Selasa , 06/12/2005 – Mereka berkata Ahmed Goneimat, 27, dan Salam Al-Zir, 32, dari Beit Sorif, perkampungan di daerah Al-Khalil, sedang bekerja di kawasan pergunungan Abu Gineim sebelum di serang oleh askar Isreal. Kedua mereka di hantar ke hospital Beit Jala untuk rawatan.
Selasa , 06/12/2005 – Rejim Zionis pada subuh Isnin menyerbu bandar Jenin dengan tembakan bertalu dan mengganas di rumah-rumah awam dan tiga warga Palestin ditahan.
Selasa , 06/12/2005 – Kumpulan pejuang Hamas telah memilih platform pilihanraya dalam usaha mereka menentang korupsi dan berjanji untuk membersihkan kerajaan yang sedia ada
Isnin , 05/12/2005 – Khaled Mishaal, Ketua Biro Politik Hamas pada hari Ahad merayu kepada keluarga Kafarna dan Masri di Beit Hanun dengan serta merta memberhentikan pertumpahan darah dan mengingatkan bahawa perjuangan Palestin adalah dengan Israel.
Khamis , 01/12/2005 – Askar Israel menangkap seorang jurnalis Palestin, Rajoub yg bekerja untuk aljazeera.net, syarikat media berbahasa Arab pada Rabu semalam.
Menurut sumber dari keluarga Rajoub, askar Israel dan pegawai Shin Beth (perisikan Israel) telah memecah masuk rumah Rajoub di Tebing Barat Bandar Dura sebelum subuh.
Khamis , 01/12/2005 –
Mahkamah Agung Israel selasa lepas menolak rayuan dua organisasi yang difailkan pada ogos lepas untuk memaksa kementerian kesihatan, prasarana dan dalaman untuk menyambung rumah seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun yang menghadapi penyakit kanser ke kawasan grid berelektrik.
Rabu, 30/11/2005 –
Lebih 25 orang lemas dalam penjara rejim Zionis apabila tentera rejim itu melemparkan gas pemedih mata. Saksi berkata, rejim bertindak
memukul, melepaskan air pancut ke arah banduan Palestin yang mengakibatkan luka kepada tubuh badan mereka.
Rabu, 30/11/2005 – Parti penyokong penduduk Palestin, Hamas menang pilihanraya yg diundi oleh pelajar di Unitersiti al-Najah di Bablus semalam. Keputusannya Hamas menang 40 kerusi daripada 82 kerusi di dalam pilihanraya tersebut.
Selasa , 29/11/2005 – Buat pertama kali sejak 1967, beratus penduduk GAZA kini bebas ke Mesir melalui sempadan Rafah di selatan Jalur (Semenanjung) Gaza. Sekumpulan penduduk palestin yg menaiki bas menunggu di sempadan apabila pintu sempadan Rafah ke Mesir di buka pada hari Sabtu itu hari.
Jumaat , 25/11/2005 – 2 komander battalion Brigade Qud ditangkap oleh askar Israel pagi Khamis semalam. Brigade Qud merupakan sayap penting dlm Pergerakan Jihad Islam Palestin telah bertempur dgn askar Isreal yg ternyata lebih ramai.
Jumaat , 25/11/2005 – Jurucakap bagi Kementerian Luar Negeri Israel, Mark Rajeev, berkata bahawa Israel akan mengambil tindakan bagi menghalang tahanan-tahanan rakyat Palestin dari bertanding di dalam pilihanraya PLC (Palestine Legislative Council – Majlis Perundangan Palestin) yang bakal berlangsung dalam bulan Januari tahun depan.
Khamis , 24/11/2005 – Pada Rabu lepas, kaunsel undang2 pihak berkuasa palestin telah menolak cadangan Fatah untuk menunda tarikh pilihanraya yg akan diadakan pada 20 Januari tahun depan.
Khamis , 24/11/2005 – Datuk Bandar Yahudi di kawasan Jerusalem yang dijajah, Uri Lupolianski telah menyeru rakan sejawatannya di Berlin untuk mengalihkan kedutaan Jerman dari Tel Aviv ke kawasan yang dijajah di dalam Jerusalem di dalam usahanya mewujudkan apa yang dipanggil ?Bandar pusat Israel yang berkekalan?
Khamis, 24/11/2005 – Selasa lepas , 5 pelajar sekolah kelemasan dalam satu pergelutan dengan rejim Zionis berhampiran masjid Ibrahim, sumber tempatan melaporkan.
Jumaat, 18/11/2005 – Ahmed Abdul Rahman, ahli majlis Revolusi Fatah selaku penasihat kepada kepimpinan tertinggi PA, Mahmoud Abbas, mendakwa bahawa kematian Yasser Arafat adalah disebabkan racun yang telah disuntik kedalam telinga bekas pemimpin PA itu.