04/07 –
Di dalam pertemuan pada selasa lepas di Ramallah dengan ahli perwakilan Amerika, Nancu Pelois, presiden Mahmoud Abbas bersedia untuk bertemu dengan perdana Menteri Negara haram Israel, Ehud Olmert dua minggu sekali bagi berbincang mengenai keamananan.

Rabu, 04/04/07 –
Sumber Jordan menyatakan Perdana Menteri Jordan, Marouf Al-Bakheit telah menemui PM Palestin, Ismail Haneyya di lapangan terbang Marka , Jordan, Selasa lepas (3/4/07). Menurutnya, Bakheit telah ditemani oleh sebilangan ahli-ahli kabinetnya dan pegawai-pegawai lapangan terbang sepanjang pertemuan.

Selasa, 03/04/07 –
Mesyuarat kabinet Palestin yang diadakan pada hari Isnin, menyeru Kesatuan Eropah untuk tidak membeza-bezakan di antara menteri-menteri penduduk Palestin, terutama diantara Hamas dan Fatah, di atas dasar polisi.Perdana Menteri, Ismail Haniya, memberitahu ahli-ahli kabinetnya “Kerajaan perpaduan Palestin bertindak sebagai satu pasukan dan tidak boleh berpecahâ€.

Selasa, 03/04/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert akan bertemu para pemimpin Arab terutama dengan pemimpin yang dilabelkannya sebagai berpendirian sederhana. Ia “bertujuan untuk membincangkan mengenai pelan damai di rantau ituâ€. Beliau walau bagaimanapun tidak memberi jawapan jelas mengenai cadangan yang dikemukakan oleh Liga Arab.