Categories
Berita Semasa

Dua askar rejim Zionis Israel cedera dalam operasi di Tebing Barat.

Isnin, 25-11-2024 – Dua askar rejim Zionis Israel cedera pada petang Isnin dalam operasi rempuh Palestin berhampiran bandar al-Khader, di arah barat Baitulaham di kawasan Tebing Barat yang dijajah.Menurut sumber media Yahudi, dua askar cedera di anggota badan dan kepala akibat serangan rempuhan kereta di simpang al-Khader di Jalan 60.

Dalam operasi tentera di bandar al-Khader di Tebing Barat, seorang warga Palestin merempuh keretanya ke arah gerombolan askar rejim Zionis Israel dan melepasi sekatan jalan dalam satu laporan rejim Zionis Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia

Selasa, 12-11-2024 – Beliau menegaskan bahawa pasukan pendudukan Israel masih meneruskan pencerobohan mereka ke utara Semenanjung Gaza, di mana pendudukan telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas kawasan Beit Hanoun, Beit Lahia dan Jabalia selama lebih daripada sebulan berterusan, dan mengenakan pengepungan ketat di kawasan utara Semenanjung Gaza, dan dengan sengaja mengeluarkan 120,000 rakyat dari rumah mereka secara paksa dan dengan ancaman senjata dan pembunuhan.

Beliau menegaskan bahawa pasukan pendudukan Israel masih meneruskan pencerobohan mereka ke utara Semenanjung Gaza, di mana pendudukan telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas kawasan Beit Hanoun, Beit Lahia dan Jabalia selama lebih sebulan, mengenakan pengepungan ketat di kawasan utara Semenanjung Gaza, dan dengan sengaja mengeluarkan 120,000 rakyat dari rumah mereka secara paksa dan dengan ancaman senjata dan pembunuhan.

Basal menegaskan bahawa Semenanjung Gaza utara masih mengalami keadaan yang sukar, memandangkan kekurangan air yang boleh diminum, ubat-ubatan dan makanan, dan pencegahan kemasukan bantuan, di tengah-tengah pengeboman udara dan artileri yang berterusan, operasi jentolak dan tiupan di kawasan itu, yang memburukkan lagi krisis kemanusiaan.

Dengan sokongan Amerika, pendudukan Israel telah melancarkan perang dahsyat di Gaza sejak tujuh Oktober lalu, yang telah menyebabkan lebih daripada 144,000 syahid Palestin dan cedera, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, dan lebih daripada 10,000 hilang, di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kebuluran maut.

Tanpa menghiraukan masyarakat antarabangsa, Israel meneruskan perang tanpa menghiraukan resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk menghentikannya serta-merta dan perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk mengambil langkah-langkah untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai dan memperbaiki keadaan kemanusiaan yang dahsyat di Gaza.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham

Categories
Berita Semasa

WHO: 560,000 Kanak-kanak di Gaza Diberi Vaksin Polio

Selasa , 12-11-2024 – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan bahawa pusingan kedua kempen vaksinasi polio di Semenanjung Gaza telah selesai, dengan keseluruhan 556,774 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun telah divaksin dengan dos kedua vaksin polio.

Vaksinasi polio di utara Gaza berakhir pada hari Rabu dengan 105,558 kanak-kanak menerima dos kedua dan 83,876 kanak-kanak menerima suplemen vitamin A – di tengah-tengah pergolakan yang berterusan, Ghebreyesus menjelaskan di X.

Sekitar 88% liputan berjaya dicapai di utara; 7,000-10,000 kanak-kanak tidak dapat dihubungi untuk dos kedua mereka dan dengan itu terdedah kepada polio, tambahnya.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina

Categories
Berita Semasa

Ketua pendakwa raya ICC menggesa tindakan tepat dan pantas ke atas jenayah perang di Gaza

Jumaat , 8-11-2024 – Ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mempertahankan usahanya dalam mendapatkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan yang lain, menekankan keperluan untuk tindakan tepat pada masanya dalam menyiasat jenayah perang di Gaza.

“Perlukah saya menunggu sehingga semua orang mati?” Karim Khan berkata dalam temu bual dengan akhbar mingguan German, Der Spiegel, menolak dakwaan bahawa beliau membuat keputusan tergesa-gesa berhubung waran tangkap untuk ahli politik Israel dan tiga pemimpin Hamas.

“Jika ayah kamu, ibu kamu, datuk kamu menjadi tebusan, adakah kamu benar-benar mahu saya menunggu? Jika ini anak kamu atau adik perempuan kamu, adakah kamu mahu saya tunggu?” katanya sambil menekankan kepentingan campur tangan undang-undang segera dalam konflik yang berterusan itu.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Rayuan Untuk Menyelamatkan Mangsa Yang Masih Hidup Dan Terperangkap Di Bawah Runtuhan: Utara Gaza

Jumaat , 8-11-2024 – Pertubuhan Pertahanan Awam Palestin (PCDS) melaporkan pada hari Selasa bahawa mereka telah menerima banyak rayuan berkenaan orang yang terperangkap hidup-hidup di bawah runtuhan rumah dan bangunan kediaman yang musnah akibat serangan tentera Israel di Beit Lahia, Gaza utara.

“Kami menerima permohonan segera tentang wukidnya mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan beberapa rumah dan bangunan kediaman yang telah dimusnahkan oleh rejim Israel di kawasan projek Beit Lahia di Utara Gaza,” kata PCDS dalam satu kenyataan.

PCDS menyeru “pertubuhan hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa agar campur tangan segera untuk membenarkan akses pasukan penyelamat bagi menyelamatkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan.”

Ia juga memberi amaran tentang “kesunyian antarabangsa yang berterusan terhadap pencerobohan dan keangkuhan Israel, yang boleh menyebabkan pelaksanaan hukuman mati terhadap warga yang masih hidup tetapi terperangkap di bawah runtuhan rumah mereka yang musnah,” yang disifatkannya sebagai “pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul

Categories
Berita Semasa

Lazzarini: Kanak-kanak Palestin tiada masa depan tanpa UNRWA

Selasa, 05-11-2024 – Keputusan Israel untuk mengharamkan UNRWA akan memutuskan akses kepada pendidikan untuk ratusan ribu kanak-kanak Palestin, meninggalkan mereka terdedah kepada “keputusasaan, kemiskinan, dan radikalisasi”, kata ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin pada hari Ahad.

Amaran itu disampaikan oleh Philippe Lazzarini, Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRWA), selepas Knesset Israel meluluskan dua rang undang-undang yang mengharamkan UNRWA pada hari Isnin. Rang undang-undang pertama menghentikan secara efektif aktiviti agensi tersebut di dalam Israel dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki, manakala rang undang-undang kedua melarang sebarang interaksi antara institusi Israel dengan organisasi itu.

Namun, impak paling segera adalah terhadap pendidikan kanak-kanak Palestin, kata Lazzarini dalam satu hantaran di X. “Sehingga Oktober tahun lalu, UNRWA menyediakan pembelajaran kepada lebih 300,000 pelajar lelaki dan perempuan di Gaza, menjadikan mereka separuh daripada jumlah pelajar sekolah di sana. Kini mereka kehilangan tahun kedua pendidikan.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

PPS: Para tahanan di penjara Etzion Israel mengalami situasi kehidupan, kesihatan dan psikologi yang sukar

Isnin , 04-11-2024 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) melaporkan yang para tahanan di pusat tahanan Etzion Israel berada dalam situasi kehidupan dan kesihatan yang sukar.

Persatuan itu berkata, peguamnya melawat pusat tahanan itu minggu lepas, dan mendapati 115 orang tahanan sedang ditahan di Etzion. Mereka mengalami kesukaran akibat polisi tidak adil yang telah berterusan lebih setahun.Ia turut menerangkan yang para tahanan menerima layanan yang tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan. Mereka dipukul dan dihina tanpa sebab, dan tentera-tentera melayan mereka dengan kebencian dan perkauman.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai

Categories
Berita Semasa

Pertahanan Awam Gaza: 100,000 Terperangkap di Gaza Utara

Isnin , 04-11-2024 – Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Basal, berkata bahawa lebih daripada 100,000 rakyat Palestin di kawasan Jabalia, Beit Hanoun, dan Beit Lahia sedang menghadapi pengepungan dan pengeboman oleh Israel.

Beliau menegaskan bahawa pendatang Israel membunuh sesiapa sahaja yang cuba memberikan bantuan kepada penduduk di Gaza Utara, sambil menambah bahawa nasib ramai orang masih tidak diketahui sehingga hari ini kerana pihak penjajah tersebut melaksanakan dasar pembersihan etnik di Gaza Utara.

Basal turut menyatakan bahawa selama 22 hari, tidak ada setitik air atau roti yang masuk ke Gaza Utara, dan beliau mengecam tindakan antarabangsa yang tidak bertindak terhadap apa yang sedang berlaku di Gaza Utara.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Tiada perubahan dalam pendirian Hamas mengenai rundingan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran

Isnin , 04-11-2024 – Osama Hamdan, pemimpin Gerakan Hamas, berkata bahawa sebarang percubaan serius untuk membebaskan tahanan yang ditahan oleh penentangan mesti bermula daripada gencatan senjata.

Dalam ucapan pada petang Khamis, Hamdan mendedahkan bahawa pengantara telah memaklumkan delegasi gerakan itu bahawa terdapat data untuk memajukan rundingan, tetapi delegasi Hamas adalah berdasarkan keputusan konsisten gerakan itu.

Beliau berkata delegasi Hamas telah pergi ke Kaherah untuk mendengar pandangan, tetapi tiada perubahan dalam kedudukan gerakan itu.

Beliau menekankan bahawa “jika pendudukan percaya bahawa ia boleh mencapai keuntungan dalam pembunuhan beramai-ramai dan membunuh, ia adalah khayalan, dan kita tidak akan menjadi pihak yang letih sebelum pendudukan.”

“Pejuang penentangan di utara Gaza berikrar setia kepada mati syahid dan bertekad untuk meneruskan penentangan,” katanya. Pemimpin Hamas itu menegaskan bahawa pembunuhan beramai-ramai di Lubnan dan Palestin mengesahkan sifat entiti ini, yang cuba disembunyikan oleh sesetengah orang.

Beliau menjelaskan bahawa lawatan delegasi Hamas ke Moscow datang dalam rangka usaha untuk menghentikan pencerobohan Israel ke atas Gaza, dan bahawa gerakan itu meminta Rusia, China dan Algeria untuk berusaha menghentikan pencerobohan itu.

Israel meneruskan perang pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza untuk hari ke-384 berturut-turut, di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai yang kejam, pembunuhan, perpindahan paksa dan penangkapan ratusan orang dari utara Semenanjung Gaza.

Sejak subuh pada Khamis, 31 rakyat telah terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, 23 daripadanya di tengah dan selatan kedua-dua jalur Gaza, manakala pendudukan meletupkan 11 rumah di utara Semenanjung Gaza, menyebabkan sebilangan besar syahid dan cedera.

Jumlah pencerobohan tentera Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 42,847 syahid, selain 100,444 cedera, sejak 7 Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza pada Khamis.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh

Categories
Berita Semasa

Hamas Seru Protes ‘Hari Kemarahan’

Isnin , 04-11-2024 – Gerakan Hamas menyeru penduduk Arab, penganut agama Islam serta rakyat di seluruh dunia untuk mengambil bahagian secara besar-besaran dalam protes Friday of Rage for Gaza.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Khamis, Hamas menyeru rakyat
Palestin untuk turun ke jalan raya sebagai protes terhadap pembunuhan beramai-ramai yang
berterusan di utara Semenanjung Gaza.

Ahli Biro Politik Hamas, Hussam Badran menegaskan bahawa Friday of Rage for Gaza adalah
peluang yang sesuai untuk menggesa rejim itu dan sekutunya menghentikan serangan sengit
terhadap penduduk Palestin di utara Semenanjung Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina

Categories
Berita Semasa

Hamas Seru Protes ‘Hari Kemarahan’

Isnin , 28-10-2024 – Gerakan Hamas menyeru penduduk Arab, penganut agama Islam serta rakyat di seluruh dunia untuk mengambil bahagian secara besar-besaran dalam protes Friday of Rage for Gaza.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Khamis, Hamas menyeru rakyat
Palestin untuk turun ke jalan raya sebagai protes terhadap pembunuhan beramai-ramai yang
berterusan di utara Semenanjung Gaza.

Ahli Biro Politik Hamas, Hussam Badran menegaskan bahawa Friday of Rage for Gaza adalah
peluang yang sesuai untuk menggesa rejim itu dan sekutunya menghentikan serangan sengit
terhadap penduduk Palestin di utara Semenanjung Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina

Categories
Berita Semasa

Kesihatan Dunia: 181,000 divaksin polio di Gaza

Jumaat , 25-10-2024 – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Ghebreyesus, berkata lebih daripada 181,000 kanak-kanak telah divaksin dalam fasa kedua kempen vaksinasi polio di Semenanjung Gaza. Ghebreyesus berkata dalam kenyataan yang diterbitkan di platform “X”, pada Khamis, yang dilihat oleh “Agensi Berita Sanad”, bahawa fasa kedua kempen vaksinasi di tengah Semenanjung Gaza bermula pada 14 Oktober, dan berakhir pada Rabu, sambil menambah bahawa 181,429 kanak-kanak telah divaksin dengan vaksin anti-lumpuh.

Pada Isnin, Agensi Bantuan dan Kerja Raya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mengumumkan permulaan pusingan kedua kempen vaksinasi polio di bandar Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza. Pada 12 September, fasa pertama kempen vaksinasi polio di Gaza berakhir, Pemberian vaksin kepada lebih daripada 560,000 kanak-kanak Palestin.

Pertubuhan antarabangsa dan PBB menyeru pendudukan Israel untuk mewujudkan tempoh ketenangan kemanusiaan untuk melaksanakan kempen vaksinasi polio di seluruh Semenanjung Gaza, tetapi yang terakhir tidak mematuhi gencatan senjata ini dan terus mengebom dan mengepungnya, terutamanya di wilayah utara.

Dengan sokongan mutlak AS, tentera pendudukan Israel telah melancarkan sejak 7 Oktober 2023, perang pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan lebih daripada 140,000 syahid Palestin dan cedera, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, dan lebih daripada 10,000 hilang, di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kebuluran yang membunuh berpuluh-puluh kanak-kanak, dalam salah satu bencana kemanusiaan terburuk di dunia.

Tanpa menghiraukan masyarakat antarabangsa, Israel meneruskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, mengabaikan resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk menghentikannya serta-merta dan perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk mengambil langkah-langkah untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai dan untuk memperbaiki keadaan kemanusiaan yang dahsyat di Gaza.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh

Categories
Berita Semasa

Hamas: Dakwaan Israel Terhadap Sekolah Abu Hussein Adalah Pembohongan SistematikUntuk Pembunuhan Beramai-ramai

Jumaat , 25-10-2024 – Gerakan Hamas berkata dakwaan Israel tentang penggunaan Sekolah Abu Hussein untuk tujuan penentangan hanyalah pembohongan sistematik yang bertujuan untuk membenarkan jenayah genosid terhadap penduduk yang dipindahkan.

Tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang kejam pada petang Khamis, di mana 24 rakyat terbunuh dan lebih 150 yang lain cedera, termasuk wanita dan kanak-kanak, selepas mengebom Sekolah Abu Hussein di kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza, yang menempatkan ratusan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Hamas menganggap pembunuhan beramai-ramai Sekolah Abu Hussein sebagai “jenayah pembunuhan beramai-ramai di mana rejim itu perlu memikul tanggungjawab dan akibat sepenuhnya.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Serahkan Notis untuk Merobohkan Empat Bangunan di Barat Al-Khalil

Selasa, 15-10-2024 – Rejim Zionis (IOF) menyerahkan notis perobohan pada Selasa lalu untuk merobohkan empat bangunan timah di bandar Edhna, barat Al-Khalil.

Sumber tempatan berkata bahawa IOF menyerbu kawasan Wadi Risheh dan menyampaikan notis untuk merobohkan empat struktur yang digunakan untuk mengitar semula barang buangan milik keluarga Abu Juhaisheh.

IOF baru-baru ini telah merobohkan lebih daripada sepuluh bangunan di bandar itu sebagai sebahagian daripada dasar hukuman Israel terhadap rakyat Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan: 65% Institusi Kesihatan Di Gaza Tidak LagiBeroperasi.

Selasa, 15-10-2024 – Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa rejim Israel telah menyerang 65% daripada institusi kesihatan di Gaza, dan secara sengaja menghalang ribuan pesakit daripada menerima rawatan perubatan selama setahun penuh akibat genosida Israel.

Laporan ini dikeluarkan sempena memperingati 7 Oktober, iaitu tarikh bermulanya perang pemusnahan oleh Israel terhadap Gaza.

Kenyataan itu menegaskan, “Hampir 65% institusi kesihatan, termasuk hospital kerajaan, swasta, dan kemudahan UNRWA, telah diserang. Baki yang masih beroperasi pula terpaksa berfungsi dalam keadaan sesak dengan kadar penggunaan 300%, terutamanya di unit rawatan rapi dan wad bayi.”

Selain itu, rejim Israel juga memusnahkan infrastruktur, rangkaian kumbahan, dan menghalang kemasukan bahan pencuci serta bahan steril, menyebabkan wabak dan penyakit seperti hepatitis, polio, dan penyakit kulit merebak di kalangan penduduk.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul