Habib: “Kemelut dalaman Gaza satu hadiah percuma kepada rejim Zionis”


Selasa , 03/10/06 –
Khader Habib, ketua pergerakan Jihad Islami, Isnin lalu mengatakan bahawa kemelut dalaman di Semenanjung Gaza adalah sebagai ‘hadiah percuma’ kepada tentera rejim Zionis dalam usaha mereka untuk memecah-belahkan rakyat Palestin dan mencetuskan perang saudara.

PANAS !! 2 maut dalam pertempuran ahli HAMAS dan FATAH


Selasa , 03/10/06 –Sumber perubatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan pada malam Isnin, 2 orang rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 tercedera, manakala 3 daripadanya cedera parah akibat pergaduhan di antara penembak Fatah dan ahli-ahli kumpulan Pasukan Eksekutif Hamas.

Presiden Perancis – Strategi Baru Seantero Dunia Di Perlukan.


Isnin , 02/10/06 –
Kesal dengan konflik di Timur Tengah yang telah menjadi tempat gempa meletus daripada ketidakstabilan sejagat, Presiden Perancis, Jacque Chirac memberitahu pemimpin-pemimpin dunia di Perhimpunan Umum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa telah sampai masanya untuk `melangkah keluar dari tabiat jejak memukul’ dan berikhtiar untuk mengatur strategi secara global demi penyelesaian Israel-rakyat Palestin.

Menteri Israel: “Israel patut punuh Nasrallah”


Isnin , 02/10/06 –
Menteri Infrastruktur Israel, Benjamin Ben-Eliezer berkata pada Sabtu lalu bahawa Israel mesti membunuh ketua Hizbullah Sheik Hassan Nasrallah, pada setiap peluang yang ada “tanpa menyebabkan kematian” di kalangan penduduk awam Lubnan atau masyarakat sekeliling.

Israel Larang Umat Islam Solat Jumaat di Al-Quds


Isnin , 02/10/06 –Kerajaan regim Israel menggunakan alasan keamanan untuk menghalang rakyat Palestin dari memasuki al-Quds untuk melaksanakan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa, pada Jumaat pertama bulan Ramadhan ini.

Seorang penduduk meninggal dunia akibat kecederaan semasa pergelutan minggu lalu


Isnin , 02/10/06 –Sumber perubatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan pada pagi Khamis (28/09/06), seorang penduduk meninggal dunia akibat daripada kecederaan yang di alami pada 22 September lalu semasa pertengkaran di antara ahli-ahli Komiti Eksekutif dan pejuang Pasukan Al-Aqsa, sayap ketenteraan Fatah.

Pencerobohan tentera rejim Zionis di bandar Qabatia


Jumaat , 29/09/06 –
Sekumpulan besar tentera rejim Zionis telah menangkap 8 penduduk tempatan dan mencederakan 2 orang lagi penduduk ketika pencerobohon mereka terhadap bandar Qabatia di selatan kota West Bank di Jenin pada hari Rabu pagi (27/09/2006).

Pihak polis Palestin tunjuk perasaan di Gaza, tuntut diberi gaji


Jumaat , 29/09/06 –
Semalam (Khamis), beratus-ratus polis dan para pegawai keselamatan mengadakan tunjuk perasaan di Semenanjung Gaza dan menyekat kesemua laluan menghala ke Bandar Gaza dengan menggunakan tong sampah dan tayar-tayar, menuntut agar gaji yang sudah berbulan tidak diterima diberikan kepada mereka.

Remaja perempuan mati akibat serangan rejim Zionis


Jumaat , 29/09/06 –Kapal terbang perang rejim Zionis telah mengebom dan memusnahkan sebuah rumah di Semenanjung Gaza mengakibatkan kematian seorang remaja perempuan dan mencederakan sepuluh yang lain.

PANAS!! TPM Palestin dibebaskan, tidak dibenar masuk Ramallah


Khamis , 28/09/06 –
Timbalan Perdana Menteri Palestin, Nasser Ed-Deen Al Sha’er telah dibebaskan semalam selepas Mahkamah Israel Petah Tikva mengarahkan pembebasan beliau. Namun begitu, Al Sha’er tidak dibenarkan untuk memasuki Ramallah, yang merupakan pusat kepada pejabat-pejabat kerajaan Palestin, dan dilarang meninggalkan kawasan Palestin sehingga 15 Oktober ini.

Rejim Zionis menceroboh kem pelarian Balata di Nablus dan menawan 3 penduduk.


Khamis , 28/09/06 –
Pada hari keempat seterusnya, tentera rejim Zionis telah meneruskan pencerobohan ketenteraannya di bandar Nablus di Tebing Barat pada pagi rabu di kem Balata dekat Bandar Nablus. Seramai 3 orang penduduk telah di tawan.

Hamas Nafi Provokasi Rice


Khamis , 28/09/06 –
Gerakan pejuang Hamas Selasa (26/9) menolak pernyataan Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice yang menyebutkan bahawa telah berlaku perpecahan dalam Hamas. Pernyataan tersebut merupakan provokasi pihak Amerika terhadap rakyat Palestin yang pasti tidak akan berjaya.

Seorang kanak-kanak terbunuh, 14 orang awam tercedera


Khamis , 28/09/06 –
Sumber perubatan Palestin di Rafah, di bahagian selatan Semenanjung Gaza melaporkan seorang kanak-kanak terbunuh dan sekurang-kurangnya 14 penduduk tercedera pada satu serangan udara tentera Israel, yang membuat sasaran ke arah rumah-rumah penduduk Palestin di Rafah, di bahagian selatan Semenanjung Gaza.

Wawancara Eksklusif Bersama Ghazi Hamad, jurucakap media Hamas


Ikuti perincian wawancara yang di lakukan oleh Saed Bannoura & Ghassan Bannoura dari Middle East Media Center dan telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh shahnick146

Utusan PBB : “Tindakan Israel di Gaza boleh dianggap sebagai pembersihan etnik”


Rabu , 27/09/06 –
Utusan khas untuk PBB ke kawasan Palestin yang diduduki, John Dugard (gambar) berkata pada Selasa lalu bahawa tindakan dan serangan Israel di Semenanjung Gaza boleh dikategorikan sebagai pembersihan etnik, berikutan tindakan pihak tentera rejim Zionis menutup Semenanjung Gaza dan membuatkan kehidupan di sana tragis dan sukar.