Categories
Berita Semasa

Ahli parlimen Sweden : Gaza adalah penjara terbuka terbesar di dunia.

Selasa , 01/12/2009 – Ahli parlimen parti hijau Sweden telah mengkritik kementerian imigresen kerana memutuskan untuk menghantar pulang para pelarian Palestin ke Semenanjung Gaza, sambil memberi amaran bahawa Gaza di bawah pengepungan Israel telah berubah menjadi penjara terbesar dalam ruang udara yang terbuka.

Categories
Berita Semasa

Bahar: Serangan ke atas MP Mansour kebiadapan melampau.

Selasa , 01/12/2009 – Dr. Ahmed Bahar, Timbalan Speaker 1 di Parlimen Palestin telah menyelar pihak berkuasa Mahmoud Abbas sebagai kebiadapan yang melampau merujuk kepada serangan ke atas MP Mona Mansour di bandar Nablus, Tebing Barat. 

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Rejim Zionis menangkap seorang budak lelaki cacat warga Palestin sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Selasa , 01/12/2009 – Menurut maklumat awam, Rejim Zionis telah menangkap Ahmad Samir Asfour, seorang budak lelaki warga Palestin yang cacat dari daerah Selatan Gaza Bandar Khan Younis sewaktu beliau dalam perjalanan ke hospital di Jerusalem.

Categories
Berita Semasa

13 pro Hamas ditangkap oleh kumpulan bersenjata Abbas.

Rabu , 25/11/2009 – Kumpulan bersenjata Mahmoud Abbas dilaporkan telah menahan 13 penduduk Palestin yang pro-Hamas sejak dua hari lepas di daerah Nablus dan Tulkarem.

Categories
Berita Semasa

Mahasiswa Amerika bakal melawat Gaza.

Rabu , 25/11/2009 – Satu pasukan mahasiswa Amerika bakal tiba di Semenanjung Gaza Jumaat ini untuk sebuah kunjungan perpaduan, kata pakar perunding dan kemajuan Selasa lalu.

Categories
Berita Semasa

Pegawai dan tentera rejim Zionis geledah rumah ahli Hamas di Jenin.

Rabu , 25/11/2009 – Tentera dan pegawai perisikan Israel menyerbu dan menggeledah rumah-rumah orang awam Palestin yang bersekutu dengan Hamas Isnin lalu di bandar Yabad, barat dari Jenin.

Categories
Berita Semasa

Abdelqader : PA menjadi beban Palestin.

Rabu , 25/11/2009 –Hatem Aldelqader, Menteri Perhubungan Jerusalem di bawah pihak berkuasa Palestin (PA) yang telah meletakkan jawatan menghentam PA yang diketuai oleh Mahmoud Abbas, dengan mendakwa bahawa pergerakan itu gagal memenuhi objektif negara dan menjadi beban kepada Palestin.

Categories
Berita Semasa

Serangan udara terbaru Israel ke atas Gaza cederakan 7 orang, musnahkan rumah.

Selasa , 24/11/2009 – Tujuh rakyat Palestin cedera dan beberapa buah rumah musnah akibat serangan udara terbaru oleh pihak Israel ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Pertukaran tawanan tidak mungkin berlaku tanpa memenuhi semua tuntutan.

Isnin,23/11/2009 – Ahad lalu, Osama Hamdan yang bertanggungjawab menguruskan hubungan luar negeri dalam Gerakan Hamas mengatakan bahawa Gerakan itu masih lagi mempunyai kepentingan untuk mencapai kesepakatan dalam pertukaran tawanan dengan pihak penjajah Zionis jika mereka memenuhi semua tuntutan kemanusiaan menentang Palestin.

Categories
Berita Semasa

Hamas: Peningkatan kadar penyeksaan oleh militia Abbas terhadap tahanan dalam dua minggu terakhir.

Isnin,23/11/2009 – Gerakan Hamas berkata bahawa penyeksaan dan penganiayaan terhadap tahanan di penjara-penjara Mahmoud Abbas telah meningkat dalam dua minggu lalu. Menambah lagi, terdapat ramai daripada kader dan penyokong yang telah menderita dengan tahap kesihatan yang serius di penjara ini.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Liga Arab tuntut pemeriksaan antarabangsa ke atas Penjara Israel.

Isnin,23/11/2009 – Urusetia am bagi Liga Arab telah menyeru supaya penjara-penjara Israel dibuka untuk pemeriksaan dan pemantauan antarabangsa bagi menamatkan pencabulan hak tahanan Palestin dan Arab.

Categories
Berita Semasa

Dr Salah : Jenayah adalah budaya Israel.

Isnin,23/11/2009 – Dr Salah al-Bardawil, jurucakap blok parlimen Hamas mengatakan bahawa perkembangan terbaru serangan Israel di Genting Gaza adalah usaha untuk mendapatkan reaksi antarabangsa berikutan laporan Goldstone.

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis serbu selatan Gaza.

Isnin,23/11/2009 – Tentera Rejim Zionis  menyerbu bandar Khuza’a timur Khan Younis dan meratakan tanah pada hari Rabu. Rejim Zionis menyerbu dengan kereta kebal dan diiringi jentolak berat untuk memusnahkan tanaman dan meratakan tanah.

Categories
Berita Semasa

Pegawai Keselamatan memberi amaran akan usaha Perisikan Israel merekrut pesakit.

Isnin,23/11/2009 –Perisikan Israel telah menyeru pesakit-pesakit di Gaza yang ingin menerima rawatan di Tebing Barat atau Hospital Israel dan cuba mengertak pesakit untuk berkhidmat dengan mereka, menurut pendedahan pegawai keselamatan di Semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

Haneyya menyambut baik resolusi UN menyokong negara Palestin.

Jumaat,20/11/2009 – Kerajaan Palestin pimpinan Ismail Haneyya menyambut naik kemungkinan resolusi Majlis Keselamatan PBB mengiktiraf negara Palestin bebas daripada penempatan Israel dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara seperti sempadan pada tarikh 4 Jun 1967.