Categories
Berita Semasa

Beberapa Orang Tentera Menahan Lima Orang Penduduk di Satu Penempatan Berhampiran Jenin

Rabu , 15-02-2012 – Pada hari Ahad petang, tentera-tentera Israel menculik lima orang penduduk Palestin dari Kampung Ya’bod, bahagian selatan kawasan utara Tebing Barat bandar Jenin, dan menahan mereka untuk beberapa jam di penempatan Dothan mabo, di Daerah Jenin.

Agensi Maklumat dan Berita Palestin, WAFA, melaporkan tentera tersebut memecah masuk ke tapak pembinaan di Ya’bod, menculik lima orang penduduk dan membawa mereka ke penempatan haram yang dibina di atas tanah milik penduduk bandar itu.

Empat orang telah dikenalpasti sebagai Ahmad Imad Al-Keenaly, 23, Firas Sibhi Abu bakar, 24, adiknya Mohammad, 22, dan Mahran Waleed Abu Bakar, 26. Mereka semuanya disoal siasat di penempatan tersebut untuk beberapa jam sebelum dilepaskan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Lelaki, 71 tahun, Terbunuh, Dua Cedera, Dalam Satu Serangan Terkini oleh Israel Terhadap Gaza

Rabu , 15-02-2012 – Sumber Perubatan Palestin di Genting Gaza melaporkan pada hari Ahad yang seorang lelaki berusia 71 tahun telah terbunuh, dan dua orang penduduk cedera, apabila Tentera Udara Israel melancarkan beberapa serangan peluru berpandu ke sebuah kawasan timur kejiranan Az-Zeitoun di Bandar Gaza.

Sumber telah mengenal pasti lelaki yang terbunuh itu sebagai Abdul-Karim Az-Zeitouna, 71, menurut laporan Pusat Maklumat Palestin. Sumber-sumber tersebut menyatakan bahawa pihak tentera telah melancarkan beberapa serangan udara pada lewat malam hari Sabtu dan awal subuh hari Ahad, yang telah menyebabkan kerosakkan yang teruk ke atas beberapa buah rumah, bangsal dan struktur-struktur bangunan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Empat Cedera Selepas Pencerobohan Tentera Ke atas Kediaman Rakyat Palestin di Baitulmaqdis

Rabu , 15-02-2012 – Sumber perubatan Palestin di Baitulmaqdis disini melaporkan bahawa empat rakyat Palestin cedera, ahad lepas apabila tentera dan polis Israel memecah masuk ke dalam kediaman bekas tahanan politik Palestin, di bandal Al-Esawiyya, dekat Utara Baitulmaqdis.

Menurut saksi kejadian, tentera tersebut memecah masuk kedalam kediaman milik bekas tahanan politik, Samer Al Eesawy dengan memecahkan pintu utama dan menyerang saudara beliau, Shereen Al-Eesawy iaitu seorang peguam, ibu beliau Laila dan juga adiknya, Shadi.

Peguam tersebut mengalami patah tulang pada bahagian tangan dan kaki dan telah ditahan oleh polis Israel. Ibunya telah dipindahkan ke Hospital Hadassah di Baitulmaqdis juga mengalami bengkak di leher dan patah tulang tangannya, lapor Pusat Maklumat Palestin.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Resheq: Deklarasi Doha satu jalan keluar dari kebuntuan

Rabu , 15-02-2012 – Anggota Biro Politik Hamas, Izzat al-Resheq berkata bahawa perjanjian yang menamakan Mahmoud Abbas sebagai Presiden sementara disamping jawatan sedia adanya sebagai Ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA) merupakan satu penyelesaian yang menyenangkan selepas perbincangan ke arah perpaduan dalaman menemui jalan buntu.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Rabu, Resheq menafikan bahawa para pemimpin Hamas terbahagi dua berhubung Deklarasi Doha. Menurut beliau, ia merupakan satu jalan keluar kepada perbincangan ke arah perpaduan Palestin yang menemui jalan buntu.

“Kami telah menandatangani perjanjian perpaduan dengan Fatah pada Mei tahun lalu, tetapi proses menguruskan fail-fail berbeza jauh lebih mudah berbanding aspirasi rakyat Palestin kerana kegagalan untuk sepakat menentukan siapakah yang layak menjadi Presiden adalah satu cabaran besar bagi pembentukan sebuah negara,” kata seorang pegawai politik Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Palestin Tolak Sambung Rundingan Ekplorasi Dengan Israel

Selasa , 14-02-2012 – Pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat menyatakan bantahannya untuk meneruskan “rundingan eksplorasi” dengan Israel dan menegaskan bahawa “langkah untuk cuba meyakinkan” yang diusulkan oleh Duta Kuartert, Tony Blair kepada Israel tidak mencukupi, lapor Rangkaian Berita Palestin (PNN).

Hussein Ash-Sheikh, ahli Jawatankuasa Pusat Pergerakan Fateh Presiden Mahmoud Abas memberitahu Radio Palestin bahawa cadangan Blair adalah ” tidak masuk akal” . Beliau menambah bahawa Presiden Abbas menyatakan kepada Duta Amerika, David Hale pada rabu lepas bahawa cadangan tersebut tidak mencukupi bagi menarik rakyat Palestin untuk memulakan kembali rundingan dengan Israel.

Blair mencadangkan supaya Israel membenarkan Pihak Berkuasa Palestin untuk membuka beberapa Balai Polis Palestin di kawasan yang di klasifikasikan sebagai kawasan “B” dibawah Perjanjian Damai Oslo, sekaligus memberikan kebebasan kepada Pihak Bekuasa Palestin mengawal keadaan sivil di kawasan tersebut.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Netanyahu Menolak Permohonan E.U. Untuk Melepaskan Tahanan

Selasa , 14-02-2012 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menolak permohonan yang dikemukakan oleh wakil-wakil Kesatuan Eropah (EU) untuk membebaskan beberapa tahanan politik Palestin sebagai langkah memperkukuh keyakinan yang juga akan meningkatkan sokongan popular kepada Presiden Mahmoud Abbas.

Rangkaian Berita Palestin (PNN) melaporkan beberapa daerah di Kesatuan Eropah juga dipanggil kerana mewujudkan “Senarai Hitam” yang terdiri daripada nama-nama peneroka pelampau Israel, untuk menghalang mereka daripada melancong ke negara-negara E.U. Peneroka-peneroka mungkin akan menjadi orang-orang yang tidak hanya menyerang rakyat palestin tetapi juga menyerang tentera dan polis Israel.

Harian Israel, Maariv, melaporkan bahawa Abbas dan Jawatankuasa Kuartet Keamanan Timur Tengah (Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dan Russia), menggesa Israel untuk meluluskan permintaan yang dibuat oleh Abbas yang menuntut pembebasan tahanan Palestin yang dipenjarakan oleh Israel bermula sebelum Perjanjian Damai Oslo, yang telah ditandatangani antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada tahun 1993.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Kongres Barat ; Kami Mengucapkan Tahniah Kepada Deklarasi Doha Dan Menyeru UnTuk Melaksanakannya Tanpa Berlengah-Lengah.

Selasa , 14-02-2012 – Tegasan perubahan dan reformasi gerakan “Hamas” dengan undangan majlis palestin di tebing barat,sokongan dan berkat perjanjian yang ditandatangi oleh pergerakan “Hamas’ dan “Fatah” Isnin lalu,di Qatar.Doha,yang akan dipanggil “Doha Deklarasi perdamaian Palestin.

Dalam perbualan pihat penguatkuasa dengan wartawan berasingan,keperluan untuk memohon perjanjian itu adalah satu ayat tunggal tanpa sebarang kelewatan, dan mencatatkan bahawa mereka menyokong perjanjian itu untuk mendapatkan pembahagian Palestin setelah sekian lama.

Beliau menafikan kongres Hamas,pemerteraian perjanjian itu boleh menjadi berlawanan dalam gerakan Hamas masa kini.dan akan membawa kepada kepecahan seperti yang ditunjuk oleh beberapa media,beliau menekankan bahawa perjanjian itu adalah kesepakatan dalam pergerakan itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis bertindak ganas merosakkan tanaman Zaitun

Selasa , 14-02-2012 – Sumber tempatan melaporkan pada Selasa yang sejumlah peneroka-peneroka Israel menebang hampir 25 pohon zaitun baru ditanam yang kepunyaan penduduk-penduduk bandar Beit Ummar, utara bandar Hebron .

Tanah-tanah menjadi tumpuan serangan oleh peneroka-peneroka yang bertujuan mengambil alih tanah Palestin di kawasan itu supaya dapat memperluaskan kota mereka.

Yousef Abu Maria, penyelaras Popular Committee Against Wall and Settlements dalam Beit Ummar, memberitahu agensi berita al-Quds Press yang berdozen peneroka-peneroka menyerang kawasan dan mencabut pokok-pokok manakala askar Israel, hadir di kawasan itu, tidak cuba menghentikan mereka.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

AFEH Beri Amaran IOA Cemar Kesucian Aqsa

Selasa , 14-02-2012 – Yayasan Wakaf dan Warisan Aqsa (AFEH) telah memberi amaran mengenai peningkatan usaha Badan Pendudukan Israel (IOA) mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa.

Yayasan tersebut telah memberi amaran dalam satu kenyataan pada Rabu lepas mengenai matlamat disebalik membenarkan askar-askar Israel, lelaki dan perempuan, untuk bergerak bebas di plaza Aqsa ketika berpakaian seragam mereka.

Yayasan menyatakan bahawa tentera-tentera berkenaan telah berjalan-jalan di dalam kawasan suci dan mengambil gambar, menyedari sebelum ini mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid dengan pakaian seragam mereka sejak tahun 2000.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meruntuhkan dua bangunan di kawasan Baitulmaqdis

Selasa , 14-02-2012 – Jentolak Israel memusnahkan lagi harta orang Palestin di jajahan Baitulmuqaddis dan memusnahkan sebuah bangunan untuk keluarga di kampung Jib ke barat laut pada hari Khamis.

Pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) tidak hanya berpuas hati dengan peruntuhan bangunan tersebut malahan turut juga memusnahkan semua pokok-pokok dan ladang di tanah sekitar. Jentolak yang sama turut memusnahkan rumah Ezzeddin Abu Nijma di Beit Hanina utara di jajahan Baitulmaqdis itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis rampas tanah Palestin di Baitullaham

Selasa , 14-02-2012 – Tentera Zionis Israel (IOA) telah menyerahkan notis untuk merampas 68 dunums tanah Palestin di kampung Jaba’, barat Baitullaham, menurut sumber tempatan.

Sumber itu berkata tentera Zionis Israel (IOF) disertai wakil pentadbiran awam telah menyerahkan empat notis kepada penduduk di kampung itu pada Khamis lalu dan memaklumkan 68 dunums tanah itu akan dirampas.

Pemilik tanah, Khaled Masha’la berkata dia memiliki geran rasmi dari zaman Khalifah Uthmaniyyah dan Jordan bagi membuktikan pemilikan tanah tersebut, sambil menambah yang dia akan pergi ke mahkamah untuk membatalkan rampasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Nunu: Pendatang rancang serbu Aqsa seperti perang Sharon

Selasa , 14-02-2012 – Pendatang Yahudi rancang untuk menyerbu Masjid Aqsa pada Ahad depan untuk melakukan seperti apa yang telah dilakukan bekas perdana menteri Israel Ariel Sharon yang melancarkan perang di kawasan suci, demikian menurut jurucakap kerajaan Gaza, Taher Al-Nunu.

Dalam kenyataan tergemparnya pada Khamis, Nunu mengimbas kembali bahawa apa yang dilakukan Sharon telah mencetuskan intifadah di Gaza. Yayasan Gaza untuk wakaf dan warisan berkata para fanatic Yahudi dari parti Likud telah mengumumkan perancangan untuk menyerbu kawasan suci itu pada Ahad untuk meminta agar kuil yang didakwa asalnya berada di tapak Masjid Aqsa dibina semula.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rancangan serang al-Aqsa ulangi kezaliman Sharon

Selasa , 14-02-2012 – Jurucakap kerajaan Palestin, Thair Nunu menegaskan rancangan parti Likud Israel untuk menyerbu al-Aqsa adalah ulangan kezaliman Sharon. Sharon telah isytihar perang terhadap al-Aqsa. Nunu menyeru seluruh umat Islam mengambil tanggungjawab menyelamatkan al-Aqsa. Tujuan parti Likud itu adalah untuk meneruskan perancangan membina kuil yang didakwa oleh Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Tebing Barat Sambut Deklarasi Doha

Selasa , 14-02-2012 – Para anggota parlimen dari fraksi perubahan dan reformasi yang mempunyai hubungan dengan Hamas di Tebing Barat menegaskan sokongan mereka terhadap kesepakatan yang ditandatangani Hamas dan Fatah, Isnin lalu (6/2) di ibu kota Qatar, Doha yang melahirkan “Deklarasi Doha” berkait perpaduan Palestin.

Dalam wawancara dengan wartawan Pusat Informasi Palestina di Tebing Barat, Khamis pagi (9/2) para ahli parlimen mendesak dilaksanakan deklarasi segera tanpa penundaan. Mereka mendukung kesepakatan agar dapat mengeluarkan rakyat Palestin dari perpecahan yang telah berlarutan.

Para ahli parlimen Hamas menafikan isu yang menyebutkan bahawa penandatanganan kesepakatan telah memicu perbedaan dalaman Hamas, disebutkan bahawa kesepakatan ini telah dibahas oleh pihak dewan syura.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Walaupun ada Perjanjian Doha, tangkapan politik dan proses ‘pembersihan’ berterusan di Tebing Barat

Ahad, 12-02-2012 – Semua Perjanjian Perpaduan Dalaman Palestin terutamanya yang terbaru yang dikenali sebagai Perjanjian Doha nampaknya seperti tidak dapat membendung kegiatan PA yang dikuasai oleh Fatah, melakukan tangkapan bermotifkan politik serta ‘pembersihan’ daripada jawatan yang disandang oleh anggota dan penyokong Hamas.

Di Bandar Qalqiliya, utara Tebing Barat, pasukan tentera PA telah menculik seorang pelajar Kolej Da’wa iaitu Abdullah Nofal serta menangkap salah seorang rakan mangsa selama beberapa jam ketika mereka berada di dalam kampus.

Sementara itu, sebuah Mahkamah Tentera yang dikuasai PA melanjutkan penahanan seorang pelajar, Muthana Ashtiya dari Kolej Teknikal Palestin selama 15 hari lagi untuk kali kedua berturut-turut selepas perbicaraannya ditangguh beberapa kali. Kerajaan PA juga memecat Yazid Tanbour yang merupakan seorang guru hanya kerana hubungan politiknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa