
Tebing Barat, Jumaat, 22/10/2004,
Rejim Zionis semalam telah menghalau lebih 26 keluarga Palestin di Tebing Barat selepas meletupkan bangunan.

Jenin, Khamis, 21/10/2004 Para pejuang Palestin berjaya membunuh seorang tentera Israel di dalam pos tentera dekat penempatan Mavu Dutan, Jenin tengah.

Khamis , 21/10/2004 – Timbalan PM kerajaan haram Israel Ehud Olmert telah menandatangi satu bantuan pelaburan sebagai permulaan lawatan ke Afrika Selatan. Kumpulan pro-Palestin menyelar akan tindakan kerajaan Afrika Selatan menjalani hubungan dengan kerajaan haram tersebut.

Khamis, 21/10/2004 –
PM kerajaan haram Israel Ariel Sharon(AS) memasuki dewan parlimen hari ini dengan kawalan yang begitu ketat berikutan ura2 ada rancangan utk membunuh beliau.

Rabu, 20/10/2004 –
Setelah melihat dan mengamati mereka yang syahid dan cedera dalam operasi ketenteraan Israel terakhir di utara Semenanjung Gaza yang jumlahnya mencapai 800 orang, ternyata tentara Israel menggunakan senjata terlarang dalam undang-undang antarabangsa.

United Kingdom , 20/10/2004, Rabu – Rejim Zionis telah cuba untuk menggodam laman Palestine.info yang boleh didapati dalam pelbagai bahasa semenjak hari Jumaat yang lalu, tetapi gagal dan berjaya dipintas oleh web master laman-laman tersebut.

Rabu, 20/10/2004 –
Tentera Pengganas Israel melancarkan serangan di kawasan perumahan di Bandar Khan Younis, selatan semenanjung Gazza mencederakan 2 kanak-kanak Palestin.

Rabu, 20/10/2004 –
Parti pembangkang kerajaan haram Israel
meramalkan kemungkinan besar Ariel Sharon(AS)
akan dibunuh berikutan pelan pengunduran koloni
Yahudi di Gaza. (hampir 130 lebih rakyat Palestin syahid setakat ini w’pun AS membuat pelan pengunduran. Begitu kontra sekali antara tindakan dan pelan)

Rafah, Selasa, 19/10/2004 –
2 mujahidin daripada brigade al-Quds syahid di dalam satu pertempuran dengan pengganas Israel semalam. Kejadian berlaku di barat bandar Rafah, utara Jalur Gaza.
Oleh Maszlee Malek (kolumnis Palestinkini)
Penulis telah menyertai program penyerahan demo bantahan kepada kedutaan US di KL baru2 ini berikutan penyerangan dahsyat pengganas Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza yang telah mengorbankan lebih 100 nyawa. Ikuti komentar beliau tentang salah faham Memo dan Demo dikalangan rakyat Malaysia.

Lihatlah keganasan Israel yang tergamak menembak 20 das kepada seorang budak yang masih hingusan. Gambar di dalam ….

Isnin, 18/10/2004 – Pengganas Israel semalam telah menahan 11 orang rakyat Palestin di pinggir bandar Tebing Barat iaitu di bandar al-Khalil.

Jumaat, 15/10/2004 –PAS bersama 12 badan-badan bukan kerajaan (NGO) menghantar memorandum kepada Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur bagi meminta kuasa besar itu membantu menghentikan pembunuhan yang berterusan tentera Yahudi terhadap penduduk Palestin. Memo itu diserahkan oleh mereka kepada pegawai kedutaan Amerika kira-kira jam 11.30 pagi.

Jumaat, 15/10/2004 –
Serangan tentera jahanam Israel di Gaza telah membunuh lima warga Palestine dan mencederakan yang lain. Dua Orang anggota Hamas di laporkan terkorban di dalam satu serangan di Utara Jabaliya. Tentera Jahanam telah menjalankan operasi keganasan selama 17 hari.

Jumaat, 15/10/2004 –
Bank Pembangunan Islam mengumumkan program sumbangan sejumlah 25 juta USD yang dikhususkan untuk pertolongan pertama bagi rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza.