
oleh : Maszlee Malik
Di antara sms, emel dan juga YM yang sering saya terima ialah “Bagaimana saya boleh pergi ke Palestin untuk berjihad?”. Bukan seorang dua, malah puluhan, jika tidak ratusan. Bukan hanya dari kalangan lelaki, malah juga dari wanita. Begitulah semangat jihad dan cintakan Islam yang ada di dalam jiwa rakyat Malaysia. Saya yakin, jika dibenarkan rakyat Malaysia untuk pergi ke Palestin untuk berjihad, nescaya Masjid al-Aqsa sekali lagi akan menyaksikan kemunculan Salahudin. Hanya Salahudin kali ini bukannya berketurunan Kurdi, tetapi mungkin Salahudin Jawa dari Sungai Besar, atau Banjar Air Hitam ataupun Bugis dari Benut. Moralnya, Palestin dan Masjid al-Aqsa masih tetap dan akan tetap berada di dalam hati setiap Muslim.
Isnin ,14/08/2006 – Menurut akhbar American Christian Science Monitor, kerajaan Israel kini menerima desakan daripada kumpulan neo-konservatif di dalam pentadbiran Amerika agar memperluaskan serangan dengan melibatkan Syria. Israel pula menganggap cubaan menurut permintaan tersebut sebagai ‘kebodohan politik dan kembara ketenteraan’.
Jumaat ,11/08/2006 –
Jumaat ,11/08/2006 – Rejim Zionis telah menangkap 4 rakyat Palestin termasuk 2 orang pelajar perempuan sebuah universiti
Jumaat ,11/08/2006 – Kesihatan Menteri Hal Ehwal Agama PA, Nayef Al-Rejoub (gambar) dilaporkan bertambah teruk akibat tindakan ganas dan berterusan Israel ke atas beliau. Rejoub kemudiannya dipindahkan daripada sel tahanannya di Penjara Ashkelon ke Penjara Ramle di mana kebanyakkan Menteri dan Ahli Parlimen PA ditempatkan. Menurut peguam, Sherien Eisawi yang melawat pegawai kerajaan yang diculik di wad tahanan mereka, keadaan kesihatan Rejoub ternyata amat membimbangkan. Beliau kehilangan berat badan yang banyak akibat penderaan fizikal dan psikologi berterusan ke atasnya. Dalam pada itu, Sherien berkata beliau akan memfailkan tuntutan agar Rejoub dapat menjalani pemeriksaan kesihatan.
Khamis ,10/08/2006 –
Khamis ,10/08/2006 –
Khamis ,10/08/2006 – Menurut seorang saksi, helikopter bersenjata Israel telah melepaskan sebutir peluru berpandu kearah khemah latihan pejuang Palestin di Jalur Gaza, memunuh tiga orang termasuk seorang kanak-kanak berumur 3 tahun.
Khamis ,10/08/2006 – Israel semakin mengalami kerugian besar dalam peperangan melawan Hizbullah . Pada saat PBB gagal mengeluarkan keputusan senjata, Hizbullah menewaskan dan mencederakan 16 rejim Zionis dan menghancurkan 10 tank dalam satu pertempuran pada 08/08/06.
Rabu ,09/08/2006 – Tanpa sebarang keraguan siapa yang menjadi dalang di sebalik sampul surat beracun di Ramallah, Kerajaan Palestin menuduh Perisik Israel bertanggungjawab menjadi perancang kepada kejadian cubaan bunuh tersebut.
Rabu ,09/08/2006 – Pengarah Operasi Badan Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin UNRWA (United Nations Relief and Works
Selasa ,08/08/2006 – Harian Haaretz menyatakan bahawa militan Israel berniat memperluaskan operasi serangan