Khamis , 22/12/2005 – Syabas bagi Tun Dr Mahathir dan juga penganjur Perdana Global Peace Forum yang berlangsung dari 14 sehingga 17 Disember 2005 di PWTC, Kuala Lumpur. Diharapkan mesej keamanan yang ingin disampaikan kepada dunia dapat disalurkan melalui wadah tersebut.
Khamis , 22/12/2005 – Al-Jazeera melaporkan di dalam satu kajian ringkas yang dilakukan oleh pihak media tempatan rejim Zionis (Israel), 50% dari kalangan rakyat entiti haram tersebut bersetuju untuk kerajaan mereka melakukan rundingan damai dengan HAMAS. 47% pula menolak sebarang rundingan dengan pihak HAMAS, manakala yang selebihnya bersikap berkecuali.
Khamis , 22/12/2005 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah membebaskan 3 ahli Kumpulan Qassam (salah sebuah kumpulan bersenjata yang bernaung di bawah Pergerakan Hamas) sepuluh hari setelah mereka ditahan.
Selasa , 20/12/2005 – Bekas pegawai keselamatan Palestinian Authority (PA) menyatakan pada isnin lepas mengakui bahawa Fatah, sebagai parti pemerintah sedang menghadapi krisis.
Radio Palestin di Gaza, al Hurriya memetik Dahlan sebagai berkata bahawa Fatah sedang menghadapi masalah dalaman mengenai konsep demokrasi.
Selasa , 20/12/2005 – Sheikh Ismail Haneyya, pemimpin politik Hamas, secara terbuka menyuarakan perancangan Hamas untuk membina siaran TV bersatelite dan biro pengaduan sempena pilihanraya Januari ini.
Selasa , 20/12/2005 – Syeikh Mansoor, seorang tokoh Hamas mengesahkan Hamas telah mendapat undian rakyat sebanyak 50.5% dalam pilihanraya tempatan walaupun menghadapi pelbagai tentangan daripada pelbagai dari Israel yang melakukan penahanan yang bertali arus terhadap calon atau pimpinan Hamas.
Isnin , 19/12/2005 – Menurut sumber radio tempatan Israel, Sharon, 77 tahun merasa tidak sihat kemudian jatuh dan dikejarkan ke Hospital Hadasah di Barat Jerusalem.
Isnin , 19/12/2005 – Tidak terfikirkah kita siapakah jurutera Masjid suci Aqsa di Palestin ? Siapakah yang bertanggungjawab membinanya ? Bolehkah kita ruangkan sedikit waktu mencari siapakah jurutera tersebut ? atau kita terlalu sibuk ? Tidak mengapa , Maszlee Malik telah pun merintis jalan, sediakan retina anda sahaja menyusuri jawapannya …
Jumaat , 16/12/2005 –
Ini bukan isu kecil. Ini bukan isu main-mainan. Ini adalah isu serius, melibatkan persoalan maruah dan harga diri umat Islam. Ia melibatkan setiap individu Muslim di negara ini.
Jumaat , 16/12/2005 – Kumpulan Islam Palestin, Hamas, menyatakan hasrat untuk bersama Iran jika rejim Zionis itu menyerang negara Islam itu. Ketua kumpulan Hamas, Khalid Masha?al, dilaporkan pernah berkata Hamas dan Iran berada dalam satu barisan utk menentang rejim Zionis.
Warga kerja Palestinkini berasa amat terkejut dengan berdirinya bendera Israel di Malaysia. Kami amat-amat tidak bersetuju dengan situasi ini dan pihak yang berkuasa perlu bertindak menurunkan bendera negara haram tersebut demi mencerminkan pendirian kita membela warga Palestin yang ditindas saban hari di sana.
TURUNKAN BENDERA ITU SEKARANG !!
Khamis , 08/12/2005 – Parti Likud, parti yg pernah menerajui Israel kini menghadapi cabaran besar apabila pengerusi sementaranya menyertai parti Kadima. Tzachi Hanegbi menyertai parti Kadima iaitu sebuah parti yg di pimpin oleh Perdana Menteri Israel Ariel Sharon pada Rabu lepas.
Khamis , 08/12/2005 – Jet Israel pada hari Rabu melancarkan roket-roket berpandu ke arah kereta awam di Rafah selatan Tebing Gaza mengakibatkan seorang terbunuh dan enam cedera termasuk empat kanak-kanak.
Khamis , 08/12/2005 – Konfrens al-Quds Foundation (QF)ke-4 dan juga jaringan NGO untuk al-Quds (INJO) yang ke-2 telah selesai diadakan di hotel Moven Pick, Yaman.
Khamis , 08/12/2005 – Wartawan yang juga penulis tetap Palestinkini iaitu saudara Maszlee Malik telah dipilih mewakili JIM dan juga Malaysia untuk International Networking For al-Quds NGOs yang dianggotai oleh 70 buah negara seluruh dunia. Moga penglibatan sulung beliau menjadi pembakar semangat kita untuk sama-sama menyumbang kepada isu Palestin.