
Selasa, 29/08/2006 –
Ketua Keamanan Palestin Sheikh Tayseer Al-Tamimi telah menggesa delegasi Iraq yang menghadiri Dialog Agama Antarabangsa di Kyoto Tokyo agar memberi perlindungan kepada pelarian Palestin di Iraq
Permintaan itu dilakukan ketika perjumpaan kedua-dua pihak di sesi berasingan ketika dialog berlangsung.

Selasa, 29/08/2006 – 2 rakyat Palestin terbunuh pada hari Isnin (28/08/06)
dalam dua insiden berasingan di utara dan selatan Jalur Gaza akibat serangan ganas rejim Zionis.

Isnin, 28/08/2006 –
Perdana menteri Palestin, Ismael Haneyyah, Ahad (27/8)
menegaskan, pihaknya sudah bertemu dengan para penculik dua wartawan asing. Kedua-dua wartawan tersebut dari pejabat berita Fox News Amerika ditangkap oleh sekumpulan warga Palestin di Gaza dua minggu lalu.

oleh : Maszlee Malik
Jika ditanyakan kepada masyarakat Islam di seluruh dunia, siapakah hero di dalam peperangan Zionis-Lubnan 2006, pastinya lebih 90% akan menjawab: “Syed Hassan Nasrullah dan Hizbullah”. Kemunculan pemimpin Hizbullah yang berwajah muda ini telah menjadi tumpuan dan penantian sepanjang sebulan terletusnya peperangan di bumi Lubnan. Kemunculan beliau dengan ucapan yang penuh tenang, pandangan yang kritis dan juga mesej yang tegas amat dinanti-nantikan. Beliau menjanjikan rakyat Lubnan dan Palestin dengan kejutan-kejutan. Sesiapa pun tidak boleh melupakan ketika beliau muncul di stesyen TV al-Manar dengan gambar Hizbullah melepaskan roket ke arah kapal perang milik tentera Zionis di perairan Lubnan. Serangan tersebut telah memusnahkan kapal perang berkenaan. Gambar tersebut telah mendapat sorakan, tepukan dan juga teriakan takbir dari seluruh dunia. Siapakah Syed Hassan Nasrullah yang begitu karismatik ini?, siapakah ulama muda Syiah Lubnan yang telah berjaya menggegarkan bumi “Israel” dan para pemimpin mereka ini?

saudaraku…!!
dimanakah kita…??
di saat saudara kita derita,
di saat darah mengalir di tubuh mereka,
di saat tangisan menghujani tanah air tercinta,
Saudaraku…!!
sedarkah kita…??
mereka di sana dinoda,
mereka di sana disiksa,
mereka di sana bertarung nyawa,

Ayah…!!, kata mereka kau penjahat,
padahal sebenarnya engkau bukan penjahat,
ayah..!!, mengapa mereka jauhkan aku darimu,

oleh : Maszlee Malik
Peperangan yang bermula semenjak 12 Julai 2006 di antara rejim Zionis-Israel dengan rakyat Lubnan hampir menemui penghujungnya. Resolusi 1701 PBB yang menuntut gencatan senjata dari kedua-dua pihak telah menjadi wisel penamatnya. Walaupun resolusi itu terlalu lambat untuk dikeluarkan, sekurang-kurangnya ia merupakan rahmat kepada rakyat selatan Lubnan untuk kembali ke rumah-rumah mereka yang kini hanya tinggal runtuhan konkrit dan debu. Pelarian seramai lebih daripada 800,000 orang itu kini dapat kembali ke kampung halaman mereka yang kini agak 80% aman daripada serangan bedilan dan roket rejim Zionis. Persoalannya, adakah resolusi 1701 PBB ini benar-benar menjadi penamat perang dan merupakan rahmat kepada rakyat Lubnan?
Bersama-sama kita meninjaunya…

Jumaat, 25/08/2006 –
Pengarah Hospital Abu Yousef Al-Najar di Rafah, Dr Ali Mousa dalam kenyataannya Rabu lalu mengatakan bahawa tentera rejim Zionis telah menggunakan senjata yang asing dari pengetahuan para doctor.
Jumaat, 25/08/2006 –
Pasukan khas tentera rejim Zionis telah menculik Ketua Pergerakan Hamas di Khan Younis, Dr Younis Abu Dakka awal pagi Khamis lalu selepas jet tempur rejim Zionis menembak dua peluru berpandu ke rumah beliau yang mengorban adiknya, Yousef.
Khamis ,24/08/2006 –
Ketua fraksi gerakan Fatah, Azam Ahmad, Selasa (22/8) mengatakan, pembentukan kerajaan campuran Palestin yang baru bergantung pada sikap pemerintah Palestin ketika ini atas program politik Palestin, termasuk pengiktirafan kewujudan negara Israel. Pernyataan ini dinyatakan Ahmad, salah seorang pembantu Presiden
Palestin, Mahmud Abbas. Beliau mengatakan, Abbas tidak akan membahaskan isu kerajaan campuran, kecuali setelah ada kesepakatan politik bersama Hamas.
Khamis ,24/08/2006 –
Dr. Ahmed Al-Asbahi, Ahli Majlis Syura Yaman, telah menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi negaranya kepada rakyat Palestin yang mempertahankan tanah air mereka, serta memberi amaran tentang bahaya tindakan gerakan ekstrimis Israel terhadap Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis.
Khamis ,24/08/2006 –
Jerusalem Post melaporkan bahawa Jerman menjual 2 kapal selam tenteranya (Dolphin) yang berupaya melepaskan peluru berpandu nuclear dari Israel.
Khamis ,24/08/2006 – Sheikh Tayseer Al-Tamimi, Kadi Besar Palestin, Isnin lepas, memberikan taklimat kepada Menteri Wakaf Mesir, Mahmoud Zakzok tentang tindakan pihak penceroboh Israel yang berterusan melakukan onar untuk meng-yahudi-kan bandar suci tersebut dan memisahkannya dari kawasan penduduk Palestin.

Ahli Parlimen Palestin duduk bersama potret rakan sejawat yang telah dipenjarakan rejim Zionis semasa menghadiri sessi khas Kounsil Legaslatif Palestin
di Tebing Barat, Ramallah pada Selasa , 22 Ogos 2006.
Rabu ,23/08/2006 –
Lembaga Waqaf Tempat Suci Islam di Palestin mengadakan program Peringatan Isra’ dan Mi’raj selepas zohor, Isnin (21/8) bagi memperingati peristiwa besar dalam Islam dan mengingatkan kaum muslimin akan tugas dan tanggungjawab mereka menyelamatkan al-Aqsa dari cengkaman musuh Israel.