
Khamis, 24/05/07 –
Ayman Thaha, Jurucakap Pergerakan Hamas mengingatkan Israel bahawa mereka akan menerima padah sekiranya berani membunuh pemimpin Hamas. “Pembunuhan terhadap Haniya dan Khalid Misyal akan mendatangkan akibat sangat buruk terhadap Israel†tegasnya. Beliau menambahkan, Hamas tidak terikat dengan tokoh tertentu, namun pembunuhan terhadap pemimpin pergerakan itu akan memberi akibat yang buruk buat mereka.

Khamis, 24/05/07 –
Pemimpin tertinggi Hamas, Khaled Mishaal Selasa lalu berbincang dengan Menteri Luar Syria, Walid Al-Moalim mengenai peningkatan serangan Israel ke atas rakyat Palestin. Mereka bertukar-tukar pendapat mengenai situasi tersebut dan berbincang mengenai sekatan berterusan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sejak setahun yang lalu.

Khamis, 24/05/07 –
Akhbar Times telah mendedahkan mengenai perjanjian empat juta dolar antara kumpulan BG (milik Gas Britain dahulunya) dengan Israel bagi menyalurkan gas asli Palestin yang ditemui oleh kumpulan tersebut pada tahun 2000 berhampiran dengan pantai Ghaza. Simpanannya dianggarkan sebanyak trillion meter persegi.
Khamis, 24/05/07 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh telah menghubungi dalam perbualan telefon dengan Presiden Lubnan, Emil Luhud, Speaker Parlimen, Nabih Barri dan rakan sejawatnya, Fouad Siniora bagi menyelesaikan konflik Perkhemahan Sungai Al Barid, di utara Lubnan.

Khamis, 24/05/07 –Ahli politik kanan dan jurucakap Hamas di blok parlimen dalam PLC Dr. Salah Al-Bardaweel telah mengkritik apa yang dinyatakan sebagai “kemungkiran janji gencatan senjata†yang dilakukan oleh kumpulan kecil dari Fatah.
Rabu, 23/05/07 –
Hamas mengutuk penyertaan Israel dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Jordan yang berakhir Ahad lalu dan menganggapnya sebagai satu langkah daripada siri cubaan kumulatif rejim Arab ke arah memulihkan hubungan dengan kerajaan Israel, menurut jurucakap Hamas di Tebing Barat.

Rabu, 23/05/07 –Askar-askar rejim Zionis yang berpangkalan di Tebing Barat dan bersempadan dengan Jordan pada Isnin lepas telah menahan seorang pesakit Palestin yang kembali ke rumahnya di Tulkarm selepas menerima rawatan di Eropah akibat kecederaan yang dilakukan oleh mereka. Saudara-mara Omar Kamal Abu Nima, 21, berkata dia mengalami kecederaan teruk selepas serangan peluru rejim Zionis di kem pelarian Tulkarm kira-kira setahun yang lalu. Peluru-peluru rejim Zionis menembusi belakang, perut dan kakinya, menurut mereka.
Rabu, 23/05/07 –Perdana Menteri Palestin menggesa rakyat Palestin supaya bertahan dan bersatu di dalam keadaan seperti ini. Haniyeh mengucapkan takziah kepada para syuhada’ dalam serangan Israel serta menyeru rakyat supaya bertahan untuk menghadapi serangan Israel. Katanya,â€darah para syuhada’ ini akan dituntut belaâ€.

Selasa, 22/05/07 –
Hari ini, Forum Ekonomi Antarabangsa yang berlangsung di Laut Mati, di Jordan menyaksikan hari terakhir perbincangan Arab-Israel yang hangat dalam satu forum menjurus ke arah konflik Timur Tengah.

Selasa, 22/05/07 –
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Afi Dikhter berkata kepada radio tentera penceroboh itu bahawa Israel akan membunuh Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshal.
Selasa, 22/05/07 –
Tajuk utama akhbar Israel pada hari ini, Isnin adalah Amerika telah memberikan lampu hijau kepada Israel supaya menerima seruan Syria untuk meneruskan rundingan damai, memberi amaran mengenai pembekalan senjata kepada Fatah di samping pengerahan tentera Arab di Ghaza

Selasa, 22/05/07 –
Pemimpin tertinggi Hamas, Khaled Mishaal menghubungi Perdana Menteri Lubnan, Fuad Seniora dan pemimpin Arab lain melalui perbualan telefon agar menyediakan kem baru untuk pelarian Palestin bagi menggantikan Kem Pelarian Naher Al-Bared di utara Lubnan. Menurut kenyataan media Hamas, Seniora memberikan respon positif terhadap panggilan telefon Mishaal dan berjanji untuk melindungi nyawa rakyat Palestin dan rakyat Lubnan.

Selasa, 22/05/07 –
Isnin lalu, Ismail Haneyya menegaskan bahawa rakyat Palestin berhak untuk merampas kembali tanah yang telah di ceroboh oleh pihak Zionis sambil berpendapat penentangan merupakan jalan terbaik.

Selasa, 22/05/07 –
Sebiji peluru berpandu rejim Zionis telah memusnahkan kilang simen di bandaraya Gaza sebelum subuh hari Isnin dan mengorbankan seorang orang awam Palestin dan meratakan pokok-pokok di situ, sumber masyarakat tempatan di situ.
![]()
Selasa, 22/05/07 –
Masyarakat Nafha yang cuba mempertahankan hak-hak tawanan-tawanan Palestin dalam penjara Israel telah menuduh kuasa penempatan Israel (IOA) menyumbang kepada kemerosotan yang pantas terhadap kesihatan tawanan wanita Palestin Faten Daraghma dalam penjara Hasharon .