
Rabu, 06/06/07 –Timbalan Perdana Menteri Israel, Shaol Mofaz akan berbincang minggu ini mengenai penyambungan semula rundingan damai dengan Syria apabila Amerika Syarikat menampakkan pendirian yang agak linean terhadap Damsyik dalam usaha untuk menjauhkan isu Iran dan Iraq.

Rabu, 06/06/07 –Askar rejim Zionis yang ditempatkan di seberang Karame menghubungkan kawasan yang diduduki di Tebing Barat ke arah Jordan pada Selasa lepas telah menculik Khaled Ulayan, Datuk Bandar perkampungan Deir Al Ghusun di daerah Tulkarm dalam perjalanannya balik dari Jordan menurut isterinya.

Selasa, 05/06/07 –
Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh jurucakap tahanan Palestin di Hebron Isnin lepas menyatakan sejak Mei lalu Israel telah menangkap 69 warga Palestin, 14 diantaranya remaja di bawah umur 18 tahun.

Selasa, 05/06/07 –Kabinet Kecil Israel bagi hal ehwal keselamatan dan politik memutuskan untuk tetap melakukan operasi tentera serta serangan udara ke atas Ghaza, tanpa mengambil keputusan untuk memperluaskan operasi tentera darat.

Selasa, 05/06/07 –Bekas pendeta Yahudi di Israel, Mardakhai Ilyahu menyeru kerajaan supaya melancarkan operasi ketenteraan ke atas Ghaza sambil menganggap “mengganggu penduduk Palestin yang tidak berdosa adalah satu perkara yang sah.

Selasa, 05/06/07 –Hamas mengulangi sekali lagi penegasannya terhadap bedilan roket dari Ghaza ke Israel. Ia adalah “mempertahankan diri dalam menghadapi serangan Israel. Ia sebagai menjawab kenyataan Presiden Mahmoud Abbas yang berkata bahawa bedilan roket tidak akan memberi sebarang faedah.

Selasa, 05/06/07 –18 orang sekurang-kurangnya mati dalam pertempuran yang paling ganas berlaku antara tentera Lubnan dan kumpulan Fatah Islam di perkhemahan rakyat Palestin di Nahrel-Bared, di utara Lubnan.

Selasa, 05/06/07 –
“Suruhanjaya Israel anti roboh rumah†berkata dalam satu kenyataan yang diterima oleh Aljazeera.net hari ini bahawa ia akan mengajukan surat yang bertandatangan kepada PBB meminta supaya melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan Antarabangsa bernombor 252 yang. Ia telahpun dilakukan setelah Hayyul Magharibah runtuh. Resolusi itu menyaran Israel supaya menghentikan kegiatan tersebut serta merta, serta melarang dari melakukan kerja-kerja sampingan untuk tujuan mengubah bentuk Baitul Maqdis.

Selasa, 05/06/07 –Wartawan Aljazeera melaporkan bahawa Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh telah mencalonkan Ghazi Hamad yang memegang jawatan sebagai jurucakap Perdana Menteri bagi menjawat pentadbiran di kementerian dalam negeri dalam kerajaan perpaduan kebangsaan.
Selasa, 05/06/07 –
Dua pegawai Hamas ada memperkatakan mengenai kesetujuan pergerakan itu untuk melaksanakan gencatan senjata sekali lagi dengan Israel.

Selasa, 05/06/07 –
Beberapa sumber Israel menganggarkan kerosakan dan kehancuran rumah dan bangunan di kawasan Yahudi Sedrot (wilayah Palestin jajahan tahun 1948) selama enam bulan terakhir akibat gempuran roket fraksi-fraksi pejuang Palestin mencecah USD20
juta.

Isnin, 04/06/07 – Dr. Ghazi Hamad, jurucakap Perdana Menteri Palestin Ahad lalu mengalu-alukan bantuan kewangan dari UAE dan Norway dan mengatakan ia akan mengurangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk Palestin .

Isnin, 04/06/07 –Pergerakan Hamas telah mencalonkan Ghazai Hamad, jurucakap untuk Perdana Menteri Palestin, untuk menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri berikutan perletakan Hani Al-Qawasmi.

Isnin, 04/06/07 –Ketua Gerakan Islah Jajahan 48, Syeikh Raed Shaleh mengingatkan tentang apa yang disiarkan akhbar Israel akhir-akhir ini tentang pembinaan terowong baru di bawah kota Al-Quds.

Jumaat, 01/06/07 –Pengawal penjara Israel di Negev telah merantai tangan dan kaki tahanan Palestin semasa sesi lawatan keluarga masing-masing dan telah mengurangkan makanan, mengikut surat yang berjaya dikeluarkan daripada tahanan.