Yaman seru pertahankan, beri amaran ancaman bahaya terhadap Masjid Al-Aqsa

Khamis ,24/08/2006 –
Dr. Ahmed Al-Asbahi, Ahli Majlis Syura Yaman, telah menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi negaranya kepada rakyat Palestin yang mempertahankan tanah air mereka, serta memberi amaran tentang bahaya tindakan gerakan ekstrimis Israel terhadap Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Israel membeli 2 kapal selam dari Jerman

Khamis ,24/08/2006 –
Jerusalem Post melaporkan bahawa Jerman menjual 2 kapal selam tenteranya (Dolphin) yang berupaya melepaskan peluru berpandu nuclear dari Israel.

Tamimi beri taklimat isu pencabulan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa kepada Menteri

Khamis ,24/08/2006 – Sheikh Tayseer Al-Tamimi, Kadi Besar Palestin, Isnin lepas, memberikan taklimat kepada Menteri Wakaf Mesir, Mahmoud Zakzok tentang tindakan pihak penceroboh Israel yang berterusan melakukan onar untuk meng-yahudi-kan bandar suci tersebut dan memisahkannya dari kawasan penduduk Palestin.

Suasana Muram di Dewan Parlimen Palestin

Ahli Parlimen Palestin duduk bersama potret rakan sejawat yang telah dipenjarakan rejim Zionis semasa menghadiri sessi khas Kounsil Legaslatif Palestin
di Tebing Barat, Ramallah pada Selasa , 22 Ogos 2006.

Majlis Memperingati Isra’ Mi’raj di Masjid Aqsa

Rabu ,23/08/2006 –
Lembaga Waqaf Tempat Suci Islam di Palestin mengadakan program Peringatan Isra’ dan Mi’raj selepas zohor, Isnin (21/8) bagi memperingati peristiwa besar dalam Islam dan mengingatkan kaum muslimin akan tugas dan tanggungjawab mereka menyelamatkan al-Aqsa dari cengkaman musuh Israel.

Hizbullah enggan berundur dari kubu kuat

Rabu ,23/08/2006 – Ketua Kumpulan Hizbullah menyatakan keengganan untuk berundur dari kubu kuat mereka selagi tentera Lubnan tidak menguatkan pertahanan mereka di negara itu. Di dalam temubual bersama stesyen TV Al-Jazeera, Sheikh Naeem Qasim menyatakan bahawa Hizbullah akan terus bertahan dan sentiasa di dalam berjaga-jaga sehingga mereka pasti tentang keupayaan askar gantian berupaya mengawal kekejaman Zionis di Lebanon. Dalam masa yang sama Hizbullah akan membantu askar Lebanon dalam mempertahankan Lebanon dari serangan Israel

Berakhirnya dogeng si Jalut!

oleh : Maszlee Malik

Rakyat Zionis sentiasa menggambarkan diri mereka seumpama Daud yang berhadapan dengan Jalut di zaman pra-peperangan Jun 1967. Mereka adalah Daud, kerana mereka sebuah entiti yang kecil yang dikelilingi oleh Jalut-Jalut yang ramai, iaitu negara-negara Arab. Selepas peperangan Jun 1967 mereka merasakan bahawa mereka tidak akan dapat dikalahkan lagi oleh Jalut-Jalut tersebut. Walaupun mereka pernah dikalahkan oleh Mesir dan Syria lewat peperangan Yom Kippur 1973, namun selepas itu mereka terus bangkit. Keupayaan mereka mengikat pemimpin-pemimpin Arab untuk tunduk dan mengikut arahan mereka di atas nama “perjanjian damai” telah memberikan mereka ruang untuk bernafas. Bermula dengan Anwar Sadat, dan diikuti oleh para pemimpin-pemimpin lain yang akhirnya terpaksa memperakui “tatbi'” (neutralisasi), akhirnya rejim Zionis berupaya membentuk ruang keselesaaan untuk entiti haram “Israel” meneruskan survivalnya. Selepas berjaya menundukkan PLO yang merupakan “pengacau” utama mereka dahulu, rejim Zionis pasca Oslo telah berubah menjadi “Jalut” pula di rantau Asia Barat.

Resolusi 1701 PBB : Lagi Resolusi Memihak Israel, Terus Melemah Umat Islam

oleh : Ustaz Ir. Haji Abdul Halim Abdullah
Ketua Biro Dakwah ISMA Pusat

Demikian tamatnya sekali lagi sandiwara Israel dan Barat, musuh-musuh Allah dengan tercapainya Resolusi 1701 semalam (12 Ogos 2006) sebulan setelah Israel menimpakan kerugian 1100 nyawa yang terkorban, sepertiganya kanak-kanak dan berbilion dollar kemusnahan hartabenda ke atas Lubnan dan tentera Hizbullah mesti melucutkan senjata mereka demi menjamin keamanan dan kelangsungan penjajahan Israel ke atas umat Islam di tanah-tanah Arab. Resolusi sedikitpun tidak meminta Israel mambayar ganti rugi kerosakan Lubnan, sebaliknya “(Resolusi 1701) Masyarakat antarabangsa diminta bertindak segera untuk menghulurkan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada rakyat Lebanon, termasuk dana bagi membantu puluhan ribu pelarian kembali ke kampung halaman” .

Tahanan wanita Palestin di penjara Israel menderita

Selasa ,22/08/2006 –
Wanita Palestin yang ditangkap di penjara penempatan Israel menderita dengan penderaan yang menghinakan dan menjatuhkan maruah, sekatan menerima pelawat dan disumbat di sel yang sempit, demikian menurut keterangan mereka kepada peguam Nazih Abul Teen dari Mandela Istitution yang menguruskan perihal tahanan Palestin.

Rejim Zionis Culik Tiga Lagi Wanita Palestin

Selasa ,22/08/2006 –
Pasukan penjajah Zionis Israel, Ahad (20/08) menculik 3
wanita Palestin setelah menyerbu rumah-rumah mereka di kem pelarian al Galzun di bahagian utara kota Ramallah, Tebing Barat. Sumber tempatan di Ramallah menyebutkan, 5 kenderaan militan Zionis
Israel yang dikawal 30 tentera menyerbu kem pelarian pada pukul dua pagi. Mereka terus menyerbu beberapa rumah dan menangkap 3 wanita Palestin.

Lagi Menteri Kabinet Palestin di Culik Rejim Zionis.

Selasa ,22/08/2006 –
Rejim Zionis Ahad lalu (20/08/06), telah menculik Dr Mahmoud Al-Ramahi, Kounsil Legaslatif Palestin di rumahnya di Al-Beireh , Timur Ramallah.

Video Sheik Muhammad Ali: Yahudi percaya hadis Nabi dan tanam pokok Gharqad

Selasa ,22/08/2006 –
Sheik Muhammad Ali, Timbalan Ketua Kesatuan Ulamak Palestin, bercakap tentang hadis Nabi Muhammad s.a.w “Hari kiamat akan datang hanya bila orang-orang Islam menentang orang-orang Yahudi, dan orang-orang Islam mahu membunuh orang-orang Yahudi, dan batu dan tanah akan bercakap “Wahai orang-orang Islam hamba Allah, terdapat orang Yahudi di sini” … “terdapat orang yahudi di belakang ku, datang dan bunuhlah mereka”, kecuali pokok Ghargad”

Klik link untuk video ini

Video Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti sokong musnahkan target Amerika dan Israel

Selasa ,22/08/2006 –
Ini adalah video Ulamak Syria Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti yang ditayangkan di Al-Manar TV. Beliau bercakap mengenai peperangan yang berlaku di Lubnan baru-baru ini dan menyokong tindakan untuk memusnahkan kepentingan orang Amerika dan sekutunya di merata dunia dengan syarat ia tidak melibatkan kematian orang-orang yang tidak bersalah.

Klik link ini untuk lihat video

Kementerian Penerangan Palestin Ingatkan Bahaya Terhadap al-Aqsa

Isnin ,21/08/2006 –
Kementerian Penerangan Palestin hari ini (Ahad 20/8) mengingatkan kaum muslimin tentang bahaya bertimpa terhadap Masjid al-Aqsa dari pihak penjajah Israel. Kementerian ini menegaskan, pemerintah Israel
harus bertanggungjawab atas tindakan bodoh tersebut.

Rakyat ‘Israel’ Minta Olmert Letak Jawatan

Isnin ,21/08/2006 –
Sekitar seratus orang ‘Israel’ ikut serta dalam tunjuk
perasaan di Tel Aviv, Khamis (17/8). Para peserta demonstrasi meminta PM Ehud Olmert meletak jawatan kerana dinilai menyerah diri kepada pejuang Lubnan setelah gerakan militan ke Lubnan yang berlangsung selama sebulan.