
Isnin , 05/10/2009 – Tentera rejim Zionis telah menangkap tujuh warga Palestin di kampung Beit Owa, daerah Al-Khalil pada waktu subuh Ahad lalu, kata Persatuan Tahanan Palestin di bandar Al-Khalil.

Isnin , 05/10/2009 – Tentera rejim Zionis telah menangkap tujuh warga Palestin di kampung Beit Owa, daerah Al-Khalil pada waktu subuh Ahad lalu, kata Persatuan Tahanan Palestin di bandar Al-Khalil.

Jumaat, 02/10/2009 – Pihak Keselamatan Ramallah menyekat penghantaran bekalan ubat yang kini kian meruncing di Semenanjung Gaza pada tahun ini dan mengurangkan jumlahnya kepada separuh, jelas Munir Al-Barsh, Pengarah Farmasi dari Kementerian Kesihatan. Beliau menambah dalam satu kenyataan pada Rabu, bahawa pihak pentadbiran Ramallah sengaja menimbulkan masalah buat pe di Gaza dan menjadi kejam di bawah telunjuk Zionis-Israel. Barsh juga dipetik berkata, Ramallah juga bertanggungjwab bersama rejim Zionis dalam membunuh nyawa rakyat Palestin.

Jumaat, 02/10/2009 – Pihak pengurusan Facebook, laman web rangkaian sosial terbesar telah membatalkan/menolak akaun Mohammed Nazzal, ahli biro politik Gerakan Hamas, beberapa minggu selepas akaunnya dicipta oleh sukarelawan.

Jumaat, 02/10/2009 – Pada tahun ini sebagaimana biasa semenjak dua tahun berturut-turut, Pusat Media Palestin (PMP) menyertai Pameran Media Digital Ke 3 yang dianjurkan di ibunegara Iran, Tehran bermula pada hari Khamis (1/10) dan berlanjutan selama 10 hari.

Jumaat, 02/10/2009 – Pegawai senior Hamas, Ismail Radwan Rabu lalu berkata kerajaan penceroboh Israel tidak mempunyai pilihan lain kecuali berurusan dengan penculik askar Israel, Gilad Shalit dan bersetuju dengan tuntutan mereka mengenai kesepakatan pertukaran tahanan.

Khamis, 01/10/2009 – Jawatankuasa Anti Sekatan Gaza menyambut kedatangan bantuan konvoi dari Eropah yang diberi name “Miles of Smiles” yang membawa maksud Senyuman Yang Berpanjangan yang berlayar dari Pelabuhan Hamburg, Jerman ke Pelabuhan Said, Mesir.

Khamis, 01/10/2009 – Menteri Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Selasa telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap militan Abbas atas tuduhan menculik, bekas tahanan politik yang juga jurucakap Hamas, Abdelbasit Al-Haj di Jenin, hanya beberapa hari selepas beliau dikeluarkan dari penjara Israel. Kementerian tersebut menyatakan Al-Haj telah ditahan di penjara Israel selama Sembilan tahun, tanpa dikenakan sebarang hukuman atau jaminan. Abang beliau telah terkorban lapan bulan lalu ketika dalam tahanan Pihak Keselamatan selepas beliau diseksa oleh pihak militant Abbas.

Khamis, 01/10/2009 – Ezzat al-Rishq, anggota Biro Politik HAMAS mendedahkan bahawa para pegawai Mesir telah mencadangkan beberapa tarikh berhubung pemeteraian perjanjian perdamaian Palestin pada bulan hadapan. Beliau menganggap bahawa jaminan paling besar bagi meneruskan plan perdamaian ialah dengan memberhentikan segala tindakan General Dayton yang melatih militia Abbas di Tebing Barat berdasarkan pegangan keselamatannya yang menganggap regim Zionis sebagai jiran yang baik dan gerakan HAMAS sebagai musuh.

Khamis, 01/10/2009 – Dr Sami Abu Zuhri selaku jurucakap Hamas berkata semua pilihan dibuka sebelum pergerakan itu melindungi rakyat Palestin dan tempat-tempat suci mereka.

Khamis, 01/10/2009 – Ketua Biro Politik HAMAS, Khalid Mesh’al berkata: “Plan Mesir mendorong semua fraksi Palestin menerimanya sebagai dasar bagi merealisasikan perdamaian.” Beliau juga mengatakan bahawa respon mereka adalah berdasarkan semangat seruan kepada reformasi sehingga mereka mampu menangani isu-isu yang diperselisihkan dengan pergerakan Fatah.

Rabu, 30/09/2009 – Pegawai Tertinggi Hamas dan pengubal undang-undang , Mushir Al-Masri berkata pada hari Ahad bahawa sebarang tindakan pencerobohan ke atas Masjid Aqsa akan menyemarakkan perjuangan penentangan yang akan meningkat 2 kali ganda.

Rabu, 30/09/2009 – Dr Mahmoud Al-Zahhar, anggota biro politik Hamas mengatakan bahawa pergerakannya memandang positif cadangan Mesir untuk menamatkan konflik dalaman Palestin.

Rabu, 30/09/2009 – Dalam satu kenyataan media kepada Pusat Informasi Palestin ( PIC ), Dr. Abdelsattar Qassem, seorang profesor sains politik di Universiti Al-Najah, Nablus, menyatakan pada Isnin bahawa Israel menarik balik serangan terhadap Masjidil Aqsa kerana bimbang akan kebangkitan yang dahsyat dari dunia Arab dan umat Islam seluruh dunia. “ Akan muncul saat mereka menghampiri cita-cita mereka, tetapi adakah mereka akan berjaya jua akhirnya?, kita tunggu dan lihat”, tambah beliau.

Rabu, 30/09/2009 – Jurucakap HAMAS di Gaza, Abdullatif Qani menegaskan peringatan intifadah tahun ke-9 yang berlangsung pada 28/9/09 lalu merupakan babak memperbaharu baiat seluruh mujahidin dan rakyat Palestin dalam usaha meneruskan jihad dan membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis-Israel. Dalam kenyataannya, Qanu menegaskan fasa baru perjuangan seluruh rakyat Palestin adalah meneruskan jihad dan penentangan, membebaskan Palestin, melindungi al-Aqsa dan membebaskan seluruh tawanan Palestin di penjara Israel.

Isnin, 28/09/2009 – Hizbullah di Lebanon mengutuk serangan keji yang dilakukan oleh penduduk dan polis Israel di Masjid al-Aqsa pada hari Ahad pagi (27/9/09) sebagai penghinaan besar kepada negara-negara Arab dan Islam.