Selasa, 7/12/2004 – Dr. Mahmud Zehar menyebutkan bahawa faktor-faktor utama dalam piagam yang diajukan Hamas kepada organisasi Fatah adalah hak-hak nasional, keadaan dalamannya dan hubungan antarabangsa dengan semua kaitannya.
Author: admin

Jenazah Samir Hijazi, 38 tahun seorang doktor yang terbunuh dari kecederaan yang di terima sewaktu tentera rejim Zionis menyerang kem pelarian di Rafah. 3 yang lain juga cedera.
Isnin , 6/12/2004 – Hamas telah menolak dakwaan bahawa terdapat sebarang perjanjian genjatan senjata dan mengulang semula keinginan mereka untuk menghancurkan negara tersebut, menolak apa yang kelihatan seperti satu kenyataan damai oleh salah seorang pemimpin kumpulan tersebut.
Isnin, 6/12/2004 – Semalam, seorang tahanan Israel yang di tahan di Egypt atas tuduhan mengintip untuk kerajaan Zionis telah dibebaskan selepas separuh dari tempoh tahanan selama 15 tahun.

Ramallah, Jumaat, 3/12/2004 Zionis Israel membunuh seorang pemuda Palestin berhampiran bandar Ramallah. Pemuda itu dibunuh hanya kerana datang mendekati pagar pos pemeriksaan tentera di daerah tersebut.

Gaza, Jumaat, 3/12/2004 ? HAMAS melalui juru cakap mereka, Mahmoud Zahhar (gambar) telah menegaskan sekali pendirian mereka untuk tidak turut serta mengambil bahagian di dalam pilihan raya pemilihan presiden PA pada Januari tahun hadapan.

Jumaat, 3/10/2004 –
Sheikh Ra?ed Salah, pemimpin pergerakan Islam yang ditahan telah mengumumkan dalam satu kenyataan bertulis daripada penjara kepada Aqsa Foundation akan mengadakan mogok lapar pada 10/12/2004 akan datang bagi memprotes penindasan yang berlaku sewaktu dalam tahanan.

1/12/2004, Rabu – Akhlak barbarisma kerajaan Israel di Palestin semakin meningkat. Pusat Kesihatan Palestin menyatakan, sejak 28 bulan Oktober lalu hingga 29 November bulan ini pasukan penjajah Israel telah membunuh 53 orang, 11 diantaranya anak-anak dan 3 perempuan, dan seramai 314 orang mengalami kecederaan.
Pejuang
Wangian kasturi harum semerbak
Dari sebatang tubuh yang kaku
Darah merah masih mengalir
Walau nafasnya berhenti sudah
Tel Aviv, 30/11/2004 , Selasa – Pengerusi persatuan pengusaha-pengusaha industri perkilangan Israel, Odid Terra, semalam (29/11) telah membuat kenyataan rasmi bahawa industri perkilangan di daerah Erezt (utara Gaza) telah mengalami kerugian bersih sebanyak 35 juta USD.
Oleh Maszlee Malek(kolumnis Palestinkini)
Jordan bukanlah sebuah negara pengeluar minyak yang penting di timur tengah seperti negara-negara teluk yang lain. Ianya juga bukanlah sebuah negara yang kuat dari segi ketenteraan di kawasan tersebut seperti Mesir, Iraq (dahulunya), malah Syria.
Seorang pensyarah universiti telah terkorban apabila sebuah bom meletup di dewan kuliah di Universiti Al Azhar, di Gazza pada 27/11/2004 yang lalu.
Selasa , 30/11/2004 – Perwakilan rasmi kerajaan Israel telah mengeluarkan data yang dilakukan kerja sama dengan pusat statistik menyatakan bahawa 15 000 warga Yahudi meninggalkan Israel setiap tahun tanpa kembali lagi.
Selasa, 20/11/2004 – Sumber Palestin menyebutkan bahawa sebuah pesawat Israel pagi semalam menggempur sebuah Yayasan Pendidikan milik Gerakan Jihad Islami di bandar Khan Yunis mengakibatkan sebahagian bangunan hancur.

Oleh Maszlee Malek(kolumnis Palestinkini)
29 November adalah tarikh yang celaka. Bukan kerana nombor 29nya, bukan juga kerana Novembernya, dan bukan juga kerana tarikh atau waktu atau zaman tersebut. Malah sebagai umat Islam, Nabi Muhammad S.A.W. telah melarang umatnya dari memaki waktu, kerana Allah telah menciptakan waktu. Ianya celaka apabila dikaitkan dengan apa yang telah berlaku lebih 57 tahun yang lalu. 29 November 1947.