Ini bukan kisah analisis irama Black Metal atau kisah reformasi ttp Maszlee Malik cuba menyingkap akan sejarah yang telah melenyapkan negara Palestin dari Atlas dunia. Ia lebih teruk daripada tsunami yang juga telah mengubah peta dunia kerana bencana demi bencana berlaku di tanah di mana Baitul Muqaddis , tempat suci ke-3 umat Islam yang seolah2 sepi dari pandangan umat Islam sedunia. Mari kita bersengkang mata membaca kisah malapetaka ini …
Selasa , 17/05/2005 –Sumber keselamatan Israel pada hari Isnin memperbaharui amaran terhadap erangan-serangan teroris yang mendatang terhadap Masjid Aqsa yang mulia di jajahan Jerusalem oleh fanatik-fanatik Yahudi.
Selasa , 17/05/2005 –Seramai 35% Yahudi, termasuk 10% lelaki dan 25% wanita, telah mengalami tekanan jiwa yang teruk,pisikitari Hebrew melaporkan.
Selasa , 17/05/2005 –Pergerakan pembebasan Islam Hamas, mengeluarkan kenyataan pada hari Ahad dalam mengingati ulang tahun ke 57 Nakba Palestin atau bencana menegaskan bahawa penjajahan tetap penjajahan walau bagaimana pun masa telah berlalu.
Selasa , 17/05/2005 –Dalam keluaran Ahad, 15 Mei, akhbar harian Hebrew, Ha’aretz, mendedahkan ketakutan yang tinggi dan kebimbangan yang dialami oleh kerajaan Israel setelah kemenangan yang tidak dijangkakan oleh gerakan pembebasan Islam, Hamas, dalam pusingan pertama dan kedua pilihanraya tempatan.
Selasa , 17/05/2005 –2 pemuda Palestin dari Abud, barat Ramallah mengalami kecederaan yang serius akibat tembakan tentera Zionis-Israel yang membabi buta di penempatan Jalmiesh Yahudi.
Selasa , 17/05/2005 –Pihak berkuasa Rejim Zionis semalam telah menghalang bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Muhammad utk melawat dan bersolat
di masjid Aqsa.
Isnin , 16/05/2005 –
Seorang kanak2 cedera parah ditembak rejim Zionis petang semalam di barat Khan Younis selatan Jalur Gaza, saksi berkata.
Isnin , 16/05/2005 –Mufti Besar Palestin dan Jerusalem, Syeikh Ekrema Sabri menyeru rakyat Palestin agar tidak menerima sebarang pampasan terhadap tanah mereka.
Jumaat , 13/05/2005 –Jumaat , 13/05/2005 –Pimpinan Fath di Beit Lahm telah mengadakan mesyuarat “retreat” mereka masuk hari kedua di salah sebuah hotel di sini untuk mengkaji sebab-sebab kekalahan mereka di kawasan majoriti Kristian itu di tangan HAMAS. Lima dari tujuh kerusi yang disediakan untuk kawasan majoriti Kristian itu telah dimenangi oleh HAMAS dengan majoriti yang besar.
Satu persidangan “Hak untuk Kembali Rakyat Palestin” telah berlangsung di Vienna, Austria pada 7 May 2005 yang lalu. Pelbagai lapisan fahaman manusia berkerumun ke sana dengan satu matlamat iaitu mengembalikan hak rakyat Palestin iaitu tanah mereka yang sekian lama dijajah rejim Zionis yang berselindung di sebalik wajah ‘manis’ Amerika. Sebagai umat Islam isu Palestin juga perlu diberi keutamaan yang sewajarnya kerana di sana jugalah terletaknya kiblat pertama kita iaitu Baitul Muqaddis yang sekarang menjadi sasaran utama puak pelampau Yahudi untuk di jadikan kuil sembahan mereka. Wartawan Palestinkini , Maszlee Malik mempunyai butiran lanjut …
Khamis , 12/05/2005 –Shaol Mofaz, menteri pertahanan rejim Zionis menafikan dakwaan Menteri Luar Negerinya, Slefan Shalom bahawa rejim tersebut akan membatalkan pengundurannya dari Gaza jika HAMAS memenangi pilihanraya legaslatif pada Julai 2005 nanti.
Khamis , 12/05/2005 –Editorial harian Israel Haaretz, mengajak PM Israel, Ariel Sharon untuk mengakui kekuatan politik gerakan Hamas setelah gerakan ini memenangi undian yang banyak dalam pilihanraya peringkat bandar.
Khamis , 12/05/2005 –Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin (PA) hari ini telah mengutuk negara-negara Arab yang membisu terhadap ancaman ekstrimis Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa. Ancaman yang berlaku sebanyak dua kali dalam masa dua bulan (April dan Mei) adalah sebagai protes terhadap usaha pengunduran rejim Zionis Israel dari Gaza.
Di kala lensa kamera di Malaysia begitu bernafsu menghala ke tubuh gebu para artis dan pelakon yang seperti tidak mampu membeli baju yang menutup tubuh, lensa kamera hamba Allah ini menghala ke jasad lemah rakyat Palestin di mamah peluru gila rejim Zionis. Siapakah insan ini ? Mengapa beliau tidak menggunakan kemahirannya untuk memburu para artis dan pelakon seperti di Malaysia yang seperti tidak ada modal lain untuk meraih populariti selain rupa cantik dan mencipta kontroversi murahan. Siapakah insan istimewa ini ? Wartawan Palestinkini, Maszlee Malek sempat bertemu dan mencungkil latar belakang beliau …