
Rabu, 04/07/07 –Ahli Parlimen Palestin, Mushir Al-Masri, juga setiausaha perubahan dan penyusunan semula blok parlimen mengkritik Presiden Palestin, Mahmoud Abbas atas keperluan penggunaan askar-askar antarabangsa di Gaza, yang kini menyaksikan kestabilan keselamatan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Masri mengaggap Abbas yang membuat panggilan daripada Paris sebagai percubaan untuk menggerakkan Barat bagi membantu usaha Palestin dan Arab melaksanakan dialog di antara Fatah dan Hamas, dan menggambarkannya sebagai “tikaman terhadap usaha-usaha Palestin dan Arab.”

Selasa, 03/07/07 –Yakinlah bahwa Arafat sudah menyiapkan hari-hari akhirnya. Namun biarkan kami mencegahnya sesuai dengan cara kami dan bukan dengan cara anda? ini di antara isi surat Dahlan kepada Movaz, Menteri Pertahanan Israel.

Selasa, 03/07/07 –Tentera Zionis menyamar sebagai orang awam dan membunuh Mohammed Omar Abul Haija, 24, ahli AMD sayap perjuangan Fatah di Jenin.

Selasa, 03/07/07 –Khalil Abu Laila, pemimpin politik Hamas di Semenanjung Gaza, pada Ahad lalu memberitahu Israel kini sedang melalui satu krisis akibat serangan penentangan rakyat Palestin yang berterusan terhadapnya.

Jumaat, 29/06/07 –Ayman Taha, salah seorang daripada pemimpin politik Hamas di Tebing Gaza telah menafikan laporan media yang menyatakan Pergerakannya bersedia untuk menerima pembentukan kerajaan campuran baru yang diketuai oleh pemimpin bebas sebagai jalan keluar kepada krisis politik yang dihadapi oleh rakyat Palestin sekarang.

Jumaat, 29/06/07 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri Kerajaan Sementara Palestin telah memberi jaminan perlindungan penuh kepada penduduk Kristian Palestin di Gaza dan menyatakan orang-orang Kristian Palestin adalah sebahagian struktur sosial penduduk Palestin yang tulen. Pengesahan Haneyya hadir semasa beliau menerima kunjungan Manuel Musallam, paderi Gereja Latin Semenanjung Gaza di pejabatnya dan menekankan kepentingan peranan penduduk Kristian Palestin dalam mempertahankan isu penduduk Palestin.

Jumaat, 29/06/07 –Perdana Menteri negara haram Israel sedang menghadapi tekanan hebat dari rakyatnya untuk meneruskan rundingan pembebasan Gilad Shalit yang masih dalam tahanan di Gaza selama setahun.

Khamis, 28/06/07 –Komandan Brigade al Aqsa, sayap militan gerakan Fatah, di Tebing Barat,
Zakaria Zubaidi mengumumkan pembubaran Brigade al Aqsa dan menyerahkan senjata
mereka ke pihak keselamatan presiden yang dipimpin Mahmud Abbas dan menghentikan
tindakannya melawan penjajah Zionis Israel.

Khamis, 28/06/07 –
Ulama tersohor, Syeikh Yusuf Qardhawi menyampaikan seruan kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas (Abu Mazen) yang meminta presiden Palestin itu untuk mengadakan dialog dengan Hamas dalam rangka menyelesaikan krisis yang sedang melanda negeri para syuhada itu.

Rabu, 27/06/07 –Dr. Ghazi Hamad, jurucakap kepada kerajaan sementara Palestin, melahirkan rasa pesimis diatas hasil mesyuarat Sharm Al-Sheikh diantara Mahmoud Abbas, pemimpin Israel, Mesir dan Jordan.

Rabu, 27/06/07 –Dr. Khalil Abu Laila, pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza telah menyatakan bahawa tujuan utama sidang kemuncak kuartet di Sharm Al-Sheikh diadakan adalah untuk mengkaji cara-cara bagi menghapuskan Hamas dan memberikan sokongan Presiden Palestin Mahmoud Abbas dengan pelbagai cara.

Selasa, 26/06/07 –Qassam Brigades, sayap bersenjata pergerakan Hamas , pada hari Isnin menyiarkan satu rakaman anggota tentera yang ditangkap Gilad Shalit ,
supaya meminta kerajaan Israel menerima tawaran HAMAS bagi membebaskan rakyat Palestin yang ditangkap sebagai balasan terhadapnya pembebasannya.

Selasa, 26/06/07 –Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh menegaskan pentingnya dialog antara dua gerakan, Hamas dan Fatah sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan perselisihan dan mendapat persetujuan bersama. Keduanya perlu berdialog dalam rangka memberikan
komitmen penuh kepada kesepakatan Mekah sebagai kewajipan kepada kedua-dua belah pihak tanpa prasyarat demi kepentingan bangsa Palestin dan isu Palestin secara adil.

Sabtu, 23/06/07 –Bekas perdana menteri Israel, Jeneral Ehud Barak hari ini memulakan tugasnya yang baru sebagai Menteri Pertahanan Israel dalam rombakan dari kabinet. Barak mengangkat sumpah malam semalam selepas menang dengan mendapat 46 undian di kalangan angota Knesset.

Sabtu, 23/06/07 –Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menuduh Hamas merancang untuk menguasai Semenanjung Ghaza. Beliau mengumumkan keengganannya untuk melakukan sebarang rundingan dengan pertubuhan itu yang menganggap keenganannya itu adalah untuk lari dari menghadapi kenyataan.