
Isnin, 23/04/07 –Israel menolak tawaran yang dikemukakan oleh Presiden Pakistan, Pervez Musharraf untuk menjadi perantara bagi usaha damai dengan rakyat Palestin.

Isnin, 23/04/07 –
Rejim Zionis telah menembak dan mencederakan segelintir penduduk Palestin pagi Ahad semalam, Kareem Salem Zahran, 15, dan meninggalkannya mangsa dalam keadaan berdarah, sumber-sumber Palestin mengesahkan.Mengikut sumber dan saksi-saksi mengesahkan sejumlah besar kenderaan askar Rejim Zionis bersama-sama sebilangan askar Rejim Zionis meluru masuk ke kampung Tebing Barat Dier Abu Mishaal,di barat bandaraya Ramallah, pada pagi Ahad, dengan melepaskan tembakan senapang secara rambang kepada sebahagian penduduk Palestin.

Isnin, 23/04/07 –
Dalam tempoh 24 jam terkahir, lapan penduduk awam Palestin terkorban syahid akibat kekejaman Israel. Seorang daripadanya adalah seorang gadis yang berumur lebih kurang 17 tahun. serangan Israel ini dilakukan pada masa mereka mengepung Tebing Barat dan wilayah sekitarnya.

Jumaat, 20/04/07 –
Sumber perubatan Palestin mengesahkan bahawa kanak-kanak Palestin, Haitham Ali Abu Mefreh, 14 tahun berada dalam keadaan kritikal dan koma selepas ditembak oleh askar Israel di kepala. Kejadian berlaku di Kampung Takoo, timur bandar Bethlemen, Rabu lalu.

Jumaat, 20/04/07 –
Mahkamah Agung Israel di Al-Quds kelmarin Rabu (18/04) membebaskan seorang
tentera Israel dari pasukan penjaga sempadan yang telah membunuh seorang pemuda
Palestin, Samer Ribhi dari baldah Ayusiwiyah dekat Al-Quds.

Khamis, 19/04/07 –
Presiden Abbas meneruskan lawatannya ke Eropah, menjurus kepada cara supaya bantuan antarabangsa dapat disambung semula kepada rakyat Palestin. Abbas menegaskan selepas pertemuannya dengan Presiden Perancis, Jack Shirac di Paris semalam bahawa sekatan tersebut perlu ditarik balik. Beliau memberi amaran bahawa “keganasan akan memuncak dan kami mungkin tidak boleh mengawal keadaan tersebutâ€.

Khamis, 19/04/07 –
Menteri Luar Amerika, Condoleezza Rice telah bertemu Menteri Kewangan Palestin, Salam Fayyadh dalam pertemuan yang dianggap oleh Amerika Syarikat sebagai petunjuk bagi tolak ansurnya dalm berurusan dnegan kerajaan Palestin.

Khamis, 19/04/07 –
Agensi Perisikan Umum Israel (Syabak) berkata Iran telah menggandakan usahanya sejak tiga tahun kebelakangan ini untuk mendapatkan maklumat perisikan mengenai Israel dalam bidang keselamatan, ekonomi dan masayarakat.

Khamis, 19/04/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert hari ini berkata bahawa negaranya tidak berhasrat untuk menyerang Syria pada musim panas akan datang. Demikian menurut kenyataan yang dipetik oleh radio tentera Israel.

Khamis, 19/04/07 –
Dr. Mustafa Al-Barghouthi, Menteri Penerangan Palestin menuduh rejim Zionis telah mengeksploitasi perjumpaan mereka dengan pegawai PA untuk menutup jenayah yang dilakukan oleh kumpulan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Khamis, 19/04/07 –
Perdana menteri Palestin, Ismael Haneya menyatakan komitmennya untuk terus
memberi keutamaan berkenaan masalah tawanan Palestin di penjara-penjara Israel
sebagai agenda penting yang perlu diselesaikan segera oleh pemerintahannya.

Khamis, 19/04/07 –
Sejumlah besar askar rejim Zionis dengan disokong sekurang-kurangnya 15 buah kenderaan ketenteraan dan empat buah jentolak telah bertindak merobohkan kampung di Tebing Barat Shakba, barat Ramallah sehingga mencetuskan kemusnahan dalam blok kilang Palestin di sana, menurut sumber Palestin.

Rabu, 18/04/07 –
Menteri Penerangan Palestin, Mustafa Al Barghuthi berkata China, Switzerland dan Rusia telah memaklumkan kepada kerajaan Palestin secara rasmi bahawa mereka akan mengadakan hubungan menyeluruh dengan kerajaan perpaduan kebangsaan Palestin.

Rabu, 18/04/07 –
Aljazeera.net dimaklumkan oleh satu sumber di Holand bahawa parlimen negara itu akan mengadakan perbincangan isu yang ditimbulkan oleh Menteri Luar, Bernard Boot berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh kementeriannya semalam yang mengesahkan kerajaannya enggan mengeluarkan visa kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh bagi memberikannya peluang kepada untuk menghadiri persidangan Palestin-Eropah yang aklan diadakan pada bulan depan.

Rabu, 18/04/07 –
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya telah diundang untuk menyampaikan ucaputama pada persidangan Palestin kali kelima di bandar Rotterdam, Belanda pada 5 Mei ini sebagai sebahagian usaha berterusan mereka bagi memecahkan sekatan yang dikenakan ke atas penduduk Palestin dan kerajaannya.